Ep 21

67 8 1
                                    

"Macam mana awak tahu saya dekat sini ?" tanyaku .

"Jisoo dengan Chungha yang bagitahu" jawabnya .

"Awak nak apa datang sini ?" aku memeluk tubuhku .

"Somi ? Siapa tu ?" eomma menjerit dari ruang tamu .

"Entahla ni . Tak dijemput tiba tiba datang" jawabku .

"Eh Jihoon" eomma berdiri di sebelahlu .

"Eomma" Jihoon menunduk .

"Jihoon ada apa datang sini ?" tanya eomma .

"Jihoon datang nak jumpa Somi . Ada benda nak bincang dengan dia" katanya .

"Kalau macam tu kita berbual kat dalam la . Mari la masuk" pelawa eomma .

"Ala tak payah la eomma menyusahkan diri je nak layan dia ni . Buang masa je" aku terus masuk ke dalam .

Jihoon pov

"Somi ! Dengar la dulu apa saya nak cakap" panggilku .

"Eomma tahu masalah kamu berdua dan eomma faham perasaan Jihoon" kata eomma .

Aku hanya terdiam .

"Jihoon , eomma mintak maaf ye . Buat masa sekarang Somi memang macam tu . Dia masih lagi tertekan dengan apa yang dah jadi ni" eomma memegang bahuku .

"Eomma , boleh tak kalau eomma pujuk Somi balik rumah kiteorang semula . Jihoon rindu Somi sangat sangat eomma . Jihoon nak berbaik semula dengan Somi" aku memegang tangan eomma .

"Ye eomma akan cuba pujuk Somi" jawabnya .

"Gomawo eomma" ucapku .

++++++

Somi pov

Aku menelefon Jisoo .

"Yah Jisoo-ah , kenapa kau bagitahu Jihoon aku kat sini ?"

"Ala biar la . Dia suami kau la Jeon Somi . Kau tu isteri dia . Dia patut tahu la"

"Masalahnya kan aku dah cakap aku tak nak tengok muka dia lagi"

"Sampai bila la kau tak nak tengok muka dia tu ? Dah dah la tu Somi . Cuba kau bagi dia explain dulu . Janganla ego sangat"

"Bukan aku yang ego tapi Jihoon !"

"Mianhae Somi-ah . Tapi aku boleh rasa ketulusan hati Jihoon nak settlekan masalah ni . And aku dapat rasa jugak yang dia tak bersalah"

"Hm pape jela"

Aku terus mematikan talian .

Aku mengusutkan rambutku .

"Somi" eomma mengetuk pintu .

"Masuk la eomma" sahutku .

"Eomma nak cakap sikit ni" eomma duduk di sebelahku .

"Kalau pasal Jihoon Somi tak nak dengar . Ha lagi satu , lepas ni kalau Jihoon datang sini lagi cakap je Somi takde kat rumah . Ataupun cakap je Somi tak nak jumpa dia . Nanti pandai la dia balik . Semak je datang sini . Konon nak bincang . Haih dah takde apa lagi la nak dibincangkan" kataku .

"Somi dengar sini eomma cakap . Eomma bukan nak buat Somi lagi stress ke apa . Tapi apa kata kalau Somi dengar dulu apa yang dia nak cakap ? Macam mana kalau masalah nak selesai kalau Somi macam ni ? Then kalau dia betul betul bersalah . Apa salahnya kalau Somi bagi dia peluang kedua . Ingat semua orang pernah buat silap termasuklah Somi sendiri . Semua orang layak mendapat peluang kedua" eomma memegang bahuku .

"Tapi apa yang dia buat tu memang tak boleh nak dimaafkan eomma . Dia dah melampau" kataku .

"Somi yakin memang Jihoon buat semua tu ?"

"Of course . Somi nampak sendiri la eomma . Jisoo dengan Chungha pun ada sekali" jawabku .

"Somi ada bukti ke ?"

"Memang Somi takde bukti . Tapi cukupla apa Somi nampak tu dah meyakinkan Somi yang Jihoon tu memang lelaki tak guna" jawabku .

