-(13)For life-

243 14 0
                                    



  Suasana di dalam kereta yang dipacu oleh Magenta sepi. Hening. Mathias ditepinya seolah-olah memikirkan sesuatu. Ah! Magenta malas mahu mengucapkannya.

  Kesibukan bandaraya pada malam hari beserta lampu neon di sepanjang gerai makan itu mengusik jiwa rapuh lelaki itu.

  "Bang... abang nak berhenti mana-mana ke, abang nak balik terus?"

  Tiada jawapan...

  "Bang... Magenta tanya ni.. nak ba--"
  Mathias memangkas ucapan Magenta dengan..

  "Aku nak pergi Cosmic Ground..."

  Cosmic ground itu tempat dimana mempunyai sebuah tasik yang terjaga dan cantik pada malam hari.

  Magenta terus memacu ke destinasi yang Mathias mahu pergi.



---

  "Abang!! Jangan laju sangat lari!!"

  Mathias tidak menghiraukan jeritan horor Magenta sebaliknya berlari anak tetapi berlari bapak bagi Magenta. Tungkai kakinya mengarah ke sebuah tasik kecil yang tenang dan tenteram itu.

  Dia berhenti setelah kakinya hampir di gigi air tasik. Tangannya kemudian terjulur untuk menguis air di dalamnya. Terlihat kocakan air akibat gerakan tangan Mathias di dalamnya.

  "Bang! Penat tau!" Mathias tidak peduli lagi tentang kewujudan Magenta. Sekarang dia dengan dunianya. Dunia senangnya.

  "Abang ni... so boring..." Magenta yang tidak dilayan cemberut. Gadis itu melabuhkan punggungnya di rumput permaidani yang gelap kerana malam menerpa pada masa itu.

  Hening....



  Membuatkan Magenta hampir terlelap disitu. Mathias masih lagi bermain air tasik itu. Apa yang dikagumi Mathias dengan cecair yang bergenang banyak itu Magenta tidak pasti. Abangnya itu nak mandi ke? Apakah haus?

  "Abang, abang haus ke?"

Hening...

  "Abang, abang nak mandi ke?!"

Hening lagi...

  "Abang! Gian nak rasa air tasik ni ke?!"

Hening lagi kuasa dua....

  "Abang! Kenapa ni?! So boring!! Magenta boring!!! Mathias!! Cakap lah!!!"

  Tanpa disangka Mathias memaut leher Magenta dan disinggahkan di pangkal lengannya.

  "Cuba kau tengok ni..."

  Magenta memerhati apa yang ditunjukkan oleh Mathias tetapi nihil. Tiada Apa yang mencuri pandangan Magenta.

  "Mana ada apa-apa..." rungut Magenta seraya melepaskan kepalanya dari ketiak Mathias.

  "Kau tengok betul-betul... Kan ada pantul muka kita tu..."

  Kenapa dengan abang Magenta ni? Cukup-cukuplah sakit kanser tu.. jangan ditambah pula dengan bodoh hambar tu..

Silent Cry [SELESAI]Where stories live. Discover now