GWANGJU HIGH SCHOOL
Kringgggggg..
Bunyi loceng pertama menandakan waktu pembelajaran akan bermula tidak lama lagi. Aku termenung sambil melihat pelajar-pelajar yang berpusu-pusu naik ke kelas masing-masing. Setelah lama aku termenung, aku tertarik apabila melihat seorang figura pelajar lelaki. Ya, muka dia familiar..aku pernah nampak....tapi dimana? Tenung punya tenung...
"Jap...taehyung ke tu?" Aku seolah olah tersedar dari lamunan.
•••••
Kim Taehyung. Anak kelahiran Daegu dan merupakan anak bongsu. Dia mempunyai seorang abang, Kim Mingyu. Aku dengan taehyung memang rapat masa kami kecil. Sebab? Dulu aku pernah menetap di Daegu tapi tak lama. 3tahun aku menetap di sana lepastu aku kembali ke Jeju..tempat asalku. Aku berjiran dengan Taehyung dahulu sebab itu kami rapat. Dia pernah mengaku yang dia suka aku dulu. Tapi aku tolak. Budak-budak lagi masatu tak faham apa-apa. Aku nampak dia kecewa sebab lepas dia mengaku, dia terus hilangkan diri sampai sekarang. Dan berjumpa balik..dekat sekolah?
•••••
Aku tersedar dari lamunan bila rasa ada orang jentik dahi aku. SIAPA PULAK BERANI JENTIK NI?
Aku toleh ke kanan nampak jimin sedang buat muka pelik. Aku mendengus kasar. "Haih chim tak nampak ke aku tengah berangan? Janganlah kacau aku!" Aku jeling je kehkeh padan muka!
"Yelah aku panggil taknak dengar. Aku jengah tengok kau tengah termenung. Ingat siapa kak oi?" Jimin menggulingkan matanya keatas.
"Aku berangan ingat siapa pun sukahati aku lah eiii mamat ni tak pernah menyakitkan hati!!!" Mulalah aku merengek macam budak kecil yang tak dapat aiskrim. Ye aku memang manja pun..kenapa?
"Alololo chingu-ah...mianhae" tersembul wajah aegyo jimin yang buat aku rasa menyampah. Seram sejuk oi!
"Yahhhh chim chungbunhi..meluat lah tengok"
"Ani..selagi tak maafkan aku taknak stop!" Muncung terus mulut jimin. ADOI TERGELAK BESAR AKU HAHAHAHAH.
"Naeeeee arraseo! Aku maafkan" terus tersenyum sampai tak nampak mata. Aduh tergelak lagi aku HAHAHAHAHA.
"Yah chim-ah, mana mina? Tak nampak pun dari tadi? Dia tak datang ke?"
"I don't...."
"Bangunnnnn!" Terkejut beruk aku tetiba ada orang jerit suruh bangun. Rupanya guru kelas aku yang masuk. Cikgu Nari. Dia dahlah lawa! Comel pulak tu! Tinggi macam supermodel pastu haih taktahulah memang perfect! I like!!
"Gwenchana. Semua tak payah bangun" dia senyum memandang satu persatu anak murid kesayangannya wkwkwk.
"Ouh ya. Harini kita dapat kawan baru!"
Semua nampak teruja termasuk mamat sebelah aku ni heh.
"Namja ke chingu?"
"Mana dia kenapa dia tak masuk?"
Semua bising. Tetiba rasa macam dekat pasar pulak ngeh. Tapi haah, mana "kawan" baru tu?
"Saya baru nak panggil dia masuk ni...Taehyung masuk"
Tibatiba aku rasa macam kena renjatan elektrik. Taehyung what?!
Tersembul lah wajah "Taehyung" tu tadi ke dalam kelas. Dan biasalah perempuan menjerit-jerit gitu. Fangirling lah kononzz.
"Annyeonghaseyo Kim Taehyung imnida."
Ringkas sahaja yang keluar daripada mulutnya. Aku tenung je muka mamat ni. Sumpah aku rasa awkward okay!"Kalau ada apa-apa soalan nak tanya Taehyung, silakan. Kita buat ice breaking kejap hehehe" sengih Cikgu Nari. Aku tekun mendengar soalan yang ditanya.
"Omg!! Your birthplace?"
"Daegu."
"Old school?"
"Sunhwa Arts School"
"Ada berapa orang adik-beradik?"
"2. Aku bongsu."
"Dah ada girlfriend ke?!"Aku terus toleh tengok siapa yang tanya soalan macam tu. Pft dah agak! Mesti tzuyu..dasar gedik! Aku pulak rimas dengan sesi ice breaking ni. BILA NAK HABIS??!