"Tak baik tau Somi cakap macam tu . Kesian Jihoon . Somi tak kesian ke tengok dia ? Kalau la Jihoon tu betul betul tak bersalah , tak menyesal ke apa yang Somi cakap ni ?"

"Tak . Buat apa nak menyesal benda betul kot apa Somi cakap ni" jawabku .

"Okay eomma tanya Somi . PA Jihoon tu suka dekat Jihoon ke ?"

"Mesti la suka" jawabku .

"Then Somi pernah terfikir tak yang dia tu akan cari peluang untuk dekat dengan Jihoon ?"

"Pernah" jawabku .

"Then ?" eomma memandangku .

Aku juga memandang eomma .

"Somi , dah la . Eomma tak kata yang ni angkara PA dia . But why not right ? Thats why eomma suruh dengar dulu penjelasan Jihoon . Jangan la terus nak marah nak merajuk macam ni . Marah lama lama masalah tak akan settle la . Ingat , kita tak boleh sesuka hati nak salahkan orang tanpa ada bukti . Betapa pentingnya bukti tu Somi" katanya .

"Yang eomma ni nak backup Jihoon tu kenapa ? Ni ha anak eomma ni terluka" aku menunjukkan diriku .

"Eomma tak backup Jihoon . Tapi eomma tahu dia tak bersalah . Percaya la cakap eomma ni" katanya .

Aku hanya terdiam .

"Lagi satu , tu ha anak dalam perut tu . Sampai bila nak sorok dari Jihoon ? Sampai perut tu dah besar ke ? Sudah la tu Somi . Bagitahu jela Jihoon . At least dia tahu isteri dia ni tengah mengandungkan zuriat dia" katanya .

"Dahla eomma keluar dulu . Fikir fikirkanla . Somi pun dah besar panjang kan . Dah boleh fikir" eomma memegang bahuku .

Aku mengeluh perlahan .

Selepas mandi , aku duduk termenung di atas katil .

"Betul ke apa aku buat ni ? Kejam sangat ke aku dengan Jihoon ? Tapi aku buat semua ni sebab dia salah . Dia memang layak terima semua ni"

"Ingat , kita tak boleh sesuka hati nak salahkan orang tanpa ada bukti . Betapa pentingnya bukti tu Somi"  aku teringat ayat eomma .

"Anak yang aku kandung ni memang anak Jihoon . Anak aku dengan dia . Tapi kenapa hati ni keras sangat nak bagitahu dia pasal anak ni ? Sebab kesalahan yang dia buat tu ke ? " aku mengusap perutku .

Esok pagi

"Eomma , boleh tak kalau tengah hari nanti eomma masakkan jjamppong ? Somi dari haritu lagi teringin sangat nak makan tapi tak dapat" rayuku kepada eomma .

"Anak eomma ni tengah mengidam ke ?" eomma tersenyum .

"Hm yekot" jawabku .

"Ha yela nanti eomma masakkan" katanya .

"Thank you eomma" aku tersenyum .

Eomma pergi ke dapur untuk membasuh pinggan .

Aku mengambil handphoneku dan mencari nama Jihoon di WhatsApp .

"Patut ke aku chat dia suruh datang sini ?" aku melihat namanya sambil berfikir .

"Hm suruh jela . Semoga dengan apa aku buat ni , dapat ubah keadaan menjadi lebih baik" .

Eunmi pov

"Haih tak boleh jadi ni . Since dia dah pecat aku . So makin susah aku nak dekat dengan dia . Eee aku kene buat something ni" aku terkulur kilir memikirkan jawapan .

"Nampaknya memang aku kene gunakan alasan tu untuk buatkan Jihoon kahwin dengan aku" aku tersenyum kecil .

° 𝕊𝕒𝕧𝕖 𝕐𝕠𝕦 𝕀𝕟 𝕄𝕪 ℍ𝕖𝕒𝕣𝕥 𝕊2 ° Where stories live. Discover now