11

5.6K 180 2
                                    

PAGI itu penuh meja makan di rumah Dato' Azizan. Farisya mengerling Adrian di sebelah yang tidak tahu ingin makan apa. Dia mencapai pinggan Adrian dan menghidangkan nasi goreng kepadanya. "Thank you, sweetheart."

"You are welcome." Sudu dihulurkan kepada Adrian.

"Aww so sweet." Usik Irfan.

"Diamlah." Kaki Irfan ditendang dari bawah meja. Perkara itu mengundang jelingan lelaki itu.

Irsyad yang berada di sebelah Irfan pun tergelak dengan telatah dua beradik ni.

Disebabkan mahu membalas dendam Irfan tendang kaki Farisya semula.

"Ni apa meja makan gegar- gegar ni? Irfan. Farisya." Tegur Datin Fareeda. Sudah masak sangat dengan perangai anak- anaknya itu.

Terus diam dua beradik itu. "Dina mula dulu umi."

"Eh, mana ada umi! Irfan yang usik Dina dulu." Bantah Farisya.

"Irdina, awak dah kahwin. Jaga perangai depan suami."

Farisya menunduk memandang nasi. "Okay." Dia sambung makan makanannya.

Suasana di meja makan Kembali riuh. Farisya hanya senyap sahaja. Sakit hati. Bukan dengan orang lain tapi abangnya. Memang nanti niatnya nak letak cili padi dalam air Irfan.

Dia mengangkat pinggannya yang dah kosong serta dengan pinggan Adrian. dia berlalu ke dapur tanpa sebarang kata. Kekok Kembali suasana tadi.

"Man, that was so awkward." Ujar Irfan.

"Awaklah!" Shira mencubit lengan suaminya itu.

"Aw! Sakitlah." Lengannya yang dicubit tadi digosok. Sakit. Pedih. "Yalah nanti saya pujuk dia."

Farisya Kembali ke meja makan untuk menolak kerusinya. Jelingan diberi kepada Irfan sebelum dia masuk ke biliknya.

Suasana di meja makan senyap semula. "Ryan panggil Farisya turun sekejap ya." Adrian bangun meninggalkan meja makan.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

"ASYIK- asyik dia sahaja yang menang." Bantal di hadapannya ditumbuk. Geram.

Apabila dengar bunyi pintu dibuka dari luar dia duduk membelakangi manusia yang masuk ke dalam bilik. "Isya..."

"Jangan nak pujuk. Hmph!"

Adrian ingin tergelak tapi dia tahan takut semakin merajuk isterinya nanti.

Dia mengambil tempat di belakang Farisya dan mengangkatnya ke atas pangkuan. Dagu diletakkan di atas bahu Farisya. "Kenapa isteri abang merajuk ni?"

"Umilah. Asyik nak menangkan Irfan sahaja. Tak adil."

"Isya sweetheart janganlah ambil hati. Tak elok tahu tinggalkan meja macam itu sahaja. Ada mak long lagi. Jangan merajuk lagi okay?"

Farisya tidak menjawab.

"Isya..."

Masih tiada balasan.

Bahu Farisya terus digigit. "Aw! Abang!"

"Boleh pun bersuara ingatkan dah bisu."

Farisya pusing menghadap Adrian dengan bahunya disentuh. "Sakit..."

Adrian tersenyum kecil. "Sorry sakit ya?" Farisya ditarik merapatinya. Satu kucupan hinggap pada bahu Farisya yang terdedah itu. "Sakit lagi?"

"Sikit."

Sekali lagi bahunya dicium. Kini bukan bahu sahaja tapi naik ke leher.

"Abang..." Farisya menggenggam lengan Adrian.

"Hmm..." Gumam Adrian di leher Farisya.

"Jom turun."

"Sekejap..."

Farisya hanya mampu memejam mata. Dia sendiri tak tahu sampai bila mereka nak duduk bertapa di atas katil itu.

"Abang... abang buat apa?" bahu Adrian ditolak perlahan.

Adrian menegakkan badannya. "Takde apa. Just left some marks on your sexy shoulder. Jom turun."

Tangan Farisya ditarik. Farisya masih terkelu dengan apa yang baru sahaja terjadi. Bajunya ditarik untuk menutup bahunya semula. Sempatlah dia tengok bahunya tadi.

Semasa menuruni tangga jarinya mencubit pinggang Adrian. "Pervert."

Adrian menyentuh pinggangnya yang dicubit tadi. "Dengan isteri abang tak salah."

Farisya menjeling tajam Adrian dari tepi.

Nasib baik suami.

Baru semalam bergaduh, pagi ini dah keluar perangai sebenar Adrian. 





























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now