4

6.1K 216 8
                                    

MAYAT lelaki tadi diangkat. Adrian pula menukar bajunya yang terkena kesan darah itu di situ juga. Baju yang kotor diberi kepada Leo sebelum dia menyarung pakaian yang bersih. Sempat dia mengelap wajahnya yang terdapat sisa- sisa darah menggunakan bajunya tadi.

Farisya masih menutup mata meskipun Leo sudah melepaskannya.

Mujur sahaja Leo menutup matanya dari melihat kejadian sebentar tadi kalau tidak memang tidak tidur malam dibuatnya. "Are you okay?"

Adrian mendekati Farisya.

Perlahan- lahan matanya dibuka. "I think so..." jawabnya.

Dia terasa seperti ada sesuatu lembik di pipinya. Belum sempat dia mahu menyentuh pipinya Adrian terlebih dahulu mengusap 'benda' itu.

"Jom, saya hantar awak balik. Leo, car." Leo akur dengan arahan itu.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di hadapan rumah Farisya. Sebelum keluar dia pusing menghadap Adrian.

"Nak nombor awak boleh?"

"Nak buat apa?" soal Adrian kembali.

"Nak goda awak." Jawab Farisya dengan selamba.

Adrian memandang Farisya dengan satu senyuman kecil. "Really?"

"Ish, tidaklah! Saya nak belanja awak balik sebab selamatkan saya. Ke awak tak mahu?"

Adrian hanya menghulurkan tangannya kepada Farisya.

Farisya memandang tangan itu kemudian memandang tuannnya Kembali. "Kenapa?" soalnya.

"Give me your phone. Kata nak nombor saya tadi."

"Oh..." Farisya mengeluarkan telefonnya dan memberi kepada Adrian.

Selesai meletak nombornya telefon it dikembalikan semula kepada pemiliknya.

"Okay, saya keluar dulu. Hati- hati. Bye!" ujarnya sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah.

Adrian hanya merenung pintu yang sudah tertutup itu.

"Go."

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

BAYANGAN Irfa tidak kelihatan. Dia hanya teruskan berjalan sehingga tiba di biliknya. Tubuh dicampak ke atas katilnya yang empuk itu. "What a long day..." gumam Farisya.

Telefonnya dicapai. Nombor Adrian tadi dicari.

Hi! Sorry saya lupa nak ucap terima kasih tadi. Thank you, Adrian. Oh, dengan Leo sekali. Thank you!!

Farisya menunggu lelaki itu untuk membalasnya kerana dia sedang online.

Namun, hampeh! Bluetick sahaja diberi kepada Farisya.

"Sombong."

Telefon dicampak ke sebelahnya.

Dia masih terfikir apa yang dia nampak di taman tadi. Sama ada matanya menipunya atau itu memang betul.

Dia ingin tanya Irsyad tentang perkara itu tapi tidak jadi. Dia tidak mahu lelaki itu anggap dia tidak percaya akannya.

Tapi jika perkara itu benar, bagaimana dengan hari perkahwinannya nanti?

Batalkah?

Farisya menggeleng. Semua fikiran negatif dibuang. Malas mahu fikir tentangnya maka, dia masuk ke dalam bilik air.

Adrian tersenyum kecil melihat mesej yang dihantar oleh Farisya.

"You are welcome..."

Kemudian dia tersedar. Diletak semula telefon ke atas meja. Dahi dipicit.

Langsung dia tiada niat untuk bertemu dengan Farisya semula selepas hari ini. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Dia nekad.

Adrian keluar dari bilik kerjanya. Fikiran yang kusut harus dikosongkan.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

DENGAN malasnya dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. "Morning babe." Dia memeluk Irfa dari belakang.

"Morning sleepy beauty." Kepala Farisya yang berada di atas bahunya diusap. "Lapar?"

Farisya mengambil tempat di meja itu. "Haa kek tu untuk siapa tu?" sekeping roti dicapai.

"Untuk kau lah siapa lagi."

"Aww so sweet my Irfa." Irfa tergelak mendengarnya.

"Tahu dah."

"Oh ya, Di lepas ni aku keluar kejap okay? Jumpa kawan."

"Boleh je. Jarang- jarang kau minta kebenaran ni. Mesti ada something ni..."

"Mana adalah. Jangan fikir bukan- bukan."

Irfa sambung membungkus kek cawan itu. "Alright siap. Aku mandi sat. Dalam bekas tu awak punya ya tuan puteri." Ujarnya sebelum pergi dari situ.

"Thank you Irfa. Sayang kau! Oh ya, kejap lagi aku pergi rumah Shira tau!" Jerit Farisya.

"Okay!"































My Mafia GuyWhere stories live. Discover now