-(6)younger sister?-

504 19 0
                                    



Kunyahan makanan di dalam mulut Mathias berhenti sejenak setelah melihat Dhai yang duduk di kerusi makan di tepinya hanya menatap sendu nampan tersebut.

"Hei! Makan lah!" Mathias menjitak lengan Dhai sehingga Dhai tersedar dari lamunan. Segera diambil sudu dan garfu tetapi selepas mata Mathias teralih, Dhai berhenti dari lakonannya yang ingin mencedok nasi tadi.

Dia tiada selera mahu memakan makanan yang dihidang itu. Walaupun seekor ayam dengan noda bakar yang terlihat nikmat menerjah masuk ke netranya.

Kejadian tadi petang terlihat sadis di matanya. Dia ingin memberitahu hasratnya tetapi tergendela dek cekatan kotak suaranya. Dia ingin bermimpi lagi. Lebih-lebih lagi tentang mimpi yang dia boleh bersuara itu. Dia rindu akan suara mimipinya itu.

Sekali lagi Mathias melihatnya....

PANG! Mathias menghempas pinggan kaca je lantai.

"Orang bagi makan tu, makan je lah!!! Kebulur menyusahkan aku pula!!!"

Dhai meringis. Sesungguhnya dia terkejut. Darahnya menyerbu naik ke mukanya. Tengkingan itu mengingatkan dia dengan ibu saudaranya iaitu Martian.

Kaca yang berterabur dikerling takut. Kaca itu kini melambangkan amarah Mathias yang memuncak. Dia gerun dengan kaca yang pecah itu.

Mathias mengeluh. Nafsunya dikendurkan.

"Makan..." dengan perlahan mathias menutur agar Dhai melembut hati. Sekali lagi,

"Makan..."

Dhai tetap tidak berganjak dari renungannya.

"Aku kata makan, makan lah!!" Mathias menyambar sudu di pinggan Dhai dan mencedok sedikit nasi lalu tangannya yang bebas mencengkeram rahang Dhai untuk anak itu membuka mulut.

"Buka. Mulut. Kau!!!" Bukannya membuka mulut, Dhai memberi kan tatapan yang sukar ditafsir. Ini bagi pandangan Mathias.

Tatapan yang sayu dan mata yang berkaca yang disuguhkan sedikit sebanyak mengubah muka marah Mathias sebentar tadi.

Mathias ingin menangis apabila melihat pemandangan itu. Dhai... maaf..

Cengkeraman di rahang Dhai diperlonggarkan. Sudu kembali diletak. Sekali lagi dia mengeluh. Mendengus kesal dengan perbuatan nya itu.

Manik biru itu bersinar dan akhirnya bendalir mula melakar garisan di pipi Dhai. Dhai masih lagi dengan tatapannya pada Mathias. Tiada isakan. Tiada rengekan. Tapi senyap. Tangisan senyap. Itukah yang menunjukkan gadis itu kesal? Mathias! Kau bodoh!

"Dhai... aku-- mintak. Maaf" ini bukan Mathias! Ini malaikat mathias! Mathias tidak akan meminta maaf atas setiap kesalahannya pada orang lain tapi kenapa...? Mathias tergerak hati untuk mengatakan itu pada Dhai?

Dengan pantas Mathias meraih Dhai ke pelukannya.

"Maafkan aku! Maaf kan aku!"

Namun Dhai dengan ekspresinya. Tiada raut sedih. Tiada tautan kening kemarahan. Tiada. Memang tiada.

Lain pula Mathias yang sudah melakar air mata. Apa yang dah jadi?!

"Tuan?"

Suara tiba-tiba menghentikan drama itu. Mathias berdehem macam tiada apa-apa yang berlaku. Perempuan yang memakai setelan pembantu rumah itu hanya tersenyum.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now