34

3.4K 117 2
                                    

ADRIAN kini sedang memberi ucapannya di atas pentas sempena menyambut ulang tahun Fern'z yang ke-100.

Farisya hanya merenung wajah kacak suaminya yang sedang memberi ucapan itu. Apa yang diucapkan langsung tidak dihiraukan. Kalau ada orang tepuk tangan dia tepuk. Kalau tiada dia berada dalam dunianya sediri.

Matanya tetap melekat pada Adrian sehinggalah lelaki itu selesai memberi ucapannya dan mula bersalaman dengan tetamu yang menghadiri majlis itu.

"Good evening girls. Mi amor." Pipi Heidi dikucup. Zach duduk di sebelah Heidi. Pipinya diusap. Penat memberi senyuman yang tidak berapa nak Ikhlas itu.

Farisya hanya memerhati tingkah laku Zach dan Heidi. Tersenyum dia melihat Zach mengadu pipinya lenguh kepada Heidi.

"Senora," tegur Leo duduk di sebelahnya. "Awak nak makan apa- apa?"

"Leo! Saya tak sure nak makan apa."

Leo tersenyum kecil seolah tahu apa yang mengganggu fikiran wanita itu. "Jangan risau chef kat sini semua islam. Adrian had already prepared everything from the beginning. Let me surprise you with something."

Farisya menahan rasa terujanya menunggu Leo mengambilkan makanan untuknya. Beberapa minit kemudian Leo kembali ke meja bersama dua pinggan di tangan. "Here you go." Kedua- dua pinggan diletak di hadapannya.

"Thank you, Leo!"

"My pleasure senora," balasnya sebelum pergi dari situ. Farisya memerhatikan tubuh Leo yang semakin jauh dan mendekati suaminya. Riak wajah Adrian berubah buat beberapa saat.

Malas mahu berfikir tentang itu dia mula menjamu makanan yang diambil oleh Leo sebentar tadi. Sedap!

"Are you enjoying what you saw just now?" Hampir tersembur buah di dalam mulutnya apabila mendengar bisikan itu.

"Air..." sakit tekak dibuatnya.

Adrian menghulurkan secawan air mineral kepada isterinya.

Farisya mengerling suaminya di sebelah. Nampak riak risau terbias di wajah. Tahu takut!

"Nak?" sebiji strawberi disua ke arah Adrian.

Adrian tidak menolak suapan Farisya. "But I do enjoy what I saw just now," bisik Farisya.

Kini giliran Adrian pula yang tersedak. Farisya hanya tergelak melihat Adrian. Belakang suaminya diusap perlahan.

Tadi nak usik orang sangat!

"Hey, lovebirds! Orang lain pun ada ya di sini," tegur Luis mengambil buah anggur di dalam pinggan Farisya. "Where is Leo?"

"Dia ada kerja sikit. Kejap lagi dia datang sini." Adrian menyisip air mineral di hadapannya.

Masing- masing hanya memberi anggukan sebagai balasan.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

MATA Farisya mula ingin menutup. Namun hilang mengantuknya mendengar suara orang ketawa di belakang. Segar terus.

Tapi dia memerlukan benda manis ketika ini. Dia meja hanya ada Luis dan dia sahaja. Zach dan Heidi sudah beransur pulang kerana Heidi pening. Adrian dan Leo pula sedang berborak dengan beberapa orang besar dari syarikat lain. Bisnes.

Luis di sebelah di pandang. Luis sahaja yang sudi menemaninya ketika ini. "Luis..."

Luis mengangkat kepalanya memandang Farisya yang sedang merenungnya dengan mata separuh terbuka itu. "Are you okay, Irdina?" risau dia dengan isteri kawannya ini.

"I need something sweet. Air yang manis. Ada ke?"

"Sure, I'll get you one." Luis meninggalkan telefonnya bersama Farisya sebelum dia gerak ke tempat hidangan air.

"Here you go." Luis meletak dua gelas di atas meja. Tangannya mencapai telefonnya semula tanpa memandang Farisya.

Tapi baru sahaja dia ingin minum air yang diambil tadi Farisya merampas daripadanya. "Wait. No---" Tidak sempat nak menghalang sudah habis air di dalam kedua- dua gelas itu. "Shit."

Rambutnya diramas kasar. "No Irdina no... apa aku nak jawab dengan laki kau nanti? Damn it!"

Farisya mengurut pelipisnya. Dia berasa pening. Pandangannya mula kabur. Luis di sebelah diperhati. Tubuh Luis menjadi huruf 'S'.

Bukan Luis sahaja. Orang di dalam itu semuanya menjadi 'S'.

Mata dikecilkan melihat susuk tubuh 'S' mendekatinya. 'S' itu bergerak ke kiri dan kanan. Tiba- tiba sahaja Farisya melepaskan gelak yang kuat.

Luis terus menutup mulutnya. Dia memberi senyuman tidak bersalahnya dengan meminta maaf kepada mata- mata yang memandang mereka.

Adrian berkerut memandang Luis dan Farisya yang seperti orang mabuk itu.

Mabuk?

Adrian tersedar. Pandangan tajam diberi kepada kawan baiknya.

"Don't tell me you..."

"I didn't! Dia yang minum sendiri. Aku ambil cocktail je untuk dia. Tapi dengan air aku sekali dia minum. Aku tak bersalah." Luis mengangkat kedua- dua tangannya ke udara.

Adrian mengurut dahinya.

Isterinya yang sedang tersenyum lebar ke arahnya dipandang dengan keluhan. "Isya..."























- For you guys [ > - <]

My Mafia GuyWhere stories live. Discover now