Chapter 18
Author akan mula hiatus tak lama lagi. Huhu sadis pt3 semakin memanggil💔💔
SKIP
Seoyun mencelikkan matanya lalu bangun dari pembaringan.
Dia menggosok matanya supaya penglihatannya lebih jelas.
(tahu lah bangun bangun tu mata kabur macam mana tah)
Kepalanya yang berasa berat itu dipegang lau diurut. Dia cuba mengingat semula apa yang berlaku malam tadi namun hampeh.
Ingatan dia 0.5% ja. Yang dia ingat Jungkook culik dia bawak pergi mana entah.
Dia memandang ke sekitar bilik tidurnya lalu mengerutkan dahinya apabila mendapati susun atur perabot biliknya kelihatan berbeza.
"Bila masa aku ubah kedudukan meja belajar aku?" Soal Seoyun kepada dirinya.
Dia lantas bangun dan berjalan ke arah pintu bilik tidur itu.
"Rak sama , almari sama , katil sama , cadar sama , lapt—-ohhh! Yang tu tak sama!"
Dia kemudian duduk di atas katil semula lalu berfikir untuk beberapa saat.
(lambat pickup be like 🌞)
"Jap! Jap! Asal ni macam bilik Jimi---"
"Eo-awak dah bangun?" Sampuk Jimin yang baru dimention beberapa saat lepas. Panjang umur betul dia ni.
"Errr...baru ja. Ermm En.Park" Panggil Seoyun yang masih keliru macam mana dia boleh tidur dalam bilik Jimin.
"Ya sayan---Kenapa awak?" Soal Jimin prihatin. Fake je ni.
"Macam mana saya boleh tidur sini?" Soal Seoyun dengan riak wajah nak tahu sangat.
Sebenarnya dia pikir bukan-bukan uhuk uhuk.
Jimin sudah mula pasang riak cuak. Mulut dia pula tiba-tiba sahaja berasa seperti digam.
Dia mati akal memikirkan jawapan yang hendak dijawabnya.
Biasanya bab menipu ni dia memang no.1 tapi entahlah depan Seoyun kecekapan menipu dia level down pulak.
Otak dia selalunya cepat bertindak , sekarang macam dah tak berfungsi pulak.
"Armm....ermm....hurmm.." Jimin sedaya upaya cuba memikirkan alasan untuk menipu Seoyun.
"Apa En.Park?" Soal Seoyun bila Jimin tak habis berermerm.
"Ha! Sebab dia Jungkook hantar awak datang sini" Jawab Jimin , hentam pakai nama Jungkook pon jadilah.
"Hurmm...betul ni? En.Park tak tipu kan?" Soal Seoyun takut ditipu pulak.
Ya lah , Jungkook tu dah tahu dia takut dengan En.Park tapi masih hantar dia dekat sini. Sebab nama budak tu Jungkook jadi memang tak sahlah kan kalau dia buat macam ni dekat kawan baik sendiri T_T.
"Tak baik tipu jodoh saya ni hehe" Jimin sengaja gelak manja , nak tutup perasaan dia yang tengah takut+cuak tu.
"Okay..." Seoyun mula berjalan ke arah pintu utama bilik Jimin untuk keluar.
YOU ARE READING
SU : Pervert Teacher | pjm
Fanfic[ ON GOING ] Pervert Teacher | pjm Aku pon tak tahu apa dah jadi dengan story line selepas mengambil 9 bulan cuti shshhshssh Start : 021118 End : Tanya Jimin tu OHOHOH