Bab 5:Kahwin? No!

6.4K 174 0
                                    

"Tiara, Mama dengan papa terpaksa buat macam ni. Ni semua untuk kebaikan kamu" pujuk Datin Dania.

"Tiara tak nak! Kenapa mesti mama dengan papa buat keputusan tak bincang dengan Tiara dulu?" marah Tiara.

"Siapa lelaki tu? Kita kenal ke asal-usul dia? soal Tiara.

"Dia anak kawan papa. Dia je yang boleh tolong kita. Lagipun, papa dah nak bankrup ni" rayu papanya.

Tiara terus meluru masuk ke dalam bilik. Pangg! Bunyi pintu bilik Tiara yang ditutup dengan kuat.

"Mama dengan papa ingat Tiara tak ada perasaan ke? Ingat macam kat dalam drama ke nak kahwin paksa semua ni bagai."

Tiara meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Dia menceritakan semua tu kepada Amyra dan Khayrina.

"Sabar je lah Tiara, aku pun tak tahu nak buat apa ni" Khayrina cuba menenangkan Tiara.

"Apa kata kamu ikut saja kata papa kamu. Mungkin itu yang terbaik buat kamu" Amyra cuba menyuarakan pendapatnya.

"Tapi aku dah jatuh cinta dengan Razin" Tiara mula bersuara.

"Kamu pasti atau nggak yang mimpi kamu itu benar atau bohong? Aku nggak mahu sahabat aku dibohongin sama mimpi" Jelas Amyra.

"Entahlah, apa kata kalau kita lari nak tak?" Idea Tiara yang tak masuk akal itu pasti membuatkan rakan-rakannya tidak setuju.

Tapi dengan pujuk rayu sayu dayu dan kayu, Amyra dan Khayrina pun terpaksa bersetuju.

Mereka kesian akan Tiara. "Kamu mahu kabur ke mana?" Tanya Amyra.

"Apa kata kita pergi Australia" Tiara teringat akan mimpi itu.

Mereka pun balik rumah dan bersiap. Ticket Flight pun dah beli. Kiranya, semua dah complete lah ni.

Malam itu Tiara keluar dari rumah Tanpa diketahui mama dan papanya.

Mereka bertiga pergi ke KLIA naik Grab je. Senang and murah.

"Aku khuatir kalau mama sama papa kamu fikir kamu kabur dan hilang. Kasihan mereka" Amyra sudah mula berasa bersalah.

Tiara terus menelefon ibunya. Dia kata dia pergi ke satu tempat untuk tenangkan fikiran.

Dia kata dia dalam keadaan yang baik jadi, mamanya tidak terlalu risau.

Salah Dato' dan Datin jugak sebab terlalu memaksa Tiara.

Tiara masih lagi memikirkan tentang mimpi itu. Itu adalah suatu mimpi ngeri baginya.

Amyra dan Khayrina sudah tidur dari tadi kerana terlalu penat.

Kalau aku jumpa Razin macam mana? Dia siapa ha?

Kenapa dengan perasaan aku ni? Aku takut lah? Aku tak biasa?

Aku tak boleh terima semua ni. Ya Allah, permudahkanlah semua urusanku. Doa Tiara dalam hati.

Kata-kata Razin masih terngiang di fikirannya.

"Saya akan sentiasa lindungi awak, satu hari nanti bila awak dah jumpa saya, tolong jangan lepaskan saya kalau tak nak menyesal, okay?" Kata Razin dengan mendatar.

"Kalau saya jumpa awak, macam mana saya nak kenalkan diri saya kat awak eh?" Tanya Tiara.

Suamiku Mafia?Where stories live. Discover now