Aku tiba di Jeju selepas sejam lebih terperuk dekat dalam feri. Aku sedang menunggu Chanyeol untuk ambil aku di terminal feri. Appa dan eomma tak tahu yang aku balik Jeju..kata pun nak suprise haritu.
Aku menghirup udara segar di Jeju. Suasana di sini berbeza dengan bandar Seoul. Di Seoul selalu dengar bunyi hon kenderaan, kesesakkan lalu lintas dan manusia berkeliaran tidak kira waktu. Di sini lebih tenang dengan bunyi deruan ombak, bunyi nelayan naik darat dan bunyi angin.
Memandangkan rumah aku bukan di tengah bandar Jeju-si, maka jauh lah dari bunyi-bunyi kenderaan.
Aku terdengar bunyi hon kereta, rupanya Chanyeol dah sampai. Aku segera membuka pintu belakang untuk memasukkan luggage dan aku segera masuk ke dalam kereta.
"Welcome home my little princess." Terus sahaja Chanyeol memelukku erat.
"I'm happy to be at home again!"
"Yoojin nak jalan-jalan dulu ke nak terus balik? Eomma buat banyak kimchi tapi tulah oppa dengan appa bukan hantu kimchi."
"Yoojin nak balik. Jalan-jalan tu bila-bila boleh hehe Yoojin rindu eomma dengan appa! Tak sabar rasanya nak jadi 'monster kimchi' balik kikiki."
"No no correction..princess kimchi." Lantas pipi aku dicubit lembut.
___________
"Oppa, eomma dengan appa mana?" Aku menjenguk ke luar tingkap kereta mencari kelibat mereka berdua."Jap oppa cari." Chanyeol terus keluar dari kereta dan mencari eomma dan appa dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebelum tingkap kereta diketuk.
"Eomma dengan appa dekat dapur. Jom masuk simpan barang baru kita buat suprise!" Terus sahaja Chanyeol mengambil luggage aku di dalam kereta.
Kami masuk rumah senyap-senyap. Chanyeol membantu aku untuk bawa luggage yang berat itu masuk ke dalam bilik aku. Selesai aku meletakkan beg, aku terus paut lengan Chanyeol dan kami berjalan perlahan menuju ke dapur.
1...2...3...
"Eomma..appa.." Chanyeol memanggil mereka di tempat masuk ke ruang dapur.
"Ye—YOOJIN!!!!!!!!" Eomma dan appa terus meluru ke arah aku dan memeluk aku dengan kuat. Betullah cakap Chanyeol, eomma buat kimchi sebab bau eomma pun dah macam kimchi.
"Eomma..appa..bogoshipeoyooo."
"Nado bogoshipeo Yoojin-ah. Kenapa balik tak bagitahu eomma dengan appa? Kitaorang ingat Yoojin tak balik tahun ni." Kedengaran suara eomma gembira.
"Tulah..tak call pun bagitahu nak balik." Appa pula sambung.
"Yoojin nak buat suprise lah eomma..appa... Eomma masak apa ni? Sedapnya bau..." Aku terhidu-hidu bau masakkan eomma. Homesick teruk aku ni.
"Eomma tengah masak samgyetang dengan pajeon. Appa kamu terasa nak makan tu yang eomma masak. Nak eomma buatkan nasi goreng kimchi ke?"
"Ahhh mashitda..gwenchana eomma. Yoojin dapat makan kimchi yang eomma buat pun dah cukup hehe." Aku paut lengan eomma. Rindu tak terkira!
"Ehem..Yoojin balik sampai lupa ada anak lagi sorang ya." Suara Chanyeol seakan-akan merajuk.
"Alolo meh sini dekat appa. Bertuah punya anak."
Masing-masing tergelak mendengar jawapan appa. It's good to be at home again!
____________
Selesai makan, kami duduk pondok di luar rumah. Aku tolong eomma buat kimchi sebab eomma jual kimchi dekat kawan-kawan dia. Appa dengan oppa pula berkebun."Haritu Yoongi jumpa appa.." Appa memberhentikan kerja memotong daun mati dan segera mendekati aku yang sedang duduk.
"Kenapa dia datang appa?"
"Dia tanya bila Yoojin balik. Kami jawab tak tahu jela sebab memang tak tahu pun." Kata eomma. Tekun dia menggaul ramuan sos kimchi.
