Special chapter I

4.2K 86 0
                                    

Tiara termenung melihat keadaan suasana di kampung nya yang agak riuh, Maklumlah dh nak Raya.

Bukan dia dengan suaminya sahaja, malah Reen, Aryan, Amyra dan Rayyan pun tinggal di situ kerana datin dan Dato' sudah menganggap keluarga mafia tu macam keluarga sendiri.

"Tiara, termenung apa tu?" Sergah Reen dari belakang Tiara.

"Opocot, mak kau meletup bergabung!" Terkejut Tiara. Dia mengurut dadanya.

"Ish, kau ni kan. Kalau ye pun, bagilah salam dulu, ni tak, main sergah je. Kalau aku dah arwah tadi, sapa nak tanggung? Kau?" Balas Tiara.

"Ala aku gurau je nape nk marah. Tak baik emo-emo macam ni" balas Reen pula.

"Hello guys" tersembul lah muka Amyra yang muncul entah dari mana. Dari bumbung agaknya?

"Hah, yang ni lagi sorang! Nape Tanta Amyra? Mahunya APA?" Kelakar bunyinya apabila Tiara meniru gaya suara Amyra dengan loghat Indonesia tu.

Razin, Aryan dan Rayyan pergi keluar kejap, ada hal katanya. Maybe ada masalah? Atau hal ekonomi negara jatuh merosot ke? Tak pun sebab cuaca yang tak menentu. Tapi mcm pentadbir negara pulak ni.

Apa-apa sahaja lah mereka bertiga itu. Nama je dah ada isteri tapi masih pentingkan kerja, kerja, dan kerja.

Aryan, Razin dan Rayyan akhirnya pulang ke kampung semula setelah habis bekerja.

"Aik, cepat balik? Bukan Sepatutnya kena stay office tu sampai minggu depan ke?" Perli Tiara.

Office mereka tu taklah jauh sangat, sebab kampung Tiara kat Selangor, diorang kan ada banyak company tu yang sekejap je pergi tu.

"Alololo, nape sayang abang ni? Merajuk ke?" Razin mula memujuk.

"Eh, tak lah tengah excited ni, nampak tak sayang excited macam mana ni?" Tiara memerli dan terus menjeling Razin.

"Eh, dah dosa dah tu jeling suami, nanti tak masuk syurga baru tahu"
Razin mencuit hidung Tiara.

"Ishh, tak payah lah pegang pegang, rimaslah" Tiara terus bangun dari tempat duduknya dan terus menuju ke ruang tamu.

"Ala, sayang nape macam ni?" Razin memegang tangan Tiara dan menarik tangannya untuk duduk di sebelah Razin.

"Abang tulah, tak habis habis kerja je. Boring tau sayang kat kampung ni" Tiara masih lagi muncung.

"Dah dekat 3 bulan kita kahwin, tapi perangai abang masih sama je!" Bentak Tiara.

"Sayang, awak kena lah faham, abang punya company ni ada banyak cawangan tau tak? Jadi, abang kena lah rajin uruskan. Bukan senang nak uruskan semua company dalam satu masa tau" Razin masih lagi tenang. Tak tahu lah kenapa dengan Tiara tu asyik nak marah je. Period agaknya tu.

"Abang kan ada staff, staff abang kan ramai. Buat apa abang upah diorang kalau diorang tak ada guna?!" Tiara makin berang dengan suaminya itu.

"Bekerja pun kena tunggu arahan abang, diorang tak boleh buat suka hati macam mak bapak diorang punya company je" Razin masih lagi bersabar.

"Dah lah, malas saya nak layan abang ni, baik saya keluar lagi bagus" Tiara terus keluar dari biliknya.

Razin melepaskan nafas beratnya. Susah jugak kalau sentiasa macam ni.
Razin mandi dan siapkan dirinya.

Amyra dan Reen yang ternampak Tiara di ruang tamu terus menyergah Tiara.

"Baaaa!!" "Oh bana kau meletup" Latah Tiara. Mereka berdua hanya tertawa melihat riaksi Tiara sebentar tadi.

"Kau ni kan!! Suka sangat sergah aku, aku dahlah tengah marah ni"

"Marah kenapa pulak?"

"Nggak usah marah marah deh nanti batal puasa kamu baru tahu"

"Laki aku tulah, nama je ada staff ramai tapi satu pun tak boleh pakai, asyik dia je kena kerja, pastu aku ni duduk sorang-sorang kat rumah, pikir aku suka agaknya, aku nak kerja dia tak bagi!" Jelas Tiara panjang lebar.

"OK lah tu kau tak payah nak kerja, jimat tenaga, kau cuma perlu kemas apa yang Patut je" balas Reen.

"Tugas kita kan hanya untuk menyediakan segala keperluan suami, yang cari rezeki seharusnya dia, jadi kamu nggak perlu susah hati deh" terang Amyra pula.

Tak pasal pasal Reen dan Tiara kena ceramah free daripada Amyra.

"Kau kan ada kitorang,  kita kan boleh pergi shopping, apa susah kan" balas Reen.

"Haah lah, bagus jugak idea kau tu ek"

"Okay, let's go. Kamu nggak usah pikirin itu lagi ya"

Mereka bertiga pun pergi shopping di shopping mall.

Tengah mereka berjalan tiba-tiba ada seorang lelaki terlanggar Tiara.

"Woi, kau buta ke apa?!"

"Eh kau ni, memekik terlolong tak tentu pasal kenapa?!" Balas lelaki itu.

Bila mata mereka berdua bertemu, mereka seakan terkejut.

"Eh, Imran rupanya"

"Eh, Tiara rupanya"

"Korang kenal satu sama lain ke?" Soal Reen.

"Haah, kitorang ni dulu berjiran kat kampung ni. Weyh, kalau ada masa datang lah kampung aku, aku pun dah lama tak jumpa kau, rindu gila nak mati kot" Sejak bila Tiara pandai mencarut di bulan yang mulia ini?

"Ha okay kalau aku free aku datang, korang buat apa kat sini? Bila sampai?"

"Oh kitorang nak shopping sikit, dah nak Raya kan. Baru je sampai tadi" jawab Tiara.

Mereka singgah ke cafe, hanya Tiara dan Imran je yang rancak berbual, Amyra dan Reen hanya mampu mendiamkan diri sahaja.



Suamiku Mafia?Where stories live. Discover now