"Tiara!" Jerit Razin.
Kilang usang itu telah dikepung oleh pihak polis dan ambulans.
Nasib baik Razin call polis dan ambulans sebelum ke sana.
Harris dan gengnya kini telah ditangkap oleh pihak polis.
Tiara dan Adam dibawa ke hospital.
Di hospital
"Siapa keluarga kepada encik Adam dan Puan Tiara?" Tanya doktor yang merawat mereka sebentar tadi.
"Saya, saya doktor. Macam mana keadaan mereka?" Balas Razin.
"Maaf, encik Adam tak dapat di selamatkan"
"Tiara macam mana doktor?"
"Maaf jugak kerana dia telah kehilangan anaknya kerana keguguran"
"Keadaan nya juga sangat lemah, jadi buat masa sekarang jika ada orang mahu melawat dia, tak boleh terlalu ramai ye. Dan mungkin dia tengah trauma lagi tu"
"Terima kasih doktor" ucap Razin ringkas.
Doktor itu pun pergi.
Razin telah menelefon mama dan papa Tiara takut mereka risau pulak.
Sesampainya Dato' dan Datin di sana, mereka terus menuju ke bilik Tiara.
"Kamu Razin kan yang call kamu tadi kan?"
"Ye Datin" balas Razin.
"Oh terima kasih, kalau tak, aunty takkan tahu yang Tiara kat sini"
"Tak pelah aunty, saya tolong apa yang ter daya je"
"Aunty dengan uncle masuk dalam dulu ye"
Dato' dan Datin masuk ke dalam bilik Tiara.
Luckily, Tiara dah sedar.
"Tiara, kamu okay tak ni sayang?" Tanya Datin Tiara.
"Saya keluar kejap ye" kata Dato' sambil keluar dari bilik itu.
TIARA AND DATIN DANIA POV
"Mama, mana Adam? Mana anak Tiara? Kenapa perut ni macam dah kempis je ma?"
"Tiara, mama harap kamu bertenang dan sabar ye"
"Kenapa ni ma?"
"Adam dah tak ada Tiara, dia dah meninggal"
"No!! Mama tipu kan?"
"Tak sayang, mama tak tipu"
"No! Tak mungkin"
"Perut Tiara kempis sebab anak tu dah tak ada lagi. Tiara keguguran sayang"
"No! Tiara tak boleh terima semua ni"
Mana mungkin Tiara terima semua tu serentak. Suami dan anaknya meninggal secara serentak? Siapa je boleh terima semua tu sekali gus?
Tiara menangis
Datin Dania mengusap belakang badan Tiara.
Sungguh dia kesian dengan anaknya itu.
Itulah padahnya bila jatuh cinta dengan mafia ni. Last-last diri sendiri yang makan hati.
Tapi tak semua mafia jahat tau. Banyak cerita mafia yang best-best di luar sana. Contohnya, Jejaka Blue Gadis Hazel, Mr Assassin, Mr headhunter by ariaseva dan banyak lagi lah.
YOU ARE READING
Suamiku Mafia?
RomanceMencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk berkahwin dengan Harriz tapi dia tidak mahu dan melarikan diri ke Australia bersama Amyra dan Reen...