(2)-lies to sky-

688 40 5
                                    

  "Dari mana?" Dhai yang melangkah untuk masuk ke rumah terhenti. Dia berpaling ke arah perempuan yang bersanggul tebal dalam lingkungan 50-an itu. Perempuan itu duduk di atas kerusi goyang menghadap ke arah taman bunga dan membelakanginya. Langsung tidak memandang Dhai.

  "Oh lupa.... Tak boleh bercakap.." Dengan selamba perempuan itu berpaling. Menunggu jawapan Dhai.

'Kedai' Dhai menjawab. Tangannya terketar-ketar melontar bahasa isyarat.

  Perempuan itu mula mengatur langkah perlahan-lahan ke arah Dhai. Postur badannya yang tinggi membuatkan Dhai tidak mampu melihat wajah yang mungkin akan nampak lubang hidung sahaja apabila didongak.

  Tiba-tiba perempuan itu merentap baju sweater merah Dhai sehinggakan baju itu terangkat dan terekspo lah abdomen putih Dhai yang tiada kesan cela. Perempuan itu mencium aroma baju Dhai.

  "Kau keluar dengan lelaki eh?"muka merah padam perempuan itu telah melakar.

Deg.

  Dhai menggeleng. Laju. Seolah menegakkan keadilan. " habis?!" dia menampar wajah bersih Dhai sehingga air pada mata gadis itu bergenang. Mungkin itu parfum dari Mathias. Sungguh, Dhai memang tak perasan!

'Saya. Pergi. Dengan. Sepupu.'

  Tanpa berlengah, perempuan itu menarik kerah lengan baju Dhai membuatkan anak itu terseret. Dhai meronta meminta dilepaskan.

  Dalam diam, dia meringis sakit. Kepalanya disembam ke arah longgokan kain yang berada dalam bilik mandi. Kain yang tidak dicuci lagi.

  "Siap basuh, sidai! Kalau tak, aku lenyek kau nanti!.." Dhai menepis tangan perempuan itu kerana tangan itu menjalar di bawah dagunya.perempuan itu berlalu keluar meninggalkan Dhai yang tersedu-sedu menahan tangis.

  "Makcik gila!" desis Dhai dalam hati. Payah ke, semua orang nak faham bahasa dia? Payah ke, semua orang percaya dia walaupun sekali?

  Keisha yang sedikit faham sahaja membuatkan dia kecewa apatah lagi makciknya. Lebih-lebih lagi yang dia nak orang ni faham bahasa dia ialah Mathias. Dia ingin memberitahu Mathias itu berhati busuk, bermulut puaka, berpendirian kejam dan tak berperikemanusiaan.

  Tapi, apakan daya.
Dia seorang yang tak sempurna.

###

  "Keish, boleh tolong mak tak?!" laung seorang perempuan dari dapur menyedarkan lamunan Keisha pada rintik-rintik hujan di luar jendela biliknya. Sedikit risih,Suasana malam sebegitu memang seronok kalau tidur sambil menangkup selimut tebal nan hangat

  "Kejap!!" Keisha berlari anak untuk turun ke dapur.
  "Apadia?" tanya Keisha kepada budak ibunya yang membungkus makanan ke dalam suatu bekas.

  "Tolong bagi kat Dhai boleh? Kalau tak, entah apa dia makan kat rumah makcik kau tu.. Bukannya boleh percaya". Keisha mengangguk seraya mengambil nampan makanan dari tangan ibunya.

  " Elok-elok!" suara ibunya langsung hilang saat dia keluar ke halaman rumah sembari membawa payung di tangan sebelah kiri. Makanan yang dibawa diletak dalam raga jaring yang sudah sedia di basikal ungu-nya.

  Perkara ini sudah biasa ditempuh olehnya. Demi kesihatan Dhai, dia sanggup buat apa sahaja asalkan perut anak itu tidak kosong. Mengharapkan belaian makcik nya yang pentingkan diri sendiri itu, memang lambat lagi baginya.

  Dari rintik hujan bertukar ke lebat. Keisha masih maju mengayuh basikalnya sambil menompang payung untuk melindungi daripada hujan.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now