Sudah beberapa hari berlalu selepas Study Camp tu dan sekarang aku sedang menduduki exam yg hanya berbaki lagi 2 hari untuk habis sebelum cuti panjang bermula. Akhirnya aku dapat balik Jeju!! Dan dah banyak kali aku dapat message daripada orang yang sama aku dapat haritu. Aku cuma abaikan sebab aku taknak ambil risiko.
Aku berjalan perlahan sambil memandang keindahan langit pada waktu senja. Sangat tenang. Aku berjalan sehingga hampir melalui satu lorong. Aku terdiam. Aku nampak Taehyung tengah berjalan. Aku pandang dia dan dia perasan aku pandang dia. Dia pun berhenti berjalan. Aku yang gelabah ni terus berjalan dengan laju.
"Yoojin!" Aku dengar derapan tapak kasut orang berlari. Alamak Taehyung kejar ke?
"Yoojin, tunggu!" Dia menarik tangan aku dari belakang.
"Ye Tae kenapa?" Aku pandang mata dia. Walaupun hari hampir gelap, tapi mata dia...cair aku.
"Aku dah lama nak cakap dengan kau pasal benda ni...jangan lari please." Dia perasan yang aku nak lari terus dia genggam tangan aku. Dia tundukkan muka sekejap lalu mengangkat mukanya kembali melihat aku. "..kenapa kau tak bercakap dengan aku Yoojin? Kenapa kau macam larikan diri daripada aku? Aku ada buat salah ke?"
Aku terdiam. Aku nak jawab apa? Takkan nak jawab Tae aku suka kau tapi kau suka orang lain jadi aku buat keputusan untuk jauhkan diri dari kau. Gitu?
"Yoojin." Dia pegang kedua-dua tangan aku supaya aku menghadap dia. Eh janganlah buat drama dekat sini...
"Aku tak boleh tipu diri aku. Aku rasa hari aku tak lengkap kalau tak bercakap dengan kau. Aku tak boleh berhenti fikir pasal kau Yoojin. Aku cuba untuk stop, tapi tak boleh. Tell me Yoojin, aku ada buat salah ke? Kalau tak ada, kenapa tak bercakap dengan aku?"
Gulp! Nak jawab apa ni?!
"Ehem. Aku okay je dengan kau Tae. Aku bukan taknak bercakap dengan kau tapi aku busy sekarang. Nak fokus exam." Cliche.......
"Tapi kenapa dengan Jimin semua boleh? Maksud aku, bercakap, bergurau. Aku perhati je. Jangan buat aku macam ni Yoojin. Aku boleh gila tahu."
"Tae..you have someone special kan? Pergilah dekat dia, talk to her. Make some moment with her not me. Aku tak boleh layan kau macam dulu lagi dah. Maksud aku gelak sama-sama, give you a special treat. I just can't Tae."
Aku lepaskan tangan aku daripada genggaman dia. Aku terus berjalan pergi. Aku dengar dia panggil nama aku, tapi aku abaikan. Aku nak lupakan kau Taehyung, tolong jangan buat aku serba salah.
____________
Aku melirik ke arah jam dinding yang ada di dalam kelas. Masa yang tinggal hanya berbaki 5 minit sebelum waktu rehat. Aku membuat semakan terakhir bagi subjek Mathematics. Subjek yang aku benci