"Huargh, penatnya, mana mama dengan papa ni"kata Tiara sambil minum air.
Penat katanya, Maklumlah baru balik dari France. Holiday katanya.
Datin Dania dan Dato' Kamil bergegas pergi ke airport, maklumlah sorang je anak perempuan kesayangannya tu, bahaya tunggu sana lama-lama.
Sesampainya di sana, Dato' Kamil dan Datin Dania menepuk dahi mereka apabila melihat anak perempuannya, Tiara yang penampilannya sudah berubah menjadi seorang yang anggun.
Sebelum ni macam tomboy, asyik pakai t-shirt dan seluar jeans je.
Mana lah lelaki nak kat dia kalau macam tomboy kan?
Terkejut Dato' dan Datin akan perubahan drastik anak perempuannya itu.
"Ni Tiara ke ni,bang?" "Entah, abang pun confuse"kata mama dan papa Tiara.
"Mama dengan papa ni, ni Tiara lah, sampai hati cakap macam tu"Tiara memuncungkan bibirnya, kalau boleh nak sangkut baju kat situ pon boleh.
Mereka pun singgah food court kejap sebelum balik. Tiara lah tu yang lapar, belum makan lagi.
Sesudah makan, mereka pun pulang ke rumah. Pak Hamid yang merupakan driver Dato' dan Datin mengangkat beg-beg Tiara.
Beg dia punya berat tu, gajah pun kalah. Eh, teruk sangat ni, takkanlah sampai ke gajah pulak. Aduhai, tapi beg dia memang berat yang melampau.
"Huargh,I'm back"kata Tiara dan terus baring pada tilam yang empuk tu, kalau dah baring mesti lah tertidur kan?Takkanlah shopping pulak.
Sambil Tiara seronok dibuai mimpi, handphonenya berdering.
Siapa lagi yang call kalau bukan Amyra. Waduh, mak cik kobis ni dah call pulak. Menganggu Tiara tidur je.
Amyra dan Khayrina datang ke rumah Tiara. Dah mak cik tu terbongkang tak jawab orang call pulak tu.
Mereka pun naik ke bilik Tiara, tu pun dengan kebenaran Datin Dania.
"Ya Allah, mak cik ni memang betul betul penat ni, bilik pun bersepah"kata Khayrina sambil menunjukkan baju yang bersepah di dalam bilik tu.
Mereka berdua nak terkejutkan Tiara. Mereka berdua menjerit sekuat yang mungkin kalau boleh suara diorang tu nak sampai orang France dengar.
"Tiara!!!" Tiara terkejut. "Eh, korang ni bila sampai" "Baru je tadi"kata mereka berdua serentak. Ingat sweet ke cakap serentak.
Sorry kalau chapter ni boring. Author banyak idea tapi bila dah buat, cerita ni nampak macam berputar-belit pulak. Korang komen tau, baru author boleh tahu korang suka ke tak chapter ni.
YOU ARE READING
Suamiku Mafia?
RomanceMencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk berkahwin dengan Harriz tapi dia tidak mahu dan melarikan diri ke Australia bersama Amyra dan Reen...