Aku masuk ke bilik aku melihat Jihoon sedang baring sambil bermain handphonennya .
Dia menjelingku dan terus menarik selimutnya untuk tidur .
"Teruk sangat ke aku ni ?" bisik hatiku .
Aku baring untuk tidur . Aku menatap wajah Jihoon .
Wajah penat lelah seharian bekerja sangat jelas kelihatan .
"Mianhae Jihoon-ah . Saya cuma takut awak curang dengan saya . Tu je . Bukan sebab saya terlalu jealous awak dengan Eunmi . Saya sayang awak sangat sangat . Saya tak nak awak jatuh dekat tangan perempuan lain selain saya" aku mengusap pipinya perlahan .
Esok pagi
Jihoon turun untuk pergi ke kerja .
Tetapi dia terus ingin pergi tanpa sarapan pagi .
"Jihoon-ah" panggilku .
Dia menoleh .
"Awak tak nak breakfast dulu ke ?" tanyaku .
"Tak nak" jawabnya .
Aku berlari ke arahnya .
"Sayang , jangan la macam ni . Saya minta maaf okay ? Saya janji saya tak buat lagi" aku memegang lengannya .
Dia hanya mendiamkan diri .
"Jom kita breakfast sama sama" ajakku .
"Takpela . Saya breakfast kat luar je" jawabnya .
"Ala saya kan dah masakkan tak payah la pergi kedai lagi" kataku .
Dia memandangku tajam .
"Janji dengan saya sekarang awak tak buat lagi lepasni" katanya .
"Ye saya janji . Saya tahu saya salah . Saya terlampau kongkong awak . I mean saya tak boleh tengok awak rapat sikit dengan Eunmi . So saya janji saya tak buat lagi dah lepasni" aku mengangkat tanganku .
"Okay . Kalau awak buat lagi that means awak tak sayangkan saya" jawabnya .
"Okay , now jom kita breakfast dulu" ajakku .
"Kiss dulu" dia muncungkan bibirnya .
"Eh awak ni kenapa ? Pagi pagi mintak kiss" kataku .
"Ala cepatla . Kalau tak saya tak nak maafkan awak" dia memeluk tubuhnya .
"Eeeyyy mengadanya . Cepatla sini" kataku .
Dia tersenyum dan mendekatkan pipinya ke arahku .
++++++
Selepas sarapan , aku menghantar Jihoon di depan rumah dan terus pergi ke office .
"Ubah diri kau Somi . Kesian dekat suami kau . Dia penat penat kat office then balik kau pulak bebel kat dia . Buang ego kau tu" bisik hatiku .
"Ya kau kene berubah Somi . Ni untuk kebaikan suami kau . Dia sayangkan kau so jangan risau sebab di hati dan fikiran dia cuma ada kau sorang je" kataku dengan yakin .
YOU ARE READING
° 𝕊𝕒𝕧𝕖 𝕐𝕠𝕦 𝕀𝕟 𝕄𝕪 ℍ𝕖𝕒𝕣𝕥 𝕊2 °
Romance𝐇𝐨𝐰 𝐝𝐚𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐉𝐢𝐡𝐨𝐨𝐧 ! 𝐖𝐡𝐲 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐦𝐮𝐬𝐭 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧 𝐭𝐨 𝐦𝐞 ! 𝐖𝐡𝐲 ? 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐬 𝐦𝐲 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ? 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐯𝐞 𝐢 𝐝𝐨𝐧𝐞 𝐭𝐨 𝐲𝐨𝐮 ? 𝐖𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐧𝐨𝐭 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞...