Namja Chingu?

1 0 0
                                    

Aku termenung di sudut bilik, mengingati peristiwa semalam semasa aku nampak Taehyung ada dekat depan rumah aku.

Flashback
"Taehyung?"

Taehyung yang posisinya membelakangi aku, laju sahaja menoleh setelah namanya dipanggil.

"Apa kau buat dekat sini?" Aku tak dapat sorok muka pelik aku tambah pula hati aku tengah berdebar.

"Aku datang nak jumpa kau. Boleh kan?"

"Kenapa tak bagitahu nak jumpa? Kenapa kena datang rumah aku malam-malam Tae?" Aku terus memeluk tubuh. Aku nampak Tae tengah tunduk, mungkin takut nak ber-eye contact.

"I miss you." Dia angkat muka dan tenung mata aku.

Aku nampak pandangan sayu dia. Aku nampak kejujuran daripada mata dia.

"Tae ka—"

"I'm sorry." Laju sahaja dia memotong apa yang aku cakap. Aku terdiam dan tenung muka dia untuk tunggu apa yang dia nak cakap.

"Aku tahu kau nampak haritu. Aku minta maaf Yoojin. Aku tak suka Tzuyu pun."

"Seriously Tae? Kenapa kau minta maaf dengan aku? Aku tak kisah pun kau nak buat apa dengan siapa pun. It's not important to me. Kau bukannya orang yang aku suka sampai aku nak jealous."

Taehyung terus tenung aku. Mungkin telinga dia keluar asap sebab terdengar ayat aku yang pedas tu.

"Jadi buang masa lah aku datang sini semata-mata untuk pujuk kau? I got it."

"Ya, sebab aku langsung tak kisah kau nak rapat dengan Tzuyu sekali pun! Itu kemahuan kau dan tak ada kena mengena dengan aku."

Terus Taehyung pergi meninggalkan perkarangan rumah aku.
End flashback

Lamunan aku terhenti bila ada orang menepuk bahu aku.

"Yoojin okay?" Eomma mengambil tempat di sebelah aku.

"Yoojin okay je eomma. Eomma penat? Nak Yoojin urut tak?"

"Takpe eomma okay je. Penat tu biasalah...Yoojin tak keluar jumpa Yoongi ke?"

Aku terdiam seketika. Macam mana aku nak keluar kalau ada Taehyung dekat sini? Aku taknak dia nampak lepastu masuk campur.

"Keluar rasanya tapi kena tanya Yoongi dulu dia free ke tak. Eomma nak pesan apa-apa ke?"

"Belikan ayam goreng dekat kedai Uncle Kim tu. Dia baru buka kedai, tu ingat nak try." Mata eomma tekun melihat skrin televisyen yang tengah menayangkan cerita entah apa.

"Ouh boleh je eomma. Nanti Yoojin pergi okay? Yoojin nak call Yoongi sekejap tau."
_____________
Aku menunggu Yoongi di tempat biasa, di taman berhampiran rumahnya. Hampir 10 minit juga aku tunggu dia ni. Cuaca yang mendung menambah kerisauan aku. Mana lah tahu hujan ke kan.

"Yoojin."

Aku menoleh, mencari siapakah si empunya suara. Rupanya orang yang aku tak harapkan yang datang.

"Kau buat apa dekat sini Tae?"

Dia bersandar di batang pokok berhampiran tempat duduk aku. Aku perhatikan setiap perincian wajah dingin miliknya. Sungguh aku rasa nak tumbuk muka dia bertubi-tubi.

"Jalan-jalan. Jom teman aku?"

"Tak boleh Tae. Aku ada urusan lain."

Aku segera bangun untuk meninggalkan tempat yang baru didatangi oleh manusia yang aku tak suka. Malangnya lengan aku ditarik dan terus aku berdiri menghadapnya. Rapat sungguh jarak antara kami.

"Lepaslah Tae!" Aku meronta-ronta selepas dapat rasakan pinggang aku dipeluk.

