Aqila terjatuh.
Celah kelengkang nya ada cecair pekat mengalir.
"Ah, sakit!" Aqila mengerang kesakitan lalu terus pengsan.
Mereka membawa Aqila ke hospital.
Setelah Aqila dirawat, doktor pun keluar.
"Boleh saya tahu siapa suami puan Aqila?" Tanya doktor itu.
"Suami dia belum sampai lagi. Doktor boleh bagitahu Kami dulu. Kami ahli keluarga dia" kata Razin.
"Saya harap kamu semua bertabah ye. Puan Aqila keguguran. Kandungannya sudah 3 minggu" semua terkejut.
What! Sejak bila Aqila mengandung?
Setahu Razin dia tidak pernah tidur dengan Aqila.
Mereka bersama dan berpisah pun 2 tahun lepas.
Tiara percaya yang Razin tak akan buat perkara macam tu.
Amyra melawat Aqila. Walau Aqila tu jahat sekalipun, dia tetap adik Amyra.
Setelah Aqila sedar, Amyra menghadiahkan satu tamparan.
Semua terkejut.
"Kamu hamil anak siapa?" Tengking Amyra.
"Dia! Dia punca semua ni!" Aqila menunjuk ke arah Razin.
Semua melihat ke arah Razin.
"Aku tak pernah tidur dengan kau pun! Kau ingat eh! Kita bersama dan berpisah 2 tahun lepas" sengaja Razin tekan perkataan 2 tahun lepas itu.
Semua memang percayakan Razin. Kerana awal-awal lagi Razin dah berterus-terang.
Pangg! Satu lagi tamparan daripada Amyra hinggap di pipi mulus Aqila.
"Kamu dah buat salah, mahu fitnah Razin pula. Kamu nggak serik ke? Kalau mama tahu pasti mama sebel sama kamu!" Marah Amyra.
Mereka semua terkejut termasuk Rayyan.
First time tengok Amyra Marah.
Aqila hanya terdiam.
Oh no! Dia dah kantoi!
Kenapalah anaknya gugur! Kalau tak boleh dia permainkan Razin.
Tiara hanya terdiam.
"Semua kerna Tiara! Dia yang merampas Razin dari aku! Dia nggak tahu malu, nggak punya asal-usul dan dia lah yang pantas digelar betina!" Marah Aqila.
"Dia hanya tempat Razin memuaskan nafsu nya saja!" Tengking Aqila.
Tiara terdiam. Betul ke semua yang dia cakap ni?
Razin melempang Aqila. "Kau dah fitnah aku, kau jangan fitnah Tiara pulak!" Tengking Razin.
"Saya pergi tandas dulu" ucap Tiara dan terus beredar.
Air mata yang ditahan tadi mengalir jugak.
Razin mengejar Tiara.
Tiara terus berlari masuk ke lift. Razin turun menaiki tangga.
Sesampainya di aras bawah, mereka berdua bertembung
"Sayang! Semua yang dia cakap tu bohong! Saya setiap dengan awak je sayang. Please trust me!" Rayu Razin.
Air mata Tiara berlinangan.
"Kenapa setiap kali saya bersama dengan awak, mesti datang banyak masalah? Mungkin kita memang tak ditakdirkan bersama?" Tiara menangis.
Lirik lagu itu seperti sama dengan kehidupannya.
Razin menarik tangan Tiara. Tiara jatuh dalam dakapannya.
"Saya penat dengan semua ni! Kita berpisah dan jangan cari saya lagi!" Kata Tiara dan terus beredar dari situ.
Razin menangis.
Tiara sudah tidak mempercayainya lagi.
Razin berlari menuju ke keretanya dan mengejar kereta Tiara tapi tidak sempat.
Aargh! Jerit Razin sambil memukul stereng keretanya.
Tiara akan lari lagi dari hidupnya?
Aqila memang menyusahkan betul lah.
YOU ARE READING
Suamiku Mafia?
RomanceMencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk berkahwin dengan Harriz tapi dia tidak mahu dan melarikan diri ke Australia bersama Amyra dan Reen...