30

4K 127 1
                                    

SEJAK pulang dari Malaysia Farisya tidak banyak cakap seperti selalu. Adrian mendekati Farisya yang sedang duduk sambil merendam kakinya di dalam kolam renang. Tempat di sebelah Farisya diambil. "Something bothering you sweetheart?"

"Hmm... Salah ke apa yang Isya cakap masa tu? Dorang suka sangat percaya cakap Laila itu masalahnya. Isya ni anak diorang tahu tak? Lepastu tuduh abang bekas banduan pula. Ya Allah." Farisya menekup wajahnya dengan kedua- dua telapak tangan. "Are you?" dia memandang Adrian yang berada di sebelahnya.

Adrian tergelak kecil dengan soalan isterinya. "Of course not, sweetheart. Kalau ada pun seorang dua sahaja dalam group ni. But they won't tell the police everything they know. If they do, they will die there and then." Ujar Adrian dengan senyuman di bibir.

Naik bulu tengkuk Farisya dengan ayat terakhir suaminya itu. "Kan? Tak akan lah abang nak masuk penjara gitu je kan?" Farisya membuang pandangannya ke dalam air semula.

Adrian menarik pinggan Farisya merapatinya. "Isya nak balik Malaysia ke?"

Farisya menggeleng perlahan. "Not now." kepala disandarkan pada bahu Adrian.

"Tell me when you are ready." Adrian mencium kepala Farisya.

Pagi esok Adrian ke pejabat seperti biasa. Satu keluhan dilepaskan melihat timbunan fail di atas mejanya kesan daripada cuti beberapa hari.

"Ryan!" Pintu pejabat Adrian ditolak dengan kasar dari luar. Matanya memandang manusia yang telah menolak pintu pejabatnya tanpa sebarang ketukan itu.

"This better be urgent, Luis. What?" soalnya.

"Aku rasa kau kena balik Malaysia sekarang."

Dahi Adrian berkerut mendeangar ayat Luis. "Kenapa?"

"Your mother and Suzy."

"What happened?"

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

PULANG sahaja dari pejabat dia menggesa Farisya untuk bersiap. Dia perlu pulang ke Malaysia hari ini juga. Sepanjang perjalanan mereka ke Malaysia, Farisya perasan yang suaminya seperti tidak tenang. Dia mahu tanya tapi dia agak takut dengan wajah Adrian yang serius itu.

Tiba sahaja di Malaysia mereka terus gerak ke hospital. Adrian terus gerak menuju ke kaunter yang berada di hospital itu. Farisya hanya mengikut dari belakang. Begitu juga dengan Leo.

"Leo, ada apa- apa yang jadi ke?"

"Saya rasa lagi okey kalau Ryan yang beritahu awak." balas Leo.

Farisya memandang Adrian yang sedang bercakap dengan seorang doktor itu. Serius sahaja wajahnya. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Kenapa dia seorang sahaja yang tidak tahu?

"Thank you, Dr.," Adrian bergerak ke arah mereka semula. Tapi dia hanya terus sahaja berjalan meninggalkan Farisya di belakang. Langsung tidak menghiraukan Farisya.

Agak terasa dengan Adrian tapi dia abaikan perasaan itu. Dia tahu ada yang tidak kena dengan Adrian sekarang. Lagi- lagi selepas dia bercakap dengan Dr. sebentar tadi.

Mereka singgah di rumah mummy untuk tinggal di sana satu malam sebelum bergerak semula ke Sepanyol esok pagi.

Mujur Adrian mempunyai pesawat peribadi.

Daripada hospital sampailah ke rumah Mary, Adrian langsung tidak bercakap dengan isterinya.

Farisya masih buntu dengan apa yang terjadi. Rumah Mary kosong. Suzy pun tiada. Mana mereka?

Dia cuba memberanikan diri untuk tanya tentang apa yang terjadi kepada Adrian yang sedang fokus pada iPad nya itu.

"Abang, mana mummy dengan Suzy?" soal Farisya berhati- hati.

"Mummy dengan Suzy dah takde." Balas Adrian tidak pandang Farisya. Jarinya bermain di atas permukaan gajet itu.

Farisya terkedu dengan jawapan Adrian. "Apa maksud abang dah takde?"

"They're dead Farisya. Don't make me repeat it." Adrian memandang Farisya. Langsung tiada riak di wajah itu.

Farisya melihat wajah lelaki di hadapannya. "Isya ada buat salah ke? Kenapa abang langsung tak bercakap dengan Isya di hospital tadi? You ignored me. Why?"

Adrian mengalihkan pandangannya ke iPad nya semula. "Takde apa nak dicakap. Abang ada kerja. Jangan kacau."

Jangan kacau? Oh.

"Saya minta maaf." Farisya keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik lain yang ada dalam rumah itu. Malas dia mahu hadap Adrian malam ni. Buat sakit hati sahaja. 



























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now