"Yoojin, aku sayang kau. Aku minta maaf."

"Tae, berapa kali aku nak cakap dengan kau? Tak perlu minta maaf sebab aku tak kisah langsung pasal insiden haritu. Tak terdetik rasa sakit hati atau cemburu langsung."

"Tapi Yoo—"

"Ungkapan sayang kau terlalu mudah Tae. Aku tak akan terpedaya dengan semua benda ni. Aku minta kau lepaskan aku sekarang."

"Aku minta ma—"

Sekali lagi percakapan Taehyung dipotong dan kali ni Yoongi yang potong. Bila dia sampai?!

"Lepaskan Yoojin. Kau siapa nak peluk dia macam ni?"

Yoongi terus tarik aku daripada pelukan Taehyung. Matanya tajam merenung kearah Taehyung.

"Kau siapa nak masuk campur? Ini bukan urusan kau jadi tinggalkan aku dengan Yoojin bersendirian sekarang." Aku nampak rahang Taehyung bergerak-gerak tanda dia tengah menahan geram.

"Aku namja chingu dia. Jadi aku tak akan sesekali bagi dia jumpa orang macam kau."

Wah suara high pitch Yoongi. Dalam hati aku berdoa agar cepat-cepat lah mamat ni tarik aku pergi. Tapi sebelum Yoongi bertindak, Taehyung dah beredar. Syukur.

"Yoojin gwenchana?" Dia membelek setiap inci wajah dan anggota badan aku yang lain. Caring nya.

"Ah gwenchana. Jom?"
_____________
Sepanjang perjalanan ke bandar Jeju-si, aku hanya mendiamkan diri. Dah banyak kali aku kena macam ni. Taehyung datang serang macam ni, dia ingat aku apa? Tiba-tiba teringat dekat Jimin. AAA JIMIN BOGOSHIPEO~

"Yoojin, kau okay? Kenapa diam je ni?"

Aku tersentak dari lamunan. Memandang Yoongi di sebelah yang sedang memandu.

"Aku okay je. Tak ada dialog nak cakap."

"Siapa namja tadi?"

Ha tengok Yoongi dah tanya. Aku benci betullah nak jawab ni!

"Dia kawan aku masa aku duduk dekat Daegu. Sekarang dia classmate aku dekat high school."

"Dia suka kau?"

Aku diam. Aku tak tahu nak cakap apa. Dia suka aku ke tak?

"Yoojin?" Yoongi menoleh ke kiri memandang aku.

"Aku tak tahu."

"Dari cara dia, aku tahu dia suka kau. Sejak bila?"

Kali ini nada Yoongi bertukar serius. Aku takut Yoongi anggap aku ini perempuan murahan. Yela sebab Yoongi suka aku tapi aku tolak, tiba-tiba datang pula mamat Tae-hi ni. Kacau daun.

"Perasaan kau je kot? Kita nak pergi mana ni?"

Terus aku ubah topik perbualan. Kalau dilayankan soalan Yoongi ni, boleh meletup kereta yang aku naik. Syukur dia menurut sahaja.
______________
Aku melihat skrin telefon dengan pandangan kosong. Fikiran aku bercelaru. Aku masih tak boleh terima kenapa Taehyung datang sini semata-mata nak minta maaf sedangkan dia sendiri tahu aku tak suka dia, aku tak kisah langsung pasal dia dan sewaktu dengannya!

Dan Yoongi boleh jumpa dengan Taehyung. Aku tak pernah harapkan benda ini jadi. Kalau boleh aku taknak pun dua makhluk ini berjumpa secara sengaja atau tidak. Sebab aku memang tak nak.

"Princess?"

Aku menoleh, nampak oppa tengah jengahkan kepala.

"Waeyo oppa?"

"Tak tidur lagi? Dah lewat ni."

"Nak tidur dah ni oppa. Goodnight."

"Saranghae princess."
_____________

Strange Love | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now