6

5.9K 204 3
                                    

FARISYA menarik kedua- dua bagasinya sambil menunduk. Dia terfikir bagaimana ingin memberitahu keluarganya tentang perkara ini. Rasa bersalah terhadap kedua- dua ibu bapanya.

"Umi... Dina minta maaf." Gumamnya.

PIN! PIN!

Bunyi hon itu diabaikan. Banyak kali hon itu dibunyikan namun Farisya langsung tidak kisah tentangnya.

Langkahnya terhenti apabila terdapat sepasang kasut kulit di hadapannya. Kepala diangkat perlahan sehinggalah nampak pemilik kasut itu. "Ryan..."

Air matanya terus merembes keluar.

Adrian yang baru sahaja ingin menegurnya terkedu. "F- Farisya saya ada buat salah ke?" kaki melangkah ke hadapan mendekati Farisya yang sedang menangis.

Farisya menggeleng. Air matanya masih mengelir dengan deras.

Tanpa membuang masa Adrian menarik Farisya ke dalam pelukannya. "Shush... It's okay." Belakang Farisya diusap.

Farisya mengeluarkan segala yang dia pendam di dada Adrian.

Lima minit jugalah mereka berdiri di situ sebelum Adrian mengajak Farisya untuk mengikutnya. Farisya hanya akur tanpa tanya sebarang soalan.

"Want to share?" Segelas air diletak di hadapan Farisya.

Farisya menyambut huluran itu. "Saya... Dah putus dengan dia..."

Adrian hanya senyap menunggu Farisya menghabiskan ceritanya. "Dia curang dengan kawan saya. Saya tak tahu nak beritahu umi dengan abi apa nanti."

Sekali lagi air mata bertakung di tubir matanya. "Saya... Tak mahu umi dan abi marah Irsyad. Tiga tahun dah dorang bersama." Luahnya.

Tipulah kalau dia kata tiada lagi rasa cintanya terhadap Irsyad.

"W- What should I do? Ryan?" Adrian di sebelah dipandang.

Air mata yang cuba ditahan tadi mengalir tanpa rasa malu.

Sekali lagi Adrian memeluk Farisya. "Shush... You did a good thing Farisya. He doesn't deserve your tears at all. Jangan bazirkan air mata awak demi lelaki yang tak boleh nak menghargai diri awak. Banyak peluang yang awak beri pada dia. Hari ini Dia tunjuk awak siapa tunang awak." bahu Farisya diusap.

"There's a better guy waiting for you, and he is definitely not your ex. So, don't waste your tears for someone useless. Got it?" Adrian menunduk sedikit memandang Farisya. Kesan air mata di pipi Farisya diusap menggunakan ibu jarinya.

"Sekarang jom tidur. Saya tunjukkan bilik awak."

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

MATANYA dibuka perlahan. Dia memerhatikan setiap penjuru bilik. Dia tahu yang itu bukanlah bilik dia. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang baring di atas sofa. Memori malam semalam mula menghantui fikirannya.

Muka ditekap dengan bantal. Malu.

Dia turun dari katil dan menuju ke sofa yang menjadi tempat pembaringan Adrian. Farisya melutut disebelahnya. Bahu Adrian dicucuk dengan jari telunjuk.

"Hmm..." Itu sahaja jawab Adrian.

"Bangunlah..."

Adrian membuka matanya memandang Farisya. "Kenapa?"

"Kenapa awak tidur kat sini?"

"Dah awak asyik menangis semalam tanpa henti terpaksalah saya tidur kat sini. Pintu terbuka jangan risau." Adrian mengubah posisinya ke duduk. Belakang lehernya diurut.

"Oh, sorry..."

"Tak apa. Awak dah okay sekarang?" soal Adrian.

"Okay dah... Maaf saya menyusahkan awak semalam."

"Saya dah cakap tak apa."

Adrian berdiri ingin pergi dari situ. "Adrian!"

Kepala dipusingkan memandang Farisya yang masih melutut itu. "Can I call you Ad?"

"No!" Jawab Adrian. Suaranya naik sedikit.

Terangkat bahu Farisya. "Sorry..." ujar Farisya menunduk. Dia telah melanggar garisan yang menentukan hubungan mereka.

Adrian meraup wajahnya sebelum pergi dari situ. Dia Kembali ke biliknya.

Adrian duduk di birai katil. Memori yang dia cuba untuk lupa datang Kembali.

Hanya seorang sahaja wanita yang menggelarnya 'Ad' dan dia bencikannya.

"Stopit, Ryan. She is your past!"




























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now