Hampir sebulan aku tak bertegur dengan Taehyung. Walaupun kadang-kadang Taehyung nak tegur aku, cepat-cepat aku lari. Taknak, aku taknak ada apa-apa urusan dengan dia. Serious pedih dia tak boleh hilang! Dan tahu tak? Aku baru tahu sebenarnya Jimin tu kawan baik Taehyung masa sekolah rendah dulu..lepastu asyik abaikan aku je dekat kelas hm benci tau! Hehehe tapi takpe! Harini cuti musim panas! Yeayyyyyy!!
_________Aku yang tengah syok berdengkur di atas tilam empuk terus tersedar bila ada orang panggil nama aku. Eeee siapa sibuk ni kan cuti sekolahh!!
"Yoojin!!! Bangun! Breakfast cepatttt kita ada tetamu ni!" Terbeliak mata aku bila eomma kata ada tetamu. Cepat-cepat aku masuk bilik air untuk mandi. Yelah, eomma aku selalu cakap kalau ada tetamu jangan tak turun untuk jumpa, nanti rezeki susah dapat. Entah betul atau tak, aku dah terbiasa.
_________Selangkah..dua langkah..tiga langkah...berdegup jantung aku bila nampak Taehyung dekat bawah tengah ketawa dengan eomma! Amende ni?
"Haa Yoojin, meh duduk sini. Ada tetamu datang. Ingat lagi tak dekat Taehyung?" Ye eomma mestilah Yoojin ingat!
Aku duduk di sebelah eomma. Tak pandang taehyung pun tapi aku tahu dia tengah tenung aku. Gulp! KENAPA DIA DATANG SINI!!
"Mestilah Yoojin ingat Taehyu..."
"Yoojin sihat?" Aku angkat muka pandang Taehyung. Muka dia sangat...handsome..eh kesitu pulak? Ye jujur lama aku tak tengok muka dia macam ni.
"Sihat je. Kenapa datang?" Aku berpeluk tubuh. Tak senang duduk aku macam ni. Nak lari naik atas pun mesti eomma tak bagi.
"Yoojin apa cakap dekat Taehyung macam tu sayang?" Eomma mengusap peha aku. Haih lemah lah macam ni.
"Eh takpe eomma..Tae datang sini sebab nak jenguk eomma je. Lama tak jumpa hehehe sama cantik macam dulu." Taehyung melemparkan senyuman ikhlas yang sangat sangat ikhlas. Apa ni Tae?
"Eh Tae ni kesitu pulak cakap. Hahaha eomma ni dah tua dah, wajahnya pun tua jugak. Takde cantik mana pun." Eee manada eomma sama cantik macam eomma Yoojin! Tapi eomma Yoojin lebih lah wkwkwk..
"Yoojin..pergilah ajak Tae jalan-jalan. Daripada duduk rumah ni tak buat apa kan? Sekarang pun tengah cuti sekolah."
"Err..taknaklah eomma, Yoojin ada er..homework! Ha homework." Takkan lah nak keluar sehelai sepinggang! Duit pun takde lagipun taknak keluar dengan dia ni!
"Homework tu boleh siapkan esok. Kan cuti sekolah lama. Pergilah berjalan dengan Tae..mesti dia takde kawan dekat sini. Eomma bagi duit Yoojin pergi eh?" Aduh aku lemah betul kalau eomma dah macam ni! Cair tau cair!
"Haih yelah. Jap Yoojin siap eh. Tae kau tunggu s e k e j a p eh?" Sambil aku tekan suara aku tanda aku taknak keluar dengan dia. Boleh pulak dia senyum eeee benci!
__________Aku berjalan di sekitar Myeongdong Street nak cari makanan yang sedap-sedap lepastu click! Selfie! Aku memang suka amik gambar makanan ni. Entahlah rasa seronok. Hahahaha. Eomma pun bagi duit...banyak betul!! Bolehlah aku enjoy :p
"Yoojin-ah." Aku tengah jalan perhatikan sekeliling, termati langkah serta-merta bila dengar Taehyung panggil nama aku.
"Waeyo Taehyung-ssi?" Aku menoleh memandang Taehyung yang tengah...malu sekarang ni? Apa dia fikir ni?
"Yoojin-ah..kau marah aku lagi ke? Dah lama kita tak tegur. Dalam kelas pun taknak tegur aku...bila aku nak cakap dengan kau, kau lari hmm. Aku datang tadi pun kau betul-betul buat aku macam stranger." Aku nampak Taehyung mencebik dekat situ. Kenapa comel sangat ni? Eh apa aku ni!
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"