Pagi ni macam biasa. Masuk sekolah. Cari Jimin lepastu jumpa Mina dekat kelas dia, baru masuk kelas. Aku nampak Taehyung termenung. Jauh termenung hmm dia nak ganti tempat aku pulak ke yang suka termenung? Aku abaikan je sebab malas nak tanya. Tapi..muka dia nampak pucat. Badan nampak kurus. Dia tak makan ke?
"Jimin-ah." Nadaku seakan berbisik tapi cukup kuat untuk Jimin dengar.
"Wae?" Dia tak pandang. Dia sibuk semak kerja sekolah yang cikgu bagi kelmarin. Rajinnya la budak ni.
"Taehyung kenapa? Dia macam tak sihat je. Cuba kau tanya dia. Boleh chim?" Aku rapatkan tangan seakan merayu. Muka Jimin dah berubah smirk bila aku buat macam tu. Apa? Salah ke?
"Wae? Kenapa tiba-tiba je nak amik tahu pasal dia? Ada apa-apa ke ni?"
"Takde apa pun Chim. Dia kawan aku jugak. Kawan dari kecik kot. Aku nak tanya dia tapi takut lah. Boleh lah Chim...." sambil kelipkan mata aku berkali-kali.
"Aigo chingu-ah please stop doing that aegyo infront on me! Ada yang aku terbalikkan meja ni." Terus gelak tak berhenti si Jimin ni.
"Dahlah kalau taknak tolong aku takpe. Aku dah tahu mana kawan mana lawan! HMPH!" Bencinya macam ni!!!!!!
"Alololo yela nanti aku tanya dia eh Yoojin? Dahlah jangan kacau aku nak semak buku ni ei."
"Gomawo chimchim~" sambil buat gaya flying kiss gituuuuu! Aku pun sweet tau hehehehe.
___________Balik je sekolah aku terus cari eomma..bukan apa hahaha rindu pulak tiba-tiba. Nampaklah eomma tengah basuh pinggan dekat dapur. Aku pun apa lagi, buat gaya macam pencuri masuk rumah lah! Watch out eomma!
Satu langkah..dua langkah..tiga langkah.....
"Ha Yoojin? Nak terkejutkan eomma lah tu? Seronok ye." Aku dengar je macam tu terus hentak kaki. Plan tak jadi!!
"Yela ingatkan eomma tak perasan yang Yoojin dah balik. Tu nak buat suprise hehehe. Eomma masak apa tu...." sambil jengahkan kepala dekat dapur. Aik tak masak ke?
"Hehehe harini eomma tak masak lah. Letih. Tapi eomma ada suprise!!"
Suprise apa? Eomma ni sejak bila pandai ber-suprise ni? "Suprise apa eomma?"
"Pergi duduk depan nanti eomma datang okay." Aku pun ikutkan je apa yang eomma cakap.
Aku hempaskan punggung dekat sofa. Tiba-tiba ada notification masuk. Aku terus keluarkan phone dari poket. Jimin?
Chimchim❤️
7.34 pmYoojin..aku dah tanya Taehyung.
Baca je nama Taehyung..laju tangan aku menaip.
Yoojin🌼
7.36 pmHa kenapa chim? Kenapa dengan dia?
Chimchim❤️
7:39 pmDia kata dia tak sihat. Dia ada masalah dengan family dia. Aku nampak dia macam tak makan je, aku pun tanya lah dia makan ke tak. Dia cakap dia makan cuma tak on time. Sebabtu kau nampak badan dia macam kurus je.
Mulut aku dah melopong bila baca apa yang Jimin hantar. Seriously Tae? Apa kau buat ni?
Yoojin🌼
7.42 pmKamsahamnida Jimin. Your info helps me a lot!❤️
Aku terus matikan phone. Esok aku nak jumpa Tae! Tak kira! Hm tapi....bukan aku anggap dia stranger ke? Ish lantaklah!
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"