8

5.7K 204 2
                                    

PAGI itu awal pula matanya celik. Selalunya susah sangat nak bangun pagi. Jantungnya berdebar tanpa sebab. Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari dia menamatkan zaman singlenya.

Dengan malas Farisya turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan badan. Dapat dia dengar betapa riuhnya di bawah padahal baru pukul 6:30 pagi. Dia yang nak kahwin pun tidak teruja seperti itu.

Selesai mandi dia menyarung pakaian biasanya dan turun ke bawah untuk bantu apa yang patut.

"Selamat pagi pengantin baru." Tegur Shira.

"Tak kahwin lagi okay! Bawa bertenang sikit." Bahu Shira ditepuk perlahan. "Buat apa tu?"

"Umi suruh letak benda- benda ni dalam beg kecil ni. Nak bagi orang katanya."

"Awalnya letak. Baru pukul 7 wei."

"Tahu tak apa. Excited nau semua orang."

"Aku yang nak kahwin pun tak excited macam ni."

"Tahu tak apa." Balas Shira setuju. Tangannya meneruskan kerjanya.

Farisya membantu Shira menyiapkan beg itu.

"Eh bakal pengantin buat apa kat sini? Pi naik atas." Tegur Datin Fareeda.

"Alah umi Dina bosanlah duduk atas."

"Bosan ke tak bosan ke duduk juga dalam bilik tu. Jangan keluar. Pergi." Punggung Farisya ditepuk.

Farisya hanya akur dengan hati yang tidak rela.

Beberapa jam kemudian tiba masa yang ditunggu untuk seorang Farisya menukar status.

Farisya menahan debaran di dada. Hampir tiga kali jugalah dia masuk tandas.

Pintu biliknya dikuak dari luar. Ibu mertuanya dan seorang gadis yang kelihtan seperti sebaya dengannya melangkah masuk. "Hai menantu mummy." Mary memeluk tubuh Farisya.

"Hai mummy..." pelukan wanita itu dibalas. Kurang sedikit debarannya.

"Nervous?"

"Sangat." Balas Farisya menyentuh perutnya. Tergelak kecil Mary mendengarnya.

"Relaks Dina. He's a good guy. Trust me." Pujuk Mary. "Oh ya, ini Suzy. Adik bakal suami awak."

Suzy mendekati Farisya. "Hai," tegurnya dengan senyumn.

Farisya turut membalas senyumannya. "Anyway, jangan nervous sangat. Everything will be alright okay, dear." Mary menarik tubuh Farisya ke dalam pelukan.

Kurang sedikit rasa gementarnya tadi.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

FARISYA memerhati belakang jejaka yang berpakaian baju meayu putih itu. Seperti dia kenal. Satu nama muncul di benak fikiran. Dia tepis nama itu jauh- jauh.

Belakang yang amat dikenalinya.

Tak mungkin...

"Tak sangka member aku nak jadi isteri orang dah." Shira menepuk lembut peha Farisya.

"Dengan orang yang aku tak kenal pula tu."

"Tak kenal? Mustahil. Kau kenal dia aku pasti. Jangan risau kau tak dapat yang botak tengah, gigi jongang ke. Yang ini kacak gila."

Farisya tergelak mendengar apa yang Shira beritahunya.

Selesai sahaja akad nikah lelaki tadi mula bergerak ke arah Farisya.

Wanita itu pula hanya menunduk dari tadi sehinggalah lutut seseorang berada di hadapannya. Kepala diangkat perlahan- lahan.

Tergamam Farisya apabila melihat pemilik badan belakang yanag amat dia kenal itu.

"Adrian..." bisik Farisya.

Adrian menayangkan senyuman manisnya. "Shush... saya tahu awak terkejut." Tangannya mencapai tangan kanan Farisya lalu menyarungkan cincin ke jari wanita itu.

"Tapi sekarang awak kena sarung cincin pada jari saya." Bisiknya semula.

Farisya tersedar dan akur dengan kata- kata lelaki itu.

Dahinya dikucup. Terasa hangat.

Tak tahu mengapa air matanya mengalir dengan mudahnya. "Isya..." Adrian menyeka air matanya dengan ibu jari.

Selesai menyapa tetamu Farisya masuk ke biliknya. Tubuh direbahkan ke atas tilam. Otaknya masih lagi sedang proses apa yang terjadi sekarang ini.

Adrian sebagai suaminya memang tidak pernah terlintas di otak. 




























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now