-(9)Sick-

309 14 1
                                    



"Dhai! Kau kat mana?!"

Pandai pula Mathias mencari Dhai setelah dia membentak gadis itu. Oh well, sekarang dia sudah keluar dari berkutat di bilik mandi dan sekarang dia lapar.

"Dhai!!!" Kesabarannya mula menipis. Dia berlari ke tingkat atas untuk memeriksa setiap sudut. Dalam benaknya, kenapa harus harini Dhai menghilang?

"Auntie Julia? Ada nampak Dhai tak?" Mathias berjumpa dengan pembantu rumah yang dimana sedang membuang debu dari trofi-trofi sukan milik Mathias.

"Ohh... tadi auntie ada nampak Dhai kat luar mansion. Lagi siram bunga.." jawab Julia dan hatinya membisik Kenapa nada percakapan Mathias lain kali ni? Selalu, Mathias sering bercakap dengannya dan juga pembantu rumah yang lain dengan percakapan dingin. Yang paling tinggi, suara kemarahan.Cerewet. Suka menyusahkan pembantu. Dan-( kalau nak cakap lagi, habis chapter ni nanti)

"Siram bunga?" Julia mengangguk mengiyakan keraguan mathias. Mathias menggaru kepalanya sebentar kemudian terus berlari ke luar mansion. Tanpa alas kaki. Panas simen yang terkena pancaran mentari menyengat ke indera sentuhan tapak kaki Mathias. Tapi Mathias tidak peduli.

Setelah berkeliling di seluruh luar mansion, Mathias masih gagal menjumpai Dhai. Peluh keringat mula membasahi dahinya.

"Dhai! Mana Kau?!!!" Mathias menempik. Tidak pernah Mathias bertindak sebegini rupa dimana seperti orang hilang akal.

Pandangannya tiba-tiba menangkap sosok Magenta yang sedang membaca buku di kerusi kayu berhampiran kolam renang.

Tanpa rasa malu, Mathias berlari ke arah Magenta. Langkahnya terhenti apabila teringat kejadian tadi. Sekarang dia bergaduh dengan fikirannya. Di antara ingin bertanya atau tidak.

"Mag-"

Sebelum Mathias selesai memanggil nama Magenta, gadis itu terlebih dahulu mengangkat punggung untuk pergi.

"Magenta! Aku tak peduli Kau marah kat aku! Tapi, Kau ada nampak Dhai tak?!"

Magenta berhenti daripada menapak. Dia berpaling.
"Tak tahu.. Aku tak nak ambil hak Kau. Kau carilah sendiri. Sesungguhnya usaha Kau sendiri membuatkan Kau lebih puas hati."

"Dhai marah kat aku ke?!" Jarak 3 meter antara mereka terpaksa Mathias menguatkan suaranya. Lagipun dia dalam keadaan resah. Sekuat manapun suaranya, orang lain tak anggap dia sedang marah.

"Tenung balik kesalahan Kau Mathias."

Selepas Magenta mengucapkan kata-kata itu, Magenta memang benar-benar pergi.

Mathias hilang arah. Hilang akal pun terasa juga. Tiba-tiba kakinya terasa lemas. Pandangan nya mula berpinar. Suasana seolah-olah berpusing. Loya. Belakang tengkuknya sakit.

"Mm-magenta!!" Dia Cuba memanggil Magenta dengan sisa tenaganya. Namun, Magenta tidak kelihatan. Sepertinya Magenta tidak mendengarnya.

Dia mengaduh sakit. Menahan sakit yang teramat sangat di kepalanya. Dia meremas rambutnya yang dicat dengan warna blonde itu. Setelah berkali-kali memanggil magenta, Mathias merasa dirinya tengah berpusing. Tanpa sedar akan suasana, kakinya tergerak menapak ke bibir kolam dengan langkah yang susah.

DUAR!!

Mathias jatuh. Ya, dia jatuh ke dalam kolam. Sesiapa tolong Mathias. Mathias sakit ni... Dalam hati Mathias berkata. Berharap agar sesiapa melihatnya. Mathias tidak boleh berbuat Apa-Apa.

"Abang!!!"

Mathias mendengarkannya. Itu suara Magenta. Sebelum matanya terpejam rapat,dia sempat mendengarkan Magenta bersuara.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now