Hari ini ialah hari yang aku tak suka dimana hari aku pulang ke Seoul semula. Rasa seperti sekejap sahaja tinggal di Jeju. Aku sedang menunggu flight di tempat menunggu. Ya, pelik kan pergi naik feri tapi balik naik flight? Kalau tak disebabkan oppa yang sponsor, tak merasa aku naik flight hihi.
Dah lebih kurang seminggu aku tak dengar khabar berita tentang Taehyung. Rasa rindu pula dekat mamat dingin tu. Tapi tak boleh lawan rasa rindu dekat si Jimin. Apa khabar lah mereka kan?
Aku melihat skrin telefon bimbit aku yang tiba-tiba menyala. Jimin call rupanya. Aku pantas menekan butang hijau.
"Hi princess!!" Terdengar jeritan gembira si mangkuk ni. Rindu letu.
"Hi Chim!! Kenapa call aku ni? Rindu ke?"
"Mestilah rindu chingu aku sorang ni T.T.."
"Nado bogoshipeo Jimin-ah."
"Ha Yoojin, kau dah on the way balik Seoul kan?" Suaranya kembali serius.
"Haah Chim. Tengah tunggu flight ni. Waeyo?"
"Ouh baguslah, aku nak ajak kau tengok Taehyung dekat hospital..jom teman aku?"
Jap..Taehyung? Hospital? Apa Jimin cakap ni? Badan aku mula menggigil. Seram sejuk dibuatnya. Hati aku berdebar-debar menunggu jawapan daripada Jimin.
"Ha? Tae..taehyung kenapa Chim?" Aku gagahkan juga untuk tanya soalan itu. Tolonglah jangan ada apa-apa berlaku.
"Kau tak tahu ke? Tak ada sesiapa bagitahu kau?"
"T..tak. Kenapa Chim? Jangan buat aku menggigil macam ni..."
"Calm down princess. Macam ni, dua hari lepas parents angkat Taehyung call aku. Dia bagitahu yang Taehyung kemalangan masa nak balik rumah. Masatu dia baru balik dari Jeju rasanya. Aku dengar kemalangan tu serius sebab melibatkan pendarahan dekat kepala Taehyung. Teruk juga lah. Jadi sekarang Tae tengah koma dekat hospital. Tak ada orang jaga dia dekat hospital, tu aku ajak kau teman, aku nak jaga dia."
Aku hilang kata-kata. Tubir mata aku panas. Air mata aku mengalir. Tae..apa dah jadi ni?
"Yoojin? Kau tak tahu ke? Mianhae chingu sebab tak bagitahu kau."
"Ah gwenchana Chim-ah. Kau tunggu aku balik eh? Nanti kita pergi tengok dia."
Aku terus matikan panggilan. Sungguh aku tak kuat sekarang ini. Kali terakhir aku jumpa dia, dia baik sangat dengan aku. Sikap dia memang lain daripada yang lain. Tiba-tiba aku teringat apa yang Taehyung cakap..
"Kalau ada apa-apa jadi dekat aku Yoojin, kau kena tahu dan kena ingat yang aku sayang kau sangat-sangat. Jangan sedih-sedih tau? Jaga diri baik-baik Yoojin. Aku takut aku tak dapat jaga kau nanti."
Tae kenapa kau buat aku macam ni?
___________
Aku tiba di Seoul pada jam 3 petang. Hati aku tak tenang bila teringat perbualan aku dengan Jimin pagi tadi. Aku masih tak percaya. Aku hilang kata-kata. Buntu.Aku segera menahan teksi yang berhampiran untuk pulang ke rumah. Aku kena tengok Taehyung!
Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa kira-kira setengah jam dari lapangan terbang. Nak tak nak, kena terima juga istilah- back to reality!
Aku masuk ke dalam perkarangan rumah yang aku rindui. Aku hidu bau kesegaran pokok-pokok yang eomma tanam di laman mini miliknya. Tenang sikit jiwa yang gundah.
Aku ketuk beberapa kali pintu rumah sebelum perlahan-lahan masuk ke dalam. Aku menjenguk ke dapur, ruang tamu mahupun di ruang membaca kononnya nak cari eomma dekat mana tapi pelik, sebab tak ada.
Aku masuk ke dapur untuk simpan bekalan yang eomma kirim daripada Jeju di dalam peti sejuk. Ada kimchi, ada telur, ada jeruk mahupun tteokbokki segera.
Aku mengambil telefon bimbit lalu mendail nombor eomma. Mana lah eomma pergi..ada mesyuarat makcik bawang warrior ke?
"Yoboseyo?"
"Eomma..dekat mana? Kenapa rumah kosong je?"
"Ah Yoojin-ah, mianhae tak bagitahu. Eomma dekat hospital ni tengah jaga Taehyung sebab doktor beritahu keadaan dia tak stabil."
"Kenapa dengan dia eomma?" Apa lagi yang jadi ni?
"Degupan jantung dia berhenti dengan tiba-tiba. Tapi syukur, tak ada apa-apa jadi. Itu mungkin organ Taehyung masih terkejut dengan apa yang jadi."
"Eomma..." aku terduduk. Aku menahan diri daripada menangis.
"Yoojin-ah rehat okay? Esok datang dengan Jimin untuk jaga Taehyung pula."
"Nae eomma. Annyeong."
Aku matikan panggilan. Hati aku sebak. Aku berdoa agar tiada benda buruk menimpa Taehyung. Semoga dia kuat dan tunggu aku datang.
___________
Aku tersedar dari tidur apabila terdengar ada orang panggil aku berkali-kali. Aku nampak eomma dekat sebelah. Aku dekat atas sofa? Aik aku tertidur ke?"Nae eomma." Aku menguap dan menggeliat sepuas-puasnya. Penat yang amat.
"Kenapa tidur dekat sini? Kan sakit badan nanti." Eomma mengusap lembut rambut aku.
"Yoojin pun tak tahu macam mana boleh tidur dekat sini eomma. Bila eomma balik?"
Aku mengerling jam dinding yang menunjukkan sudah jam 7 petang. Lama betul aku diulit mimpi.
"Eomma baru je sampai. Yoojin-ah, tadi doktor bagitahu yang badan Taehyung ada bagi respon."
Aku pelik. Respon apa pula?
"Respon apa eomma?"
"Maksud eomma, tangan dengan kaki dia dah mula bergerak cuma dia tak sedar lagi. Esok Yoojin jaga lah dia nae?"
Syukur. Lega aku lepas dengar eomma cakap tentang kondisi Taehyung sekarang.
"Eomma naik atas dulu okay? Sakit bahu duduk dekat kerusi hospital lama-lama." Suara eomma seakan merengek.
"Nae eomma..saranghae." Aku memeluk bahu eomma. Sayangnya dekat eomma.
Eomma sekadar membalas pelukan aku dan berlalu pergi.
____________
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"