28

3.7K 130 0
                                    

PAGI- PAGI lagi Adrian sudah keluar untuk pergi jumpa dengan seseorang. Leo memandang Adrian di belakang dengan pandangan yang was- was. "Señor, are you sure?"

"Si," balas Adrian ringkas sebelum dia keluar daripada kereta dan masuk ke dalam kelab malam tersebut. Sudah pukul 6 pagi pun belum tutup lagi kelab ini.

Kakinya menuju ke satu tempat yang khas untuk V.I.P yang berada dalam kelab itu. Wajah seorang lelaki yang sangat dikenalinya dipandang tajam. "Dalam banyak- banyak tempat, kat sini juga kau nak jumpa."

Zach hanya tersengih mendengar kata- kata Adrian. Bukan dia saja- saja dia ingin jumpa si ketua mafia itu di sini. "Jangan marah. Nah." Ujarnya menghulurkan satu pendrive kepada Adrian. "Semua yang kau suruh aku cari ada kat dalam ni."

"Gracias. Meeting hari tu macam mana?"

"Good. It went well. Kita dapat projek tu."

"Nice."

Sedang seronok mereka berborak, mereka diganggu dengan panggilan seorang wanita. "Emm maaf sebab saya ganggu tapi encik ni encik Adrian ke?"

Adrian sedikit berkerut. Macam mana wanita itu kenal dia?

"Awak ada hal dengan dia ke?" soal Zach semula kepada wanita itu. Sudahlah wanita itu nampak mencurigakan. Wajahnya seolah takut akan sesuatu.

"Encik ada pesanan." Wanita tadi menghulurkan satu kertas kecil kepada Zach.

Cepat atau lambat dorang akan tahu juga. Just you wait Adrian Fernandez.

"Kau jumpa siapa lately ni?" soalan Zach membuatkan Adrian berkerut semula.

"Takde..." Hanya satu nama sahaja yang bermain dalam fikirannya. "Zach I think I need your help again." Mereka saling berpandangan.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

KAKI melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu. Selepas dia berjumpa dengan Zach tadi, dia terus pergi jogging sebentar. Dia menyuruh Leo pulang tanpanya.

Baru sahaja mentup pintu ada satu suara menyambutnya dari belakang. Laila. "Morning!" Mata Laila memerhatikan Adrian yang bermandi peluh itu dari atas sampai bawah.

Adrian membalasnya dengan satu anggukan sebelum dia pergi dari situ. Lagi lama dia di situ lagi lamalah tubuhnya menjadi santapan wanita itu.

"Sombong." Ujar Laila perlahan.

Pintu ditolak perlahan. Kelihatan Farisya tiada di atas katil. Mandi mungkin.

Bajunya yang basah itu dibuka dan diletakkan ke dalam bakul yang ada dalam biliknya. Panas!

Serentak dengan itu bunyi pintu bilik air ditutup. Adrian toleh ke belakang. Bibirnya mengukir satu senyuman untuk isterinya. "Good morning sweetheart."

"Good morning abang." Farisya berjalan ke arah Adrian. Tuala yang dia gunakan untuk mengelap wajahnya dia gunakan untuk lap wajah Adrian yang berpeluh itu pula. Selesai menyeka peluh di wajah suaminya dia lap badan Adrian pula.

"How's your meeting with Zach?" soal Farisya.

"Hmm quite good. Tapi abang rasa something is not right with Aqil." Pergerakan tangan Farisya terhenti.

Dia mendongak memandang Adrian yang sedang menunduk memandangnya. "Maksud abang?"

"It's just that... he's quite suspicious."

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

SAAT mereka tiba di ruang makan semua orang sudah mengambil tempat masing- masing. Entah mengapa dapat dirasakan suasana di meja makan itu agak kekok.

Farisya abaikan perasaan itu dan mengisi nasi goreng yang berada di hadapannya ke dalam pinggannya dan Adrian. Dia menjeling ke arah Laila. Dia sedang tersenyum sinis seolah mengejek Farisya.

Farisya tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Ryan, umi nak tanya. Awak ni kerja kan? Halal?" soal Datin Fareeda secara tiba- tiba. Kunyahan Farisya terhenti.

"Umi." Tegur Farisya.

Adrian memandang Datin Fareeda dengan tenang. "Alhamdulillah umi halal. Ryan kan buat business. Setakat ni Ryan tak jual dadah, arak atau benda- benda haram lagi umi. Jangan risau." Balasnya selamba.

Dato' Ikram dan Dato' Fareeda terkejut dengan jawapan Adrian itu.

"Rude." Balas Dato' Ikram. Matanya tajam memandang Adrian.

Adrian tersenyum kecil. "Maafkan saya abi. Tapi setakat yang saya tahu syarikat saya tidak pernah buat benda- benda haram. Saya tak akan beri keluarga saya makan dengan duit yang haram."

"Manalah tahu kamu tu kan baru lagi."

"Abi. Sudah." Ujar Farisya. Dia faham apa maksud tersirat Dato' Ikram. "Depan rezeki ni abi. Umi. Makan."

Dato' Ikram berdehem sebelum meneruskan suapannya. Begitu juga dengan yang lain.

Wajah Aqil dan Laila dipandang. Bukan dia tidak tahu dua manusia itu telah memberitahu kedua- dua ibu bapanya dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka tahu.

Aqil hanya memberi senyuman manisya kepada Farisya. Dia suka dengan pandangan wanita itu kepadanya. Dia rasa teruja!



























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now