(5)-Absent-

595 19 0
                                    



  KEISHA kini berada di depan pintu pagar mansion mewah milik keluarga Mathias.

  "Excuse me. I'm looking for Mathias." Keisha melontarkan kata-katanya pada sebuah box berlampu biru di tepi pagar. Keisha tahu benda itu walaupun dia anak orang miskin. Mesti dianggap gila apabila bercakap dengan kotak yang tak bernyawa, tapi itulah hakikat. Teknologi sekarang mengubah segalanya.

  "I'm sorry. Mathias was not around.Please come again later..." jawapan dari kotak itu cukup membuatkan Keisha kecewa. Macam mana dengan Dhai? Anak itu masih tidak ditemui lagi. Sekarang Mathias tidak bertanggungjawab.

  Ketika dia hendak melangkah pergi, kakinya terhenti kerana sebuah pekikan telefonnya menandakan seseorang menghubunginya.

  Segera diangkat apabila melihat nama yang tertera di layar telefonnya.

  "Hello?"

  "Sekarang, aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi berjual beli denganku."

  "Pardon?"

  Keisha tidak memahami apa yang dikatakan oleh Martian merangkap makciknya itu.

  "Terima kasih kerana dengar cakap aku.."

Tut! Tut!

  Cih! Apa yang makcik dia nak cakap sebenarnya ni?! Membeli? Dengar cakap? Memangnya dia beli apa dengan makciknya.

  Sambil Keisha menerawang di depan mansion Mathias itu, hon kereta mengejutkan daripada lamunannya.

  Kereta Audi milik Mathias kelihatan di depannya. Muncul Dhai yang sedang menguak pintu penumpang dari dalam untuk keluar. Dia tak salah lihat kan?

  Gadis itu berlari menuju Keisha yang masih tertegun. Dipeluk Keisha kemas.

  "Kenapa Kau tak bagitahu aku yang Kau dah jumpa Dhai?" Tanya Keisha kepada Mathias yang berjalan ke arahnya.

  "Well.. aku tak nak Kau kacau moment indah aku semalam."

  "Semalam Kau jumpa Dhai? Apa pulak Kau buat dekat dia?! Kenapa Kau tak bagitahu aku?!" Tak sangka Mathias menyorok perkara ini darinya.

  "Kalau aku bagitahu Kau pun, Dhai tetap akan duduk dengan aku. Aku dah beli dia. Kau takda apa-apa hak untuk memberi chance kepada dia.." lebar Mathias mengujar kata.

  Apa yang diperkatakan Mathias sedikit sebanyak membuatkan mata Keisha membesar sempurna. Ya, itu perjanjian di kelab haritu. Perjanjian dianggap keramat baginya dan... Mathias.

  Pandangan yang tertumpu kepada Mathias kini beralih kepada Dhai yang masih memeluknya.
  "Dhai, dia ni ada buat apa-apa kat Dhai tak?" Tanya Keisha sembari jari telunjuknya menunding kepada Mathias.

  Dhai menggeleng laju. Betul. Mathias memang tidak melakukan apa-apa padanya selain memberi dia makan semalam dan juga sarapan pagi tadi.

  Muka yang ditunjuk oleh Keisha menampakkan gadis berambut blonde itu masih tidak percaya dengan jawapan yang diterima. Sesekali dia mengerling Mathias yang tersengih sombong.

  "Betul ni?" Sekali lagi Dhai mengangguk. Akhirnya Keisha mengeluh. Dhai yang dikenali nya tidak pandai menipu. Mungkin benar.

  "Ni... duit tu Kau dah bagi kan kat makcik aku?"

  "Perhaps.."

  "Cakap betul-betullha!!"

  Mathias terkekeh dengan reaksi Keisha yang dilihat berlebihan baginya.

  "Yass... baru tadi, aku bagi cash duit haram tu kat makcik kau. Pandai-pandailah Kau agihkan duit tu.." tutur Mathias.

  "Aku tak perlukan duit tu. Bagi aku, Dhai bukan barang untuk dijual beli!" Tatapan maut diperarah kepada Mathias atas alasan ingin membunuh mathias disitu juga namun dibalas wajah memelas oleh Mathias.

  "Dhai! Dengar sini! Dhai nak ikut keish atau Mathias?!" Tuturan keisha sedikit ditekan. Kini anak mata Dhai bergetar. Seolah sudah mencerna kata-kata Keisha itu.

  "Hei, hei! Apa Kau cakap ni?! Dhai sudah jadi milik aku!" Mathias protes. Keisha tidak peduli dengan Mathias. Apa yang dia mahu ialah melarikan Dhai melalui apa cara sekalipun.

  Dhai membuka mulut seperti hendak menjawab tetapi Mathias lebih laju menarik Dhai dari pegangan Keisha.

  "Mathias! Bagi balik Dhai!" Mathias mula mengorak langkah untuk masuk ke mansion nya. Keisha menuruti dhai sehingga hujung baju Dhai sempat ditahan.

  Tangan Dhai yang bebas terulur untuk menggapai Keisha. Dengan langkah yang sengaja diperlaju oleh Mathias Dhai tidak dapat menyeimbangkannya. Dhai jatuh. Menangis. Pegangan Mathias terlepas.

  "Dhai! Lari Dhai!" Dhai mula bangkit dari menyembah bumi dan ingin berlari ke arah Keisha. Namun, nasib tidak menyebelahi, Dhai sempat ditarik ke dalam rengkuhan mathias.

  "Jangan dekat dengan Dhai!!!"

  Mathias memberi amaran kepada Keisha sembari menghala sesuatu ke arah Keisha.

Itu pistol.

Deg!

  Keisha mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Dia berhenti daripada berjalan ke arah Dhai. Lain pula Mathias dimana sedikit demi sedikit menyeret kakinya hingga sampai di pintu besar mansion. Dhai hanya menurut.

  Terdengar Suara yang dilaungkan oleh Keisha sebelum Mathias menutup pintu mansionnya,

  "Aku tak akan ambil Dhai dari tangan kau! Tapi Kau harus jaga dia! Jangan cercanya seperti binatang, mathias! Sesungguhnya Dhai itu anak istimewa yang boleh bahagiakan hidup Kau!"






Tbc...

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now