-(11)Nash?! Why?!-

273 11 0
                                        



  "Wau... what a romantic couple, I see.."

  Tautan antara keduanya terlepas apabila mendengar suara seseorang memecah asmara keduanya di dalam wad.

  Dhai segera menjauh dari Mathias. Tepukan tangan kedengaran. Itu dari pemilik suara tadi.

  "Nash?!"

  Kini mata Mathias terbuntang luas namun dibalas sengihan mengejek dari Nash. Jangan lupa seorang lelaki di tepi Nash. Itu passini. Tapi Mathias masih belum mengenali orang itu.

  Kerlingan mata Nash beralih ke Dhai. Gadis yang berada di hujung katil Mathias.
  "Owh! Hi Dhai! Long time no see..." Nash mendekat. Dhai menahan nafas yang semakin lama semakin kurang pasokan udara.

  "Jangan apa-apa kan dia!"

 

  Dhai menatap bingung Mathias kerana ia tidak tahu apa-Apa yang berada dalam fikiran Mathias. Yang dia tahu, Nash... Sepupunya.. maksud Dhai, sepupu Keisha sebelah ibu.

  "Nn..nas..shh?"

  Nash mengangguk tanpa ragu.  Dhai seperti tidak percaya bahawa Nash akan pulang setelah lama dia pergi tanpa khabar berita.

  Kening Mathias semakin condong membina kerutan bingung. Dia tidak tahu pula Dhai ini ada pertalian dengan Nash.

  "Hein Dhai.. Kenapa Dhai berkawan dengan dia. Dia tu kan jahat... Tak berperikemanusiaan.."

  Tiba-tiba Passini bersuara. Seperti menghasut Dhai. Nash hanya tersenyum. Mathias? Dia seperti larut dalam kebingungan.

  Passini terus melangkah  ke arah Dhai. Dipegang kedua-dua bahu Dhai dan berkata..

  "Dhai.. dengar sini! Dhai tak sepatutnya salah pilih orang untuk hidup. Senang-senang Dhai duduk je dengan saya. Boleh awak dapat apa saja daripada duduk dengan lelaki sakit ni..."

  Lancar passini berkata. Seperti ayat itu sudah banyak kali dihafal. Itu dari pandangan Dhai. Lain pula Mathias. Pria yang lagi berinfus itu terasa hidung nya pedih untuk mewujudkan genangan cecair masin di mata.

  Mathias mahu apa yang dia mahu sekarang iaitu sebuah cinta dan kasih sayang. Dia tidak mahu yang lain. Kemewahan pun dia anggap seperti tidak penting sekarang. Adakah Mathias tidak berhak langsung menerima pembahagian hak sekaligus tidak layak untuk hidup di dunia ini? Betapa hinanya jika itu benar-benar berlaku.

  Ucapan dari passini di jawab dengan gelengan oleh Dhai.

  "Kenapa?"

  Dhai menggeleng lagi. Air matanya tidak lagi dibendung. Nash yang melihat nya menghembus nafas kesal dengan adegan yang agak klise baginya.

  "Ehem ehem!!" Nash berpaling dan menapak ke katil Mathias. Apa yang dimahukannya mesti segera dia dapati. Ocehan antara passini tidak diendahkan.

  "So, macam mana dengan keputusan kau?" Tangan Nash berpegang pada kepala katil hospital dan satu lagi yang bebas dilabuhkan di birai katil mengikis jarak antara dia dan Mathias.

  "...." Mathias bungkam. Tidak menjawab soalan dari Nash itu. Bukan wajah hampa yang ditunjukkan tetapi riak aperti seseorang yang beragenda. Wajah yang memperlekehkan maruah orang.

Silent Cry [SELESAI]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang