[Taehyung's POV]
Aku keluarkan telefon dari poket untuk call Jimin. Aku perlukan pertolongan dia sekarang.
"Yoboseyo ?"
"Jimin kau dekat mana?"
"Aku dekat rumah Yoojin. Baru lepas hantar dia balik. Wae Taehyungie?"
"Aku nak jumpa kau. Dekat tempat tadi. Tak lama pun. Aku harap kau datang."
Pap! Terus aku matikan panggilan. Tolong lah datang Jimin!!
___________[Yoojin's POV]
Selang berapa minit, aku nampak Jimin dekat seberang jalan tengah tunggu turn untuk melintas. Dalam hati dah bersyukur sangat sebab ada kawan macam Jimin ni. Lama aku perhati dia melintas sampailah dia datang ke tempat yang aku duduk.
"Wae Taehyungie? Ada apa kau panggil aku suruh datang ni?" Dia mengambil tempat di sebelah aku untuk duduk. Aku ambil masa yang lama untuk menjawab sampai lah satu saat aku mengeluh.
"Jimin aku minta maaf pasal insiden tadi. Aku tak sengaja. Aku cuma takut je." Keluarlah nada kesal dari mulut aku. Ye aku menyesal takutkan Yoojin macam tu.
"Kenapa kau buat macam tu dekat Yoojin ha? Kau ingat dia apa? Aku tahu Tae kau suka dia, tapi janganlah bertindak macam tu sekali. Fikirlah perasaan dia. Dia yeoja, bukan namja yang kau boleh kasar macam tu! Hati dia dahlah tisu. Senang nak nangis." Ha amekau ayat seketul Jimin.
"Ye aku tahu Jimin tapi emosi aku ni..aku tak boleh kawal. Aku tahu aku selalu buat dia menangis, buat dia takut nak rapat dengan aku. Aku tak tahu kenapa aku boleh berubah jadi macam ni." Dia meraup kasar wajahnya berkali-kali, menunjukkan perasaan kesal terhadap perbuatannya tadi.
"Berubah lah Tae kalau kau nak dapat dia. Dia senang lembut hati dengan orang macam kau. Lagi-lagi yang dia dah kenal lama. Tapi Tae, apa yang dah jadi sampai kau cakap kau takut tadi?" Jimin tenung lama wajah Taehyung yang dah serabut tu. Haa padan muka kau Taehyung!
"Yoojin..." dia menghela nafas panjang. "...dia nampak aku keluar dengan Tzuyu tadi."
"So?" Jimin angkat sebelah keningnya. Sungguh dia tak faham. Keluar je apa masalahnya?
"Haih. Dia nampak Tzuyu peluk aku." Dia sambung serabutkan rambut dia dengan tangan. Eh sudahlah tu Tae.
"What?! Kenapa Tzuyu peluk kau? Kau ada apa-apa dengan Tzuyu ke Tae? Kau sedar tak kau buat apa ni?" Aku perasan yang Jimin dah start tenung muka aku dengan muka hantu dia tu.
"Aku tak tahu kenapa aku boleh keluar dengan Tzuyu lah!" Erghhh aku serabut.
"Dahlah Tae. Kau balik lah. Aku rasa Yoojin okay je. Lagipun dia tak ada bagitahu apa apa dekat aku. Maksud aku yang dia suka kau ke apa ke. Jadi janganlah risau sangat. Aku rasa dia okay tu. Cuma dia still terkejut dengan apa yang kau buat tadi je. Nanti aku pujuk dia."
"Gomawo Jimin! Aku..aku tak tahu nak jadi apa kalau kau takde."
___________
Seperti yang dijanjikan, Jimin datang rumah aku untuk bawa aku ke funfair. Mina tak dapat ikut sebab diaorang kena balik ke Busan atas urusan keluarga. Keadaan aku tak berubah. Mata masih sembab sebab— aku tak boleh lupakan pasal semalam. Aku betul-betul rasa tak selamat dengan Taehyung."Yoojin-ah..gwenchana?" Jimin toleh lihat aku di sebelah.
"Nae Jimin-ssi." Aku terpaksa beri senyuman palsu dekat Jimin.
Aku tak beri perhatian dengan apa yang Jimin cakap. Respon aku cuma angguk, geleng dan senyum. Aku cuma— masih terfikir, kenapa Taehyung buat aku macam ni? Maksud aku, aku tak suka dia pun tapi——-yeke tak suka?
"Chimchim." Langkahku terhenti. Mataku pandang lurus dihadapan. Aku nampak Taehyung. Aku taknak terserempak atau jumpa dengan dia secara sengaja atau tidak. "—aku taknak pergi funfair harini. Jom pergi tempat lain?"
"Pergi mana?"
Aku taktahu nak pergi mana. Aku buntu. Aku taknak Taehyung nampak aku sekarang jadi aku kena cepat. "Urmm..haa pergi Arcade jom?"
Tanpa berlengah, aku terus patah balik ke belakang untuk ambil laluan yang lain. Jimin yang pelik dengan perubahan aku yang tiba-tiba bercakap ni, terus ikut tanpa bantahan. Syukur.
___________
Puas aku menjerit, melalak, ketawa dekat Arcade dengan Jimin. Kami main bermacam jenis permainan. Game basketball, racing car, catch the fish dan macam-macam lagi game yang ada dekat situ. Dan ya aku sangat-sangat happy dan aku hampir habiskan duit yang aku bawa untuk beli hampir 20 token."Aaa Yoojin are you sure you can bet me in this racing car game?" Jimin membuat muka smirk. Mungkin dia tak tahu kebolehan aku sejak turun-temurun ni.
"I think you gonna lose this game, loser." Aku sekadar mengenyitkan mata kearah Jimin yang sudah sedia untuk menekan pedal minyak.
"Try me."
Hampir 10 minit bertarung dengan Jimin di atas litar haram. Dengan jayanya aku menang perlumbaan tersebut. Disebabkan apa? Aku himpit kereta Jimin dekat tembok, untuk lambatkan masa dia.
"Ugh you cheat Yoojin, don't you?"
"You are not suppose to talk to me like that loser." Aku gelak sepuas-puasnya.
__________
Selepas tamat waktu Matematik yang membosankan. Tibalah waktu yang aku tunggu-tunggu iaitu Sport Time! Aku buka loker aku untuk ambil baju sukan dan seluar pendek yang aku tinggalkan dalam loker dan terus ke bilik persalinan. Harini Cikgu Nari tak datang, jadi waktu sukan dilanjutkan menjadi dua masa! Aku nak main Netball puas-puas!Aku keluar dari bilik persalinan dan menuju kearah loker aku untuk simpan baju uniform aku...dan malangnya aku terserempak dengan Taehyung. Goodjob Yoojin!
Aku abaikan keberadaan Taehyung yang tidak jauh dari aku. Aku cuma nak pergi ke padang dengan kadar segera! Aku taknak dia buka mulut untuk tanya aku soalan, atau adakan perbualan. Dan harapan aku sama sekali hancur apabila aku dengar suara Taehyung tengah panggil nama aku. Okay terima kasih Yoojin.
Aku abaikan panggilan tadi. Selesai aku simpan uniform di dalam loker. Aku terus kunci loker dan hayun kaki untuk pergi dari sini. Tapi serta-merta langkahku terhenti. Badanku berdiri statik dan hatiku berdebar. Taehyung pegang tangan aku!
Aku harap dia tak dapat rasa yang aku menggigil sekarang."Yoojin-ah."
Suara dia yang serak basah kedengaran seksi sangat. Aku telan air liur. Aku nak jawab tapi mulut aku seakan terkunci. Dia nak pujuk aku ke apa?Aku tutup mata aku rapat dan berdoa agar ada sesiapa panggil aku atau ada cikgu lalu argh tak kisah lah.
"Yoojin-ah, look at me." Aku masih diam dan berdiri statik di tempat asal. "I said look at me. Now." Gulp. Perlahan aku toleh menghadap dia.
"Can you please let go of my hand Mr. Taehyung?" Aku pandang dalam mata Taehyung cuma untuk takutkan dia. Tapi aku sedar, aku tak kuat.
"Sorry." Dia lepaskan tangan aku. "So Yoojin, wanna walk together?"
"I don't think so." Aku menggulingkan mata tanda menyampah.
"I accept it as yes. Now, let's go."
Dia jalan mendahului aku. Aku masih berdiri dan tengok dia berjalan. "Yoojin, kau nak aku pimpin tangan kau untuk jalan dekat sebelah aku?" Langkahnya terhenti dan lantas toleh ke belakang melihat aku yang masih berdiri.
"Ugh i hate you Taehyung." Kata aku perlahan.
Dia berdehem. "Heard you Yoojin."
_________
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"