35

3.4K 120 3
                                    

MATAHARI sudah pun terbit tetapi dia masih baring di atas katil. Bunyi bising di dalam bilik air membuatnya tersedar.

Dia bangun ingin bersandar pada kepala katil. Entah kenapa kepalanya sakit sangat pagi ini. Dia melihat sekeliling. Dahinya berkerut melihat pakaian yang bersepah di atas lantai.

Apa jadi malam tadi?

Terus matanya memandang dirinya yang dibaluti selimut itu.

Nafas lega dihela. Dia masih berpakaian. Cumanya...

"Good morning, sweetheart." Ujar Adrian yang baru keluar dari bilik air dengan hanya sehelai tuala di pinggang. Dia mendekati Farisya yang seperti belum jejak kaki ke bumi itu. Adrian duduk di birai katil. Telapak tangannya ditekap pada dahi Farisya.

"Isya, you good?"

Farisya memandang Adrian. Dia tidak tahu ingin tanya tentang apa.

"Apa jadi semalam?"

"Takde apa jadi. Kenapa?"

"Tapi kenapa..." Farisya menunjukkan pakaiannya yang bersepah di lantai dan kepada dirinya semula.

"Oh---" Adrian melepaskan tawanya sebelum menjawab.

Kejadian malam tadi

Adrian merenung ke dalam anak mata Farisya yang bulat memandangnya.

"Hehe." Farisya tersenyum ke arah Adrian. Bibirnya mengukir satu senyuman sambil mengusap kepala Farisya.

Terus hilang niatnya ingin memarahi Farisya. "Leo, car. Luis, esok," ujarnya menarik lembut lengan Farisya mengikutnya.

Farisya hanya senyap sambil merenung Adrian di hadapannya. Dia pelik mengapa dahi suaminya berkerut. Dia menghentikan langkahnya.

Hentian mengejut itu membuatkan tubuh Adrian tertarik ke belakang sedikit. Dia menoleh pandang Farisya yang menunduk itu. "Sweetheart?" panggil Adrian.

"Abang marah Isya ke?" Farisya mendongak memandang suaminya.

"Tak, abang tak marah. Jom balik, dah lambat ni," ujarnya sambung menarik tangan Farisya mengikutnya.

Farisya hanya menurut sahaja hanya untuk beberapa minit sebelum dia berhenti secara tiba- tiba semula dan memberi soalan yang sama kepada Adrian.

"Tak sweetheart. Jom balik." Sekali lagi tangan Farisya ditarik mengikutnya.

30 minit jugalah mereka habiskan masa di situ kerana Farisya yang suka berhenti secara tiba- tiba itu. 30 kali jugalah Adrian mengulang jawapan yang sama.

Mereka sepatutnya tiba di rumah pada 20 minit yang lalu tetapi terpaksa tangguh hampir satu jam punca daripada perangai 'tiba-tiba' seorang wanita yang bernama Farisya Irdina.

"Thank you, Leo." ujar Adrian mendukung Farisya masuk ke dalam rumah.

Tubuh Farisya diletakkan di atas katil dengan perlahan, tidak mahu mengejut wanita itu.

"Abang!" jerit Farisya.

Tangan Adrian yang ligat membuka butang baju kemejanya itu terhenti. Dia terus mendekati Farisya yang tadinya baring kini duduk tegak sambil memandangnya dengan tajam. "Kenapa? Isya nak air?"

Farisya menggeleng. Dia menolak Adrian ke tepi untuk turun dari katil.

Dia mencapai zip bajunya yang di belakang dan dengan selambanya membiarkan pakaiannya jatuh ke lantai tanpa menghiraukan Adrian yang sedang merenungnya.

Farisya memandang Adrian yang sedang merenungnya. Matanya turun dari wajah ke tubuh Adrian.

Dia mendekati suaminya itu lalu membutangkan semula baju Adrian. "Sejuk, abang. Jangan pakai baju separuh macam ni. Tak elok." Kepala Adrian ditepuk lembut.

Kemudian dia kembali memanjat katil dan sambung tidur sambil menelubungkan dirinya dalam selimut.

Adrian masih melihat isterinya yang sudah terbang ke alam mimpi itu. Satu keluhan dilepaskan. "Isya... Sweetheart, awak akan menyesal esok."

Dia bergerak mencapai t-shirtnya yang tergantung di dalam almarinya lalu disarungkan pada tubuh Farisya. Rambut Farisya dirapikan sebelum dia mengucup dahinya. "Good night, sweetheart."  

Adrian baru sahaja nak berdiri namun tarikan daripada isterinya membuatkan dia terduduk semula. "Don't go..." ujar Farisya memandang Adrian dengan mata bulatnya.

Adrian tersenyum kecil. Tangannya yang berada dalam genggaman isterinya dilepaskan untuk mengusap ubun- ubun kepala Farisya. "Abang tak pergi mana- mana pun sweetheart. Abang nak pergi mandi je."

"Janji datang balik?" tubir mata Farisya mula berair.

"Janji." Adrian baring di sebelah Farisya menemaninya sehingga isterinya tidur.

Abang takkan tinggalkan Isya seorang lagi.

Pelukannya dieratkan. 





























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now