(3)-Start to cry-

600 25 0
                                    

🚫WARNING!!🚫
Sedikit garing.



Menjelang hari ke hari, memang tak sah dipukul dan dinista caci oleh ibu saudaranya.

Sepi. Ya,sepi. Itulah yang dirasakan Dhai pada masa ini.
Sakit? Ya, Dhai sakit. Kenapa?

'Maa...'

Keluhan panjang dibuat oleh Dhai. Dirinya tidak dapat bergerak dengan baik. Well, sekarang ini dirinya diikat pada tiang seri di dalam rumah makciknya. Dengan rantai besi. Lebam merah muncul di permukaan pergelangan kakinya yang diikat akibat terlalu kemas ikatannya. Becak kebiruan jelas kelihatan pada muka dan betisnya akibat terkena pukulan katanya.

Ini semua salah Mathias. Ya, salah Mathias! Kalau tidak, dia tidak terikat seperti ini. Dhai benci Mathias! Sungguh-sungguh benci!

Maniak itu telahpun mengambil kesempatan ke atas dirinya semasa dia keluar untuk membeli barang dapur sehingga orang kampung terlihat kejadian itu. Sejurusnya, Mathias menyalahkan Dhai punca berlakunya semua ini.

Dhai tak faham kenapa nasib ini selalu menimpanya. Dia juga manusia. Berdarah juga merah. Sama dengan yang lain. Tapi, kenapa dia seperti disisihkan?

Tok! Tok! Tok!

Nasib tidak menyebelahi, suara ketukan pintu depan menggetarkan suasana ruang rumah kayu itu.

"Dhai! Bukalah pintu ni... Keish ada bawa makanan ni!" Laungan diluar yang amat familiar bagi Dhai menerpa indera pendengarannya. Badannya meronta-ronta atas alasan melonggarkan ikatan rantai.

Namun, hampa..

Semakin tergesek kulitnya, menjadikan becak lebam di badannya meluas. Akhirnya Dhai pasrah. Suara panggilan dari luar tidak diambil peduli.


" Dhai, puas keish panggil tau! Kenapa tak buka pin--" kata-kata keish terhenti apabila melihat sosok terikat di sebatang tiang apabila dia membuka pintu rumah ibu saudaranya itu.

Terpempan. Itu perasaan Keisha saat ini. Geraman suara Dhai meminta dilepaskan tidak dia perasaan. Sekarang, dia sakit. Bukan, hatinya sakit.

Bungkusan makanan segera dilempar sehingga tergeletak apabila Keisha tersedar dari lamunannya. Terus ia mencapai manga yang berkunci itu.

Dalam kekalutan, Keisha menjadi buntu ingin berbuat apa. Dihempas manga itu berkali-kali ke lantai kayu itu berharap agar pecah.

Gagal..

"Dhai tahu tak mana auntie letak kunci manga ni?!" Dalam kerepotan keisha bertanya kepada Dhai. Dhai hanya menggeleng sebagai jawapan.

Keluhan mula terbit beransur-ansur dari mulutnya membina suara desahan pasrah yang panjang. Dari mencangkung, dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Dhai. Dhai sedari tadi sudah berhenti meronta sebaliknya menangis.

" Jangan lah nangis. Tak elok mata nanti.." Dhai tidak mempedulikan kerisauan keisha terhadapnya. Apa yang dia nak risau, semua kerisauan yang tertunggak sudah di bayar dengan jelas. Buktinya ialah keadaan dia sekarang.

"Mathias ke?" Pertanyaan lirih dari keisha yang nyaris tidak terdengar menyapa ke cuping telinga Dhai. Dhai mengangguk.

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now