-(15)The Tears-

280 12 0
                                    



  MATHIAS tidak percaya ini. Dia tidak percaya kerana situasi ini berada di depannya sekarang. Situasi dimana Nash dan Keisha membawa seorang pengantin perempuan ke bilik persiapan.

  Siapa itu? Mathias berkali-kali mengucek matanya. Mungkin matanya kabur menganggap orang itu ialah Nash. Tapi nihil, itu memang 100% Nash. Nash tidak memakai baju pengantin sebaliknya orang lain.

  Akhirnya Mathias mempositifkan diri. Mungkin orang berbaju pengantin itu cuba memakainya sebelum diberikan kepada Nash. Mungkin dia sedang test kualiti kain. Eh? Jauh sungguh pemikiran Mathias.

  "Hey bro!" Mathias berpaling ke arah figura yang menepuk bahunya kasar. Taklah kasar mana.

  "Hey loey!" Itu kawan karibnya dalam susah senang Mathias. Saling bekerjasama dalam Apa jua situasi.

  Mereka berjabat.
  "Tahniah bro! Aku tak sangka Kau kahwin dengan budak tu!" Mathias tersengih. Perkataan yang loey lontarkan itu Mathias sangat tahu yang maksud ujaran kawannya itu ialah Nash. Ya, Nash.

  "Mathias! Your wedding dah nak mula!" Adiknya Magenta terengah-engah berlari ke arah Mathias. Kenapa mendengarkan ayat itu Mathias jadi sakit hati? Loey menatap Mathias dengan tatapan khawatir.

  "Bro! Tak da pape masalah ann?" Tanya loey. Mathias menggeleng terus untuk melegakan hati loey. " oklah. Aku pergi dulu. Good luck ehh.."

  Setelah pemergian loey, Magenta sampai. Magenta melihat muka Mathias yang semakin pucat.

  "Bang! Kenapa tak pakai gincu? Pucat sangat ni!"

  Mathias tersengih remeh. "Kau ingat aku nak pakai ke benda alah tu? Palabana..." dia menjitak dahi magenta lembut.

  "Kot ye pon, pakailah sikit! Ni ha, kepala kau tak berdenyut?" Mathias menggeleng. Tiba-tiba tangan Magenta terulur untuk meleset sesuatu di bibir Mathias.

  "Eh, ape nih?!" Akhirnya dapat juga memerahkan bibir Mathias yang pucat itu. Berterima kasih kepada diri sendiri kerana membawa gincu tadi.

  "Heh! Nak cium pengantin pompuan lepasni kan....?" Magenta mengenggol lengan Mathias berkali-kali. Muka Mathias beransur-ansur melakar semburat merah dan magenta perasan telinga Mathias tidak boleh menipu. Itu menunjukkan Mathias malu.

  "Dahla! Altar dah siap? Aku nak perlajukan majlis ni. Aku nak tidur lepasni.." Magenta mengangguk mengiyakan pertanyaan Mathias. Mathias segera pergi ke platform pernikahan.






---

  "ENCIK MATHIAS?"

  Pendeta yang sedang memegang sebuah kitab menegur Mathias. Mathias yang sedang naik ke altar senyum ke arah pendeta itu.

  "Tak sangka anak Dato' Johnson sudah tamatkan alam bujangnya..." kata pendeta itu kepada Mathias setelah Mathias sampai di tepinya.

  Mathias tidak menjawab sebaliknya tersenyum sahaja. Mathias memandang ke depan dan melihat ramai orang yang sudah mengambil tempat dalam barisan kerusi.

  "Encik Mathias tak berdebar ke?" Tanya pendeta itu lagi. Mathias menggeleng. Pendeta itu tersenyum.

  "Akan ada moment terindah antara encik Mathias dan pengantin perempuan lepasni. Encik mathias yakin ke tak berdebar?"

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now