" don't you know how much that I love you? "
.
.
.
.
Di rumah Taehyung
" hiks bodo punya jantan! Kau dah mengandungkan anak dara orang pastu hilangkan diri! Sekarang perempuan tu dah nazak baru kau nak muncul hiks " hingus yang meleleh Taehyung lap guna tisu.
Tengah layan drama Suamiku Encik Buaya Darat Yang Lupa Daratan.
" halah perempuan nie pun satu .. tak yah lah maafkan jantan tu! Aishhh aku pulak yang over " mulut tengah sedap kunyah popcorn walaupun air mata masih mengalir.
Tiba-tiba ..
" Ya Tuhan, Kim Taehyung! " tak pasal-pasal telinga Taehyung ditarik dengan kuat sampaikan popcorn yang ade kat dalam mulut Taehyung terkeluar sebab terkejut.
Popcorn tu terkejut tetiba ade monster jerit tu pasal dia keluar dari mulut anak kim tu.
" a-appo omma! " ya monster tadi tu omma Taehyung.
Terus Puan Kim melepaskan telinga Taehyung. Taehyung mengusap telinga dia yang dah merah. Air mata yang masih tersisa sebab tengok drama tadi dia lap perlahan.
Puan Kim pandang Taehyung dengan tajam sambil bercekak pinggang.
" e-eh omma .. bila sampai? Appa mana? " sengih Taehyung seperti kerang busuk.
" baru je tadi sampai. Appa tak balik sekali sebab banyak kerja kat sana lagi. Nie dah kenapa tisu berterabur kat atas lantai? Sampai ke depan pintu sana tu! "
" hehe Tae tengah layan drama sedih sebabtu banyak tisu berterabur kat sini .. dan yang kat depan pintu tu sebab tadi Tae lapar jadi Tae order makanan. Tak perasan tisu tu melekat kat kaki heee " Taehyung tersengih lagi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
Puan Kim menggeleng kepala.
" apa nak jadilah dengan anak jantan aku nie. Dah, pergi kutip semua tisu tu " arah Puan Kim yang sudah berlalu ke dapur.
" baik bossku! " dengan pantas, Taehyung mengutip kesemua tisu yang sudah tercemar dengan hingus dia.
Selepas beberapa minit kemudian
YOU ARE READING
[✔️] INSTAGRAM | PJM
Aléatoire+hatinya mula terusik apabila melihat gambar si 'dia' di instagram secara tidak sengaja.