17

4.5K 155 5
                                    

PAGI itu Adrian siap seperti biasa. Dia duduk di birai katil di tempat Farisya baring. Bahu wanita itu ditolak lembut. "Isya, abang dah nak pergi dah ni..." kejutnya.

Rambut Farisya yang menutupi separuh wajahnya dialih ke belakang telinga.

Farisya membuka matanya dengan perlahan. Maka, terhidanglah wajah kacak suaminya. "Kejap Isya basuh muka." Farisya terus turun dari katil. Bahu Adrian dicengkap. "You. Don't. Move. Understood?"

Adrian mengambil telapak tangan Farisya lalu dikucup. "Yes maam."

"Good boy." Ujarnya sebelum berlari ke bilik air.

Dengan pantas dia mengambil segala jenis barang untuk mencuci wajahnya. Selesai semuanya dia berlari keluar ke arah Adrian. "Abang, dah!"

Adrian mendongak. Wajah basah isterinya ditenung. "Isya how many times should I told you to wipe your face?" Adrian berdiri mencekak pinggang.

Farisya hanya menayangkan senyumannya yang tidak bersalah. 

Adrian tersenyum kecil. "Come," tangan Farisya ditarik ke tempat menyidai tuala mereka.

Tuala kecil di situ diambil.

Farisya menahan lengan Adrian. "Tapi ini kan tuala abang."

"So?"

"Takpe ke?"

"You are my wife sweetheart. Now shut up. Bagi abang lap muka Isya tu." Tuala tadi dia gunakan mengesat air di wajah isterinya. Kemudian tuala kecil itu disidai semula di tempat asalnya.

Adrian mengelus lembut pipi isterinya.

Mata dipejam menikmati sentuhan lembut suaminya. "Abang pergi sana berapa lama?"

"Only for a few days..." ibu jarinya mengusap rahang Farisya.

Dia melangkah ke hadapan merapatkan lagi jarak mereka.

Dahi mereka bertemu. "Isya, if abang tak balik dalam masa tiga hari Isya balik rumah umi okay sayang?"

Farisya menjauhkan wajahnya. "Apa maksud abang? No! kalau nak balik rumah umi Isya akan tunggu abang."

"Isya..."

"Abang." Potongnya. Dia memandang Adrian tepat pada mata. "Together."

Adrian menarik Farisya ke dalam pelukan. "Okay. Together." Wajah dibenamkan ke dalam leher isterinya. "I have to go now..." pelukan dieratkan.

"Jaga diri okay? Nak keluar ajak Fred." Kepala Farisya diusap. "Text me every second, minutes, hours, days, months, years. Understood, love?"

"Yes sir. Same goes to you abang."

"Yes maam."

Mereka berdua tersenyum. Tangan Farisya dibawa ke bibir. "Abang pergi dulu."

"Hati- hati." Tangan Adrian dikucup sebelum mereka berpelukan semula.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

DUA bulan yang lepas merupakan kali terakhir sepasang suami isteri itu bertemu. Farisya tiada pilihan yang lain selain pulang ke rumah kedua- dua ibu bapanya semula. Dia ada cuba menelefon Adrian sebulan yang lepas tapi tidak diangkat. Sedangkan selama satu minggu Adrian di sana mereka sering berbalas mesej.

Dia terpaksa meninggalkan rumah suaminya. Namun hatinya masih risau dengan Adrian yang hilang tanpa khabar berita itu. 

Di Malaysia, Fred hanya menemaninya sehingga di lapangan terbang sahaja atas permintaanya.

Tiba sahaja di rumah kedua- dua ibu bapanya dia pelik melihat bilangan kasut di hadapan pintu utama rumahnya.

Ada kenduri ke?

"Assalamualaikum, umi? Abi?"

"Waalaikumussalam, Dina." Tubuh anaknya ditarik ke dalam pelukan. "Ryan mana?"

"Ryan ada kerja kat luar umi. Dia kata nanti dia singgah." Tipunya.

"Oh, masuklah. Semua ada." Farisya akur dengan kata- kata Datin Fareeda.

Namun langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat seseorang yang sangat dia benci.

Aqil.

Datin Fareeda yang pelik akan sikap anak perempuannya itu soal Farisya sama ada dia okay atau tidak. Namun Farisya tidak dapat dengar soalan itu.

Begnya ditinggalkan di situ. "Dina nak jumpa Irfan." Kunci kereta miliknya terus dicapai dari tempat kunci sebelum dia melangkah keluar.

Tanpa menghiraukan laungan uminya dia terus memandu kenderaan tersebut keluar dari perkarangan rumah itu.

Dia memandu tanpa arah tuju.

Laju.

Nafas tersekat di kerongkong.

Dada terasa sempit.

Dia mengetuk dadanya berkali- kali untu mengurangkan kesesakan nafas yang dia rasa Ketika itu. Namun tiada yang berubah.

"Not now... please..." air matanya mengalir.

Abang...

Farisya kemudiannya gagal mengawal kereta lalu dia terbabas melanggar sebatang pokok. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Penglihatannya mula kabur akibat darah yang jatuh mengalir dari kepalanya.

"To... tolong..."

Tiada banyak kereta yang lalu di situ kerana hari sudah pun malam.

"cik! Cik!" dia cuba untuk menyahut tapi dia tidak kuat.

Pandangannya perlahan- lahan menjadi gelap.

Mata terkatup rapat.

Malam yang sunyi dihinari bunyi ambulans.



































My Mafia GuyWhere stories live. Discover now