"Okay Taehyung. Awak boleh duduk di meja belakang Yoojin." Sambil tangannya dihala kearah aku.
Gulp! Kenapa dia kena duduk belakang aku? Harap lah dia tak kenal aku..jeballll!
"Long time no see, Yoojin-ah." Mati matiiii!! Aku dapat dengar dia ketawa sinis belakang aku. Cis berani dia!!
Tak berani aku nak toleh belakang jadi aku buat keputusan untuk abaikan dia. Padan muka!
____________"Tolong siapkan slideshow yang saya beri tadi. Ni as homework okay? Then bentang minggu depan. I don't want to hear any excuses from you guys. Get it?"
"Nae!"
"So you guys boleh balik sekarang."
Akhirnya! Balik!!!! Aku mengemas barang aku dengan teliti. Aku ni memang nak kemas barang lambat so selalunya memang aku yang paling lambat keluar. Chim? Jangan cakaplah sebab dialah orang paling awal keluar. Sampai lupa kawan dia yang cute ni ermm.
Tengah leka aku kutip sampah bawah meja. Aku terkejut bila ada orang berdehem kecil. Ish siapa ni? Tegur jela janganlah nak ehem ehem bagai eii!
"Yoojin-ah"
"Wae?" Sambil badan aku berpusing ke belakang untuk lihat siapa yang panggil aku tadi...terus terlepas sampah yang aku kutip. Kenapa taehyung tak balik lagi ni? Dan aik awalnya kelas kosong?
"Ingat aku lagi tak?" Kening sebelahnya diangkat. Apa dia ingat kita tak jumpa ni dah 10 tahun ke sampai aku tak ingat dia?
"Mestilah ingat. Takkan dah lupa." Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang...terpaksa? Erk?!
"Jom balik." Dia menarik tangan aku untuk keluar dari kelas tu. Aku yang seolah-olah tersedar sesuatu terus berhenti. Beg sekolah aku!
"Erm tae..beg sekolah aku"
__________
Dia bercadang untuk menghantar aku balik. Puas aku kata yang aku boleh balik sendiri tapi tetap nak hantar jugak. Ergh perangai tak berubah!
"Yoojin-ah..." aku hanya menoleh memandang taehyung. "Wae?"
"Kau tinggal dengan siapa sekarang? Kenapa kau tak sekolah dekat Jeju je? Kenapa sampai sini? Tak penat ke asyik pindah?" Yelah mana taknya taehyung ni dah cukup tahu dengan hidup aku yang berpindah-randah ni. Sekejap ke Busan, Daegu, Incheon err banyaklah!
"Aku tinggal dengan makcik aku. Aku bukan taknak sekolah dekat Jeju. Tapi eomma aku suruh aku duduk sini, sekolah dekat sini. Mungkin sebab pembelajaran dekat sini lebih baik dari Jeju. Sebab dekat tengah bandar kan. Entahlah." Aku mengangkat bahu. Taehyung hanya mengangguk mendengar penjelasan aku.
"Kau pulak? Duduk dengan siapa dekat sini? Kenapa tak duduk Daegu? Kenapa pindah sekolah?"
"Aku duduk dengan keluarga angkat aku. Aku kan lari dulu. Jadi aku lari ke sini, duduk dekat sini. Haritu aku nampak kau jalan dekat lorong ni. Aku ikut kau sampailah kau masuk sekolah. Sebabtulah aku pindah sini." Aku terdiam jap. Kenapa dia kena pindah sini bila nampak aku sekolah dekat sini? Dia tak move on lagi ke? Aku terdiam. Lama.
"Mesti kau pelik kan macam mana aku boleh kenal muka kau walaupun dah lama tak jumpa? Hahaha kau first love aku Yoojin. Everything about you is in here..and here." Dia tunjuk di kepala dan di dada kirinya menggunakan jari telunjuk.
Aku tergamam. Sumpah! Apa aku nak buat ni! Lama pulak nak sampai rumah huaaaaaaaaa.
"Aku tahu kau takde perasaan yang sama macam aku Yoojin. Jangan risau, perasaan tu dah lama hilang." Dia tersenyum sambil memandang kearah aku. Aku pun mengangguk. Walaupun....
"Aku tahu Yoojin, kau tak pernah kisah pasal aku. Aku tahu kau tak ada perasaan yang sama macam aku ada sekarang. Apa yang aku boleh buat ialah berahsia dengan kau dan tipu diri sendiri. Dalam hati aku tak pernah ada orang lain selain kau, Yoojin." Kata taehyung dalam hati.
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"