-(12)Everything-

244 12 0
                                    



  Sebelum kedatangan Keisha di wad Mathias, 2 orang yang salah satu pesakit disitu sedang berbual. Adakah itu berbual? Itu sepertinya lebih kepada memberitahu masalah.

  " Meagan... aku mohon carikan Dhai untuk aku..." pesakit itu Mathias.

  "Kenapa?" Seorang yang dibualkan bertanya. Itu Magenta. Adik Mathias.

  Mathias bungkam. Dia meneguk ludahnya perlahan menahan tenggorokan yang kering.

  "Aku... nak bersama dia untuk kali--terakhir..." betapa sedih nya keadaan Mathias sekarang ini bagi Magenta. Magenta tidak dapat menahan air matanya untuk jatuh membasahi pipinya. Mathias apatah lagi.

  "Kenapa Dhai?" Mathias kini mula menunduk untuk tidak melihat anak mata magenta. Dia berasa malu untuk mengatakannya...

  "Entah...."



  "Aku tak tahu kenapa--aku boleh berubah perasaan aku bila dengannya. Aku-- tidak faham Kenapa--hatiku yang sekeras batu ini bisa luluh dengan tatapannya--tatapan yang mengujakan...Dan--aku terdetik untuk menjadikan dia milikku..."

  "Tapi kau mungkir janji Mathias..."

  Mathias berkerut bingung. Kata-katanya seperti dianggap remeh oleh adiknya.

  Magenta menyambung, "Kau kata haritu Kau tak nak ada sesiapa sehingga akhir hidupmu. Kau tak nak berkongsi cintamu dengan orang lain. Itupun--kau katakan selepas kematian bunda dan ayah..."

  Hancur sudah hati Mathias. Dosa-dosanya seperti terbalas hari ini juga. Sekarang, dia benci menjadi Mathias Johnson yang berdosa atas segalanya. Dia ingin balik menjadi Mathias MacCliver Johnson. Lelaki yang baik serta berwajah tampan mengikut perkiraan ayahnya.

 

 
Flashback

  "Anak-anak ayah!! Kita akan pergi bercuti harini!!"

  Johnson melihat gelagat kedua anak lelaki dan perempuannya yang meloncat-loncat seperti anak kecil didepannya.

  Johnson duduk disofa dan kedua anaknya itu melabuhkan duduk mereka dikiri dan dikanan Johnson.

  "Sekarang, Mathias dan Magenta sudah umur berapa eh?" Raut bingung dipamerkan oleh kedua anaknya.

  "Mathias sekarang 19."

  "Magenta 17 ayah... Kenapa ayah tanya macam tu?"

  Johnson tersenyum. " Baru ayah sedar yang anak-anak ayah ni sudah besar rupanya."

  "Apa yang kena mengenanya, ayah?" Tanya Mathias pula.

  "Tak... ayah cuma nak cakap tentang kamu berdua. Kamu berdua dengar baik baik Apa yang ayah nak cakapkan."

  Dua-dua remaja itu mengangguk. Johnson berdehem seiring kedua tangannya memaut bahu anak-anaknya itu mendekat seperti memeluk.

  "Semua orang di dunia ni... mesti akan meninggalkan semuanya bila tiba masanya.."

  "Ayah.... Kenapa cakap macam tu..." sampuk Mathias. Itu membuatkan anak lelaki itu merasa tersinggung dengan kata-kata Johnson.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now