32

3.6K 124 9
                                    

SEPANJANG perjalanan mereka berdua senyap sahaja. Adrian langsung tidak tegur Farisya. Tadi pun dia terus menarik lengan Farisya mengikutnya. Lelaki misteri tadi ditinggalkan sahaja di situ.

Tiba sahaja di rumah, Farisya orang pertama yang keluar daripada kereta dan terus menuju ke biliknya. Kesan cengkaman Adrian pada pergelangan tangannya disentuh.

BAM!

Bunyi hentaman pintu di belakangnya membuat bahu Farisya terangkat sedikit. "Kenapa degil sangat? Abang dah kata nak pergi mana- mana bagitahu. Jangan keluar seorang. Susah sangat ke nak dengar?"

Farisya masih membelakangi Adrian.

Salah dia juga Farisya keluar ke rumah seorang diri. Kenapa kena letakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Farisya?

"Farisya Irdina bila saya bercakap dengan awak, pandang saya."

Farisya mengesat air mata di pipi menggunakan telapak tangan. Dia pusing menghadap suaminya. Mata Adrian ditentang.

"Apa? Saya dah susahkan awak? Awak penat jaga saya? If you are then let me go! Berhari- hari awak tak bercakap dengan saya. Tengok muka saya pun tidak. Hari ini awak tiba- tiba marah saya sebab saya menyusahkan awak. Kalau awak rasa saya ni beban awak, lepaskan saya. Awak pun bukan peduli kalau saya mati." Air mat amula bergenang.

"Apa yang awak tahu lari. Tinggalkan saya seorang. Selalu macam tu. Ingat awak seorang sahaja ke yang sedih mummy meninggal? Memang awak seorang je ke yang ada perasaan? What about me, Adrian? Awak ingat saya suka ke? Gembira bila mummy meninggal? Awak langsung tak beritahu saya apa- apa hari itu lepas tu awak marah saya tanpa sebab. What is wrong with you Adrian?"

Adrian senyap. Dia mengalihkan pandangannya sebelum dia pusing ingin keluar dari bilik itu. DIa tidak boleh berbincang dalam keadaan begini.

"There you go. Run. Run away. You're a coward Adrian."

Adrian mengabaikan kata- kata isterinya dan keluar daripada bilik itu.

Hilang sahaja tubuh Adrian dari pandangannya, dia jatuh melutut. Tangan ditekup ke wajahnya.

Ada suami macam tiada suami.

Tidak sampai 30 minit Farisya menangis, pintu biliknya terbuka semula.

Adrian melangkah ke arah katil dengan dulang di tangan. Dia meletakkan dulang tersebut di meja kecil di sebelah katil mereka sebelum dia melangkah semula ke arah Farisya.

Tubuh isterinya dicempung dan di bawa ke katil. Dia melutut di hadapan Farisya.

"I'm sorry sweetheart." Ibu jarinya mengusap pipi Farisya yang basah dengan air mata itu. "Abang lupa untuk jaga hati isteri abang. Maafkan abang. Abang tak pernah penat pun jaga Isya. Isya tak pernah jadi beban abang. Abang minta maaf kalau Isya rasa diri Isya macam tu. I never once thought you're annoying or whatsoever."

"Abang terlalu ikutkan perasaan sampai abang abaikan isteri abang. I am so sorry." Dahinya diletakkan di atas peha Farisya.

Adrian memandang Farisya yang sedang menunduk melihatnya. "Maafkan abang?"

Sekali lagi air mata Farisya mengalir. "Isya ingat abang dah benci Isya." Ujarnya dalam tangis.

"No." Adrian mengambil tempat di sebelah Farisya dan memeluknya dari tepi. "Abang tak pernah benci Isya. I will never fall out of love with you." Kepala Farisya diusap.

Farisya membalas pelukan Adrian dan tangisannya dihamburkan di atas bahu Adrian.

Adrian melonggarkan pelukan mereka. Wajah Farisya yang masih basah itu ditatap. Ibu jarinya mengesat kesan air mata di wajah isterinya.

"Lapar?"

Farisya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Abang minta Leo belikan McDonalds tadi. Come."

Farisya makan burger yang dihulur Adrian. Sedap pula rasanya makan selepas menangis.

"Abang, Isya nak tanya sesuatu boleh?" soal Farisya. Burger di tangannya sudah pun selamat sampai ke dalam perutnya.

"Apa dia?"

"Lelaki tadi siapa?"

Diam.




































My Mafia GuyWhere stories live. Discover now