29

3.7K 139 3
                                    

PINGGAN- PINGGAN yang baru lepas dibasuh diletakkan di tempatnya. Tangannya mencapai tuala kecil yang tergantung si situ untuk mengesat tangan yang basah.

"Dina, Dina, Dina. Sekarang kau dah berani pandang aku. Aku suka." Suara Aqil yang menegurnya menghentikan aktivitinya.

Aqil tersenyum senget melihat Farisya yang masih membelakanginya. "Kat meja makan tadi kau okey je. Kau takut ke sayang?"

Farisya berasa jijik mendengar perkataan sayang itu keluar dari mulut lelaki seperti Aqil.

Aqil mendekati wanita itu. Dia mengepung Farisya dari belakang. "It's been long a time, isn't it?" bisik Aqil di sebelah telinga Farisya.

Tubuh Farisya kaku di situ. Dia tidak tahu mahu buat apa.

"Aqil." Adrian menolak badan Aqil menjauhi Farisya dengan kasar.

Tolakannya membuat belakang lelaki itu terlanggar kabinet di dapur itu.

Adrian menarik lengan Farisya berdiri di belakangnya.

"Kasar," ujar Aqil mengusap pinggangnya. "I don't like it."

"Neither do I. Kau sentuh isteri aku." rahang diketap.

Aqil mengangkat sebelah bahunya. "Tak. Aku tak sempat nak sentuh dia kau dah tolak aku. Tak baik tau fitnah." Dia meletak tangan di dadanya seolah terasa dengan tuduhan Adrian.

"Jangan cabar aku Aqil." Ujar Adrian memandang Aqil yang sedang senyum itu.

"Or what Mr. Fernandez? Kill me? Torture me? Hmm Adrian?" senyuman Aqil semakin lebar melihat Adrian yang tidak mampu menjawab soalannya itu. "Come on, Ryan. We all know you're a mafia. But a coward one." Sengaja dia berbisik ketika ayat terakhir itu.

Adrian melepaskan lengan Farisya dan berjalan mendekati Aqil. Kolar lelaki tersebut dicekak. "A coward huh? Kau tahu apa yang aku buat dekat family kau kan?" ujar Adrian perlahan hanya dia dan Aqil sahaja yang dengar.

Senyuman mengejek Aqil mati.

Adrian tersenyum sinis melihat wajah Aqil. "So, don't touch her or there will be the consequences Mr. Aqil."

"Adrian kenapa kau nak bergaduh dengan Aqil pula ni?!" soal Datin Fareeda menolak tubuh Adrian dengan kasar.

"Abang." Farisya memeluk lengan Adrian.

"Tak cukup kau bergaduh kat Spain tu kau datang sini pula nak cari gaduh?!" marah Datin Fareeda.

Kedua- dua Farisya dan Adrian terkedu. "Umi cakap apa ni?" soal Farisya.

"Lelaki kau ni ada rekod jenayah kan?" sampuk Dato' Ikram.

Bertambah kelu lidah Farisya. "Apa benda umi dengan abi merepek ni? Siapa cerita benda bukan- bukan ni?"

"Aku. Aku dengar daripada kawan aku kat sana." Celah Laila.

Pandangan Farisya tertala ke arah Laila. "Kau jangan nak buat fitnah boleh tak? Tak cukup kau ambil umi dengan abi kau nak rosakkan family ni pula? Eh kau tu orang luar Laila. Stop acting like you are the daughter of Dato' Ikram and Datin Fareeda while you are not. Makcik Ina kat kampung tu kau ada jenguk tak? Lansgung tak padahal itu mak kau. Tanggungjawab kau untuk jaga dia tapi kau sibuk cari kasih sayang kat mak bapak orang lain. Kau memang kurang kasih sayang kan? Sebab tu kau menempel je kat sini. Dasar attention seeker."

PANG!

"Umi tak ajar anak umi cakap macam ni dengan orang."

Farisya menyentuh pipinya yang agak pedih itu. "Oh, umi pilih dia?" Pandangannya dan Datin Fareeda bertemu. "Faham." Dia menarik tangan Adrian pergi dari situ.

"Irdina. Kamu nak pergi mana?" Soal Dato' Ikram.

"Balik. Buat apa nak duduk sini lagi? Kitorang kan orang luar." Langsung dia tidak toleh belakang.

Tiba di bilik, Adrian menarik Farisya menghadapnya. Air mata Farisya yang bergenang di tubir matanya mengalir. Ibu jari Adrian mengesat air mata yang mengalir itu.

"Isya minta maaf abang..." sakitnya hati apbila ibu bapanya sendiri memihak kepada orang lain yang bukan darah daging mereka.

"It's not your fault." Adrian memeluk tubuhisterinya. "It's mine. I'm sorry sweetheart."






























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now