Rumah banglo yang bersaiz lebih kecil daripada mansionnya dipandang lekat. Dilema mahu masuk atau tidak. Terasa mahu balik saja ke mansion lamanya. Tempat dimana sudah 4 tahun tinggal seorang diri, tempat simpanan suka dukanya dan---malas dia mahu ucapkan.
"Kenapa kau tak masuk?!" Tangan adiknya dipegang kemas apabila mendengar suara Nash yang sudah sampai di pintu besar banglo sedangkan dia dan adiknya masih di pagar besi yang diselaputi ferum lll.
Dia memandang adiknya yang ragu-ragu untuk memasuki banglo itu.
"Bang. Kenapa terima?"
Mathias hanya tersenyum. Diusap lengan adiknya itu."Tak sangka kak Nash boleh jadi macam tu..." tambah magenta lagi.
"Dah dah.. masalah aku biar aku sendiri yang uruskan. Sekarang, Kau hanya perlu uruskan masalah kau."
---
Fikiran Mathias sekarang adalah tentang ubat botol biru yang baru dibelinya di hospital sebelum datang ke banglo Nash. Itu ubat tahan kansernya. Kalau tidak diminum, nanti kepalanya akan rasa nyeri.
Dia mengambil botol ubat di atas nakas dan menuju ke dapur.
Nash dan Magenta mengikut pengetahuannya sudah keluar untuk ke--entah. Mathias tidak tahu. Dia juga pelik adiknya sangat cepat berbaik dengan Nash dan tidak lupa adiknya itu melemparkan wajah smirk kepadanya sebelum pergi.
Kini banglo itu hanya diisi Mathias sahaja. Senyap. Tiada siapa selainnya.
Tap..
Tap...
Tap...
"M-math--ias???"
Tegukan air dari gelas ke kerongkong terhenti. Tak! Tak mungkin!! Mathias berpaling dengan pergerakan yang maha lambat.
"Kenapa kau buat dekat sini?"
Wajah datar...dari Mathias.
Itu Dhai. Suara yang memanggilnya tadi itu suara Dhai. Dhai perlahan menapak mendekati Mathias.
"Tak! Tak! Jangan dekat dengan aku!"
Derapan kaki Dhai terhenti. Kenapa Mathias cakap macam tu? Bukankah..?
"Kk-kan M-math-ias... s-sur-uh Dh-ai a-ada dd-engan Math-ias.."
Tanpa perasaan Mathias tersengih lekeh membuatkan hati gadis itu robek.
"Bila masa? Heh! Aku tak akan sesekali mintak apa-apa dengan orang lain tambah-tambah dengan kau! Memang tak lah! Dahla bisu! Tak ada apa-apa!"
Ini memang Dhai benar-benar terasa. Setiap kata yang keluar dari mulut Mathias ibarat satu tikaman di jiwanya.
Mana kata-kata Mathias kelmarin? Adakah dia bermimpi atau Mathias tidak sedar dengan apa yang dibuatnya semalam?
"Eh! Satu lagi! Pasal cium kat mulut tu tak payah ambik kira sangat! Bukan ada apa-apa!"
Apakah..?
Boleh Mathias kata tak ada apa-apa? Pujian dan janji itu yang Dhai anggap--sempurna itu hilang sekelip mata akibat penangan kata Mathias.
Setelah itu, Mathias pergi meninggalkannya... sendiri.
Living without you,
Crying without you,
I pain..
No kid, no cry
No kid, no qualms
No kid, no sad
Stay calm without me..
No matter what happens,
I always beside you...
YOU ARE READING
Silent Cry [SELESAI]
Romance✅Dia mahu mengatakannya, tetapi tidak boleh...✅ Mathias Johnson, kaki pukul, kaki klub, kaki perempuan, dan segala jenis kaki dialah itu. Dhai Ezel Alpha, gadis senyap dan pertuturan tidak jelas, miskin, tiada ibubapa. Namun, kedua-dua itu...