Aku tak boleh tidur. Aku pusing ke kanan, pusing ke kiri masih tak dapat tidur. Aku rimas jadi aku buat keputusan untuk keluar dari tent dan duduk di bangku yang berhampiran. Cuaca pada malam ini sejuk sangat. Nyaman. Aku jadi leka melihat keindahan malam di bandar Seoul dari sini. Tenang sangat.
Aku ternampak figura seorang lelaki yang keluar dari tent. Tent itu ditempatkan tidak lah berapa jauh dari tent aku. Aku ralit memerhatikan siapalah lelaki tu. Kalau Jimin bagus juga, boleh membawang sekejap.
Mata aku tertancap pada seseorang yang aku mungkin kenal..tapi siapa? Tanpa aku sedari, pelajar lelaki tersebut melambai ke arah aku lalu berjalan menuju ke bangku yang aku sedang duduk.
"Yoojin kan?" Sapa lelaki itu.
"Haah. Kita kenal ke?" Aku kelip mata berkali-kali tanda aku pelik.
"Haa lupa lah tu, saya lah Jungkook yang tolak awak dekat depan sekolah tu. Ingat tak?"
"Ouh hahaha ingat. Kenapa awak tak tidur lagi ni?" Aku menoleh melihat Jungkook yang sedang bersandar di bangku.
"Tak boleh tidur lah tu keluar sekejap."
"Ouh sama lah. Awak satu tent dengan Jimin dan Taehyung kan?" Rawak sahaja soalan itu keluar daripada mulut aku.
"Haah. Diaorang kawan awak kan? Saya selalu dengar diaorang sebut nama awak dalam tent.. ke diaorang peminat awak?" Dia membuat gaya smirk bila dia cakap Jimin dengan Taehyung tu peminat aku. Gila ke?
"A-aniya. Diaorang classmate saya. Jimin tu bestfriend saya."
Jungkook hanya menganggukkan kepala. Dia kembali termenung menikmati pemandangan malam ditambah pula cuaca sejuk malam sebelum kami pulang ke tent masing-masing untuk tidur.
__________
Hari ini kami diminta membentuk satu kumpulan untuk aktiviti Treasure Hunt. Pelajar bebas membentuk kumpulan masing-masing tapi bilangan ahli mestilah tidak melebihi 6 orang.Aku terus cari Jimin. Aku nak satu kumpulan dengan dia. Boleh membawang dengan dia—maksud aku bekerjasama dengan dia. Aku nampak Jimin sedang melambai ke arah aku. Aku dengan tenang jalan di antara himpitan manusia yang sedang galak mencari ahli kumpulan.
"Yoojin aku rasa nak sambung tidur lah." Nada Jimin kedengaran yang dia sedang merengek.
"Ish apa pula kau ni, kita kan ada aktiviti. Wake up Prince Froggy! Wake up!" Aku menggoncang kuat badan Jimin untuk hilangkan rasa mengantuk.
"Jangan sampai beta arahkan orang suruhan beta untuk kurung kamu dalam penjara istana ya, Yoojin." Terus dia membuat gaya ala-ala seorang raja. Malas aku nak layan.
Aku nampak Jungkook, Taehyung, Hoseok dengan Yena sedang melambai ke arah kami. Aku pandang muka Jimin tanda—kenapa? Jimin hanya mengangkat bahu dan terus berjalan ke arah mereka.
"Yoojin, jom join group kitaorang? Masih ada kosong untuk dua ahli." Tanya Jungkook riang.
Aku sekadar mengangguk. Kenapa aku kena satu group dengan si Tae ni? Aku letih betullah macam ni. Aku nampak Taehyung tengah tenung aku. Sekarang aku terperangkap dengan mamat ni. Thankyou Jungkook!
__________
Kami bergerak masuk ke dalam hutan kecil untuk menuju ke arah check point pertama iaitu check point 7. Setiap kumpulan dikehendaki ke check point yang berlainan. Jauh juga perjalanan nak cari check point 7. Kata Sir Taecyeon, check point 7 berhampiran dengan tasik. Masalahnya tasik pun kami tak jumpa!Sudah 10 minit kami berpusing di dalam hutan kecil ni. Semua keletihan. Jadi Jungkook, selaku ketua kumpulan mengarahkan kami untuk berehat sekejap supaya kami kembali tenang. Aku nampak Taehyung tengah berbual dengan Yena. Aku cemburu. Aku terus cari Jimin, tapi nampak Jimin tengah berbual dengan Hoseok. Dia kalau dah bebual memang lupa aku. Aku terus ambil tempat yang jauh dari mereka.
Aku duduk memeluk lutut sambil menguis rumput dengan ranting kayu. Aku rasa bahu aku disentuh seseorang. Siapa berani kacau aku ni?
"Yoojin-ah, awak okay?" Jungkook duduk di sebelah aku sambil kepalanya dijenguk sedikit memandang aku.
"Saya okay je Kook." Aku tak pandang langsung muka Jungkook. Sibuk menguis rumput mana tahu jumpa duit ke..
"Jom? Kita sambung cari check point. Awak jalan dengan saya eh?" Dia hulurkan tangan untuk bantu aku bangun. Nasiblah si Jebon ni ada.
Kami sambung cari check point 7 dan akhirnya jumpa. Setelah membuat ujian di check point tersebut, kami sambung aktiviti kami mencari lagi baki 6 check point untuk selesaikan aktiviti kami. Amat memenatkan.
___________
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, hari untuk pulang ke rumah! Akhirnya aku dapat tidur atas tilam empuk yang dirindui. Aku beratur menunggu bas sambil tu berbual dengan Jimin. Ada je benda nak membawang dengan mamat ni.Aku rasa phone aku vibrate tanda ada message masuk. Aku keluarkan phone daripada poket. Ada orang message aku tapi aku tak kenal nombor tu. Jadi aku ambil keputusan untuk abaikan sahaja. Aku tak nak ambil risiko. Aku simpan kembali phone dalam poket dan sambung membawang dengan Jimin.
___________
[Taehyung's POV]Aku duduk sambil kepala aku sandarkan pada tingkap bas. Aku termenung jauh memikirkan pasal Yoojin.
Kenapa dia tak nak cakap dengan aku beberapa hari ni? Aku ada buat salah apa?
Aku teringat tentang aktiviti semalam. Aku nampak Jungkook bercakap dengan Yoojin. Diaorang ada apa-apa ke? Kenapa nampak mesra? Asyik berkepit je sepanjang aktiviti. Aku nampak Yoojin senyum, gelak. Kenapa aku tak dapat semua tu? Kenapa Jungkook yang dapat?
Jujur, aku rindu Yoojin. Tapi aku rasa dia tengah jauhkan diri daripada aku. Aku taktahu sebab apa. Benda ni tiba-tiba. Aku tak boleh nampak dia rapat dengan lelaki selain Jimin. Jungkook tu datang dari mana? Macam mana dia kenal Yoojin?
"Ergh serabut!" Aku mengusutkan rambutku sendiri sebelum sambung bersandar di tingkap semula.
Aku akan usaha untuk dapatkan perhatian kau semula, Yoojin.
_____________
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Hayran Kurgu"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"