20

4.6K 151 0
                                    

FARISYA ke kiri ke kanan berulang kali untuk memikir semula keputusan yang dia buat. Mata pengawal peribadi yang mengawal kediaman itu pun turut mengikut isterinya ke kiri dan ke kanan. Mereka ingin memberitahu Adrian namun ditegah oleh isteri tuan mereka. Maka mereka perlu akur.

"Perlu ke saya masuk?" soalnya kepada dua lelaki itu.

Mereka berdua angguk tanpa ragu.

"Pasti?" Lagi sekali mereka menjawab dengan anggukan. 

Farisya masih lagi ragu- ragu.

PIN!

Bunyi hon memeranjatkan Farisya yang berdiri di hadapan pintu pagar. Lantas dia berdiri di tepi dua pengawal peribadi itu. "Leo!" ujar Farisya teruja.

"Senora? Kenapa tak masuk?"

"Err... saya takut."

Tergelak kecil Leo mendengr jawapan Farisya. "Jom saya bawa awak masuk. Ryan tak makan orang jangan risau." Balasnya.

Farisya akur dan masuk ke dalam range rover hitam itu.

Leo menurunkan Farisya di pintu utama kerana dia ingin meletak kenderaan itu di tempatnya. "Awak masuk dulu. Ryan ada kat atas." Ujarnya.

Farisya menurut kata- kata Leo namun langkahnya terhenti apabila ada tiga pasang mata memandangnya. Terus dia berlari naik ke atas dan menuju ke biliknya dan Adrian.

Pintu bilik diketuk tiga kali.

"Wait." Laung Adrian dari dalam.

Tidak sampai 10 minit pintu bilik itu ditarik dari dalam.

Farisya melihat Adrian dari atas sampai ke bawah.

Hanya seluar track sahaja yang tersarung pada tubuh jejaka itu. "Isya."

Farisya menumbuk dada Adrian.

Tumbukan itu membuatkan Adrian melangkag ke belakang setapak. "Jahat!"

Sekali lagi satu tumbukan diberi pada dada Adrian. "Selfish!"

Adrian sedang proses apa yang baru terjadi.

"I miss you." Tangannya melingkar pada pinggang Adrian.

Adrian masih lagi terkedu dengan tumbukan yang diterima tambah pula kehadiran Farisya di hadapannya.

Pintu bilik ditolak dengan tangan untuk menutup sebelum dia membalas pelukan isterinya. Erat.

"I miss you too."

"Then kenapa tinggalkan Isya kat Malaysia seorang?" Farisya menjauhi Adrian.

"I had to. Untuk cari siapa yang buat Isya macam tu." Adrian melangkah ke hadapan menarik tangan Farisya rapat ke arahnya.

"Abang minta maaf." Dia mengucup belakang telapak tangan isterinya.

"How are you doing my love?" Pinggang Farisya ditarik ke arahnya. Jari- jemarinya bermain di sekitar wajah Farisya.

"Good..." balas Farisya memejam matanya menikmati sentuhan lembut si suami.

"Alhamdulillah." Dahi Farisya dikucup.

Dia menarik lengan Farisya mengikutnya ke katil. Wanita itu di dudukkan pada birai katil. Kemudian dia menolak tubuh Farisya baring.

Farisya yang agak terkejut dengan tingkah Adrian itu hanya senyap sahaja.

Adrian mengangkat baju Farisya sehingga ke paras bawah dada.

Darah Farisya sudah mula menyerbu wajahnya.

Ibu jari Adrian mengusap kesan jahitan yang semakin pudar di perut Farisya. Dia mengucup tempat itu.

"I'm sorry..."

Farisya melihat wajah Adrian yang kelihatan bersalah itu.

Dia mengubah posisinya ke duduk. Tangan Adrian di perutnya digenggam lalu dibawa ke bibir. "Benda ni bukan abang yang buat. Jadi, tak perlu minta maaf dengan Isya." Ujarnya mengusap pipi Adrian.

"Jadi sekarang Isya ada parut yang sama macam abang." ujarnya teruja.

Terlepas gelak kecil Adrian mendengarnya.

Farisya tersenyum. "I miss your laugh." Ujarnya.

Adrian mengusap pipi Farisya. "I miss yours."

Farisya bergerak mendekati Adrian lalu peha lelaki itu menjadi tempat duduknya. Mereka saling bertatapan.

Masing- masing melepasakan rindu.

Kesunyian itu dipecah dengan bunyi perut. Farisya menyorokkan wajahnya di leher Adrian.

Terlepas tawa Adrian. "Isya lapar ke sweetheart?"

"Diam." Sekali lagi tawa Adrian terletus.

"Jom turun makan." Kepala Farisya diusap perlahan.

Tegak badan Farisya mendengar perkataan 'makan'. "Jom!"

"Abang pakai baju dulu nanti kita turun sama- sama." Satu kucupan dihadiahkan pada dahi isterinya sebelum dia melangkah ke arah walk-in-closet




































My Mafia GuyWhere stories live. Discover now