"Nanti Yoojin pergilah jumpa Yoongi. Lama dia tak jumpa Yoojin."
Aku terdiam seketika.
Min Yoongi. Kawan aku dari kecil sampai lah aku meningkat ke sekolah rendah. Kami sebaya sebabtu kami rapat. Antara dia dengan Taehyung, aku paling rapat dengan Yoongi. Eomma dengan appa dia kenal aku, eomma dan appa aku pun kenal dia. Kali terakhir aku jumpa dia masa aku 13 tahun. Dia pun sama macam Taehyung, mengaku yang dia suka aku. Aku pun suka dia cuma aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku dan dia seorang je yang berani panggil aku 'chagiya'. Walaupun orang ramai cakap perangai dia dingin, tapi bila dengan aku dia okay je. Aku tak nampak mana dinginnya.
"Nanti suruhlah Yoongi datang rumah. Yoojin pun lama tak jumpa dia."
Eomma dan appa hanya mengangguk tanda faham sebelum mereka menyambung kerja yang tergendala.
Setelah kerja kami selesai, aku meminta izin untuk keluar sebentar untuk berjalan-jalan. Saja mahu ambil angin di Pulau Jeju yang aku rindui ni. Suasana di tempat tinggal aku tak pernah berubah.
Aku duduk di atas buaian di taman permainan sambil perhatikan kanak-kanak yang sedang galak bermain dengan pasir, turun dari gelongsor dan bermain layang-layang. Aku leka tengok diaorang sampai tak perasan ada orang duduk buaian yang ada di sebelah aku.
"Seronok nampak tengok budak-budak main."
Aku toleh melihat si empunya suara. Aku terus tahan buaian aku dengan kaki.
"Yoongi?" Aku terus bangun dari buaian dan peluk dia. Sungguh aku rindu dengan mamat ni.
"Yelah aku Yoongi. Sampai hati balik tak bagitahu aku." Dia mengusap lembut rambut aku.
"Kau sendiri tahu kan perangai aku yang suka buat suprise ni...ah Yoongi-ah bogoshipeooo." Makin kuat pelukan aku.
"Nado bogoshipeo chagiya. Jom aku belanja aiskrim."
Dia memimpin tangan aku. Ini lah layanan istimewa seketul Yoongi. Panggil chagiya, pegang tangan..macam mana lah aku tak suka dia?
____________
Aku asyik kena sakat je dengan oppa sebab dia nampak Yoongi hantar aku balik tadi. Cis dasar!"Uwu untunglah ada putera kacak hantar balik tadi.." Chanyeol membuat memek muka smirk ke arah aku.
"Oppaaaaa geumanhae!!" Aku tak tahu dah kali ke berapa oppa sakat aku macam ni.
"Mwo?" Oppa masih tak berhenti gelak. Sampai apa tu gelak tanpa suara. Seronok sangat menyakat orang!
"Dakcheo! Soksanghae!" Aku menjerit sehingga oppa berhenti gelak. Tahu takut.
"Okay okay mianhae Yoojin-ah."
"I don't want talk to you, oppa." Aku membuat isyarat—back off!
"Mian—"
"Yoojin! Ada kawan datang ni!"
Kedengaran suara appa dari arah ruang tamu.
"Nae appa! Jammkkanman!"
Aku terus keluar bilik dan mencari kelibat appa. Aku nampak appa dengan eomma tengah tengok tv dekat ruang tamu. Aik mana kawan aku tu?
"Appa, mana kawan Yoojin?"
"Tu dia tunggu kat luar. Kami jemput masuk dia taknak, kata nak tunggu kat luar."
"Nae. Appa, eomma Yoojin keluar sekejap jumpa dia." Kataku meminta izin.
"Pergilah. Tapi dekat luar rumah je okay."
Aku membuat isyarat—okay!
Aku melangkah menuju ke pintu utama. Siapalah datang rumah malam-malam. Pukul 10 pulak tu! Yoongi ke? Tapi biasa waktu macam ni Yoongi sibuk layan game. Ah lantaklah.
Aku berjalan keluar menuju ke pondok kecil di luar rumah. Pergerakkan kaki aku seolah-olah dipaku. Apa dia buat dekat sini?
"Taehyung?"
Segera Taehyung menoleh ke arah aku dan tersenyum.
___________
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"