-(10)Promise-

286 16 2
                                    



  MATHIAS lagi menyiapkan kertas kerja yang berbukit itu. Fikirannya sempat melayang. Terkenangkan nasibnya dan juga--nasib Dhai sekarang ini. Dia tidak mampu lagi untuk pergi melepak, clubbing, dan sebagainya yang menjadi rutin Mathias Johnson. Bukan Mathias MacCliver Johnson.

  Hanya di rumah dan dihantar ke tempat neraka segala kerja tetapi mendatangkan keuntungan kepada Mathias.

  Sebenarnya dia teringin untuk melihat Dhai lagi. Gadis suci yang istimewa baginya. Kadangkala dia rasa dirinya ialah syaitan kepada malaikat suci. Rasa seperti diremehkan.

  Kehilangan Dhai membuatnya terasa sunyi. Di malam hari dia susah untuk melelapkan mata walaupun sudah minum ubat penangan tidur supaya dia dapat tidur awal untuk mengawal ketumbuhan di otaknya itu.

  Jiwanya kosong. Dengan itu, dia terpaksa mengehadkan aktivitinya termasuk mencari Dhai. Sudah dia arahkan kepada orang bawahannya untuk mencari gadis itu namun hampa. Keberadaan Dhai tidak dapat dikesan.

  Sedang sibuk Mathias meleret, menulis dan mengeronyok dengan kertas, ketukan pintu menyadarkan dia dari kerjanya.

  "Come in!"

  Mathias lagi menatap berkas kerja yang diusahakannya itu. Dalam tidak sedar seseorang yang mengetuk pintu tadi masuk dan terus duduk di kerusi berhadapan dengannya tanpa pelawaan.

  "Maafkan saya, Tujuan saya kesini adalah untuk mengobrol sesuatu perkara dengan encik..."

Suara siapa itu?

Mathias sangat kenal suara ini!

Tapi, Kenapa orang ini harus datang lagi setelah menjadikan hidupnya musnah dahulu?

  "Encik? Hodoh sangat ke muka saya ni sampai encik tak mahu tengok?"

  Apakah? Mathias jadi kelu. Mahu kata apa dengan orang ini untuk mengawal keadaan? Dalam pergerakan yang cukup lama dia mengangkat muka.

  "Nash-- tak boleh ke kita bincang kat luar saja?.."

Ya, itu Nash. Nash sebenarnya kekasih-- silap gadis yang Mathias kejar. Tetapi Nash sudah pergi ke luar negara atas tujuan pendidikan. Mahu tak mahu Mathias melepaskannya pergi.

  Sekarang gadis itu datang lagi dan mengetuk kembali hatinya yang sudah tertutup untuk menerima percintaan antara keduanya.

  Mathias sebenarnya tidak boleh lagi meninggalkan perasaan dia terhadap Nash.

  "Bincang apa..?"

  "Bincang tentang... kita..??" Tebak Mathias.

  "Betul sangkaan awak tu..."

  Duduk Mathias mula panas. Dia sekarang hanya ingin keluar dan meninggalkan Nash. Dia tak mahu hebahkan hubungannya itu.

  "So, you tak nak kahwin dengan i ke?"

  Apa?!

  Apa yang Nash cuba cakap?! Mathias tidak tahu samada ini ialah betul atau ilusinya sahaja.

  "Wait? Kahwin?"
Mathias mengedip-kedipkan matanya tidak percaya dengan Apa yang diperkatakan oleh Nash. "Awak tak merepek kan?"

  "Buat apa saya nak merepek. Kan awak mahu dekat saya haritu. Sekarang saya dah balik. Jomlah kahwin!"

  Dengan selamba ketam nipah Nash bercakap. Mathias tidak boleh menutup mulutnya daripada ternganga. Sungguh ini sangat pahit untuk dikemam dan ditelan.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now