Nukilan dari Ha Tepuk!

315 9 0
                                    


  Hai! Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh! Saya author HaTepuk! Ingin menyampaikan sedikit pencerahan kepada kalian yang membaca cerita ini sehingga habis.

  Cerita ini diilhamkan oleh saya sendiri tentang seorang pemuda yang tidak boleh move on dan berperangai macam tak kenal dunia hidupnya bertemu dengan orang yang dia puja.

  Kisah ini berdasarkan titik peluh otak author sendiri dan korang yang membacanya mesti nak tahu serba sedikit moral yang terhasil dari cerita ini..

Ok author teruskan....

1. Menangis di atas sesuatu perkara..
Menangis ni... kalau korang rasa mesti waktu sedih kan? Tapi, sedih tu datang dari mana? Ha.. sedih tu berpunca daripada mulut kita tak boleh menyatakan perasaan dalam diri kita ke orang lain. Tak kesahlah macam Dhai yang tak boleh bercakap ke, kita orang biasa yang tengah baca chap ni ke.... semua yang sedih di sebab kan kita tidak boleh berkongsi perasaan kita ke orang lain. Kalau kita gembira, kita nak cakap kat seseorang, orang itu tidak peduli. Sakit ati ann?

2. Ujian yang diterima..
Kalau kalian ditimpa masalah, kalian jangan merungut. Sesungguhnya masalah itu ada kemanisan terselit antaranya. Cuba untuk cool down dan perlahan-lahan menempuhinya. Esok-esok, kalian akan tahu masalah itu membuatkan diri kita menjadi lebih matang. Mungkin masalah itu ada membawa kebahagiaan dalam kehidupan kalian...

3. Percayalah cinta...
Hoi! Denga' sini! Author kompom kalian pernah bercinta dan tak bercinta pon mesti kalian ada taruh hati kat seseorang. Eh, cuba kalian tenung balik. Kalau kalian jumpa mereka, kalian ada rasa benda aneh dalam diri tak? Benda yang tak pernah kalian rasa? Kalau tak ada atau ada tapi tak kuat mana, itu bukan cinta tapi NAFSU. Kalian cuba bayangkan banyak mana lelaki atau perempuan yang pernah kalian minati tapi tak bertahan lama minat tu... itu semua cinta dusta. CINTA ITU BUTA! Dalam cerita yang author sampaikan ini merangkap kepada perkataan di atas. Mathias si hero ni yang berstatus kaya tetapi minat kat Dhai yang tiada apa-apa. Bisu lagi. Tapi, cinta itu bertahan lama dek penangan cinta itu sudah dilekatkan jodoh bersama. Jadi, kalian harus bersabar. Setiap orang sudah ditakdirkan pasangan masing2. Dan, hargai pasangan kalian. Sesungguhnya dia akan membahagiakan kalian hingga ke akhir.

4. Orang istimewa...
Author nak cakapkan kat sini, jika banyak cabaran yang membuatkan kalian jatuh berkali-kali ketika menempuhinya, kalian harus berpegang pada kata-kata ini. 'TUHAN SAYANG AKU'. Ini kerana tuhan akan menguji orang yang baik dan mahu melihat se jauh mana kita dapat bertahan. Jadi, kalian harus banyak bersabar. Tuhan selalu bersama anda walaupun anda kesepian. Orang akan lihat kita sebagai orang istimewa. Orang yang payah untuk dicari.


  Begitu lah serba sedikit coretan yang author bisa kongsikan. Semoga dapat pencerahan. Kalau kalian jumpa perkataan yang unfamiliar bagi kalian, faham2 sendiri lah ye...HAHAHA...

  Segala salah dan silap author menaip kata2 yang menginggung perasaan atau tertiopo dalam tiap-tiap chap, mintak dimaafkan. Sesungguhnya author orang yang lemah.

Bye!

Nanti kan cerita seterusnya!!!

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now