5

6.2K 215 0
                                    

TIBA di hadapan rumah Shira pintu diketuk bertalu- talu. "Assalamualaikum! Shira! Irfan! Hello!"

"Ya, ya aku buka. Sabar!" Shira buka pintu itu dari dalam. "Waalaikumussalam adik ipar saya yang gila." Farisya hanya tersenyum tidak bersalah.

"Buat apa datang pagi- pagi ni? Sibuk aje."

"Saja nak tengok sama ada hidup ke tak lagi kawan aku ni." Balas Farisya selamba.

"Kurang ajar ini anak. Dah tak perlu masuk. Balik!"

"Wei, menghalau. Sampai hati!"

"Yalah- yalah masuk. Buat hal lagi. Irfan tengah mandi." Pintu di belakangnya ditutup. "Dah makan?"

"Dah tapi aku nak makan lagi. Jom!" Farisya membuka kasut dan meletak beg di atas sofa sebelum berlari ke dapur. Shira hanya menggeleng melihat telatah rakan baiknya itu.

Sampai petang Farisya berada di rumah Irfan. Masing- masing berkumpul di ruang tamu. "Aku nampak Irsyad dengan perempuan lain semalam."

Irfan dan Shira saling berpandangan. "Then?"

"Aku... aku tak tahu nak percaya atau tidak. Mungkin itu kawan dia kan?"

Shira menjuling matanya ke atas. "Dina kau boleh tak percaya apa yang mata kau nampak? Jangan bela Irsyad sangat. Ya, aku tahu dia sepupu kau. Tunang kau. First love kau. Tapi itu tak bermakna kau boleh percaya dan berfikiran positif selamanya."

"Nanti dah kahwin apa pula yang jadi." Tegur Shira.

"Tapi tak akan dia nak tipu aku..."

Shira tepuk lembut peha Irfan. "Awak nasihatlah adik awak ni. Saya pergi dapur sekejap."

Irfan hanya patuh dengan kata- kata Shira itu. Dia mengambil tempat di sebelah Farisya. "Kau dah beritahu dia pasal ni?"

Gelengan diberi.

"Cuba tanya dia. Beritahu dia apa yang kau nampak. Betul atau tidak. Benda ni bukan sekali dua Dina tapi dah banyak kali. Since a few weeks ago. Banyak kali dia dah kantoi dengan kau cuma dia tak tahu je. Jadi, kali ni berdepan dengan dia."

"Apa pun alasan yang dia bagi mungkin itu jawapan dia. Kalau semua benda ni betul, tinggalkan dia. Aku tak nak adik yang aku jaga selama ni jadi bodoh disebabkan seorang lelaki." Nasihat Irfan Panjang lebar.

"Kalau aku dengan dia putus macam mana dengan hari tu nanti? Dina tak mahu Malukan abi dengan umi abang." Ujar Farisya menunduk. Tidak mampu dibayangkan apa akan jadi kalau semua ini benar.

"Ya aku faham tapi tak akan kau nak hidup dengan lelaki yang curang dengan kau? Make it make sense Dina. Jangan buta disebabkan cinta."

"Aku cuba cakap dengan dia..."

"That's my girl." Bahu Farisya dipeluk. "Dah pergi balik. Nak gelap dah ni."

"Yalah. Bye, assalamualaikum." Tangan Irfan dikucup. "Shira aku balik dulu."

"Hati- hati tau." Tubuh rakan baiknya itu dipeluk. "Buat keputusan yang baik."

"Baik." Pelukan Shira dibalas.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

TOMBOL pintu dipandang. Rasa gementar tanpa sebab. Keberanian dikumpul untuk menolak pintu itu dan apa yang dihidang di hadapannya bukanlah apa yang dia bayangi.

Irsyad dan Irfa yang sedang berpelukan itu dipandang. Hatinya sakit. "Irsyad..."

Mendengar suara itu membuat pelukan mereka terlerai. "Di... Dina, Syad boleh terangkan." Irsyad melangkah cuba merapati Farisya.

Irfa pula hanya mampu menunduk.

"No! Jangan dekat." Kawannya dipandang dengan pandangan yang tidak percaya. Kecewa.

"Irfa, apa ni? Aku percaya kau Irfa. Saya percaya awak Syad! Kenapa korang..." Air mata yang ingin mengalir ditahan. "Jujur dengan Dina, sejak bila? Jangan tipu."

Irsyad dipandang. "Irsyad?"

"Dua bulan after Dina kenalkan kami." Jawab Irsyad perlahan. Rasa bersalah.

Terkejut.

Tidak sangka dengan jawapan Irsyad. Maknanya Irsyad dan Irfa sudah ada hubungan selepas lima bulan mereka tiba di Sepanyol. Hampir 3 tahun juga mereka bersama.

Mahu pengsan Farisya memikirkannya. Kedua- dua manusia di hadapannya dipandang.

"You lied to me these whole years? Are you kidding me Irsyad?! I have feelings too! Susah ke untuk jujur dengan saya? Irfa? Kau kawan aku Irfa yang aku anggap macam adik- beradik aku. Sampai hati kau tikam belakang aku?"

Irfa masih menunduk.

"Irsyad, kita bertunang nak masuk empat tahun. Awak janji untuk berkahwin selepas saya tamat belajar. Then why are you cheating on me? Kalau awak dan tak sayang saya, tak suka saya sekurangnya jujur dengan saya yang awak dah ada pengganti!"

"Tiga tahun Syad. Tiga tahun! Ada banyak masa untuk awak jujur dan terangkan pada saya selama tiga tahun ini. Irsyad I believe you. You betrayed me. Both of you! I hate you."

Irsyad mengetap rahang. Tidak sanggup bertentang mata dengan Farisya.

Farisya meninggalkan mereka dan berlalu masuk ke biliknya ingin mengemas semua barang milik dia di situ. 




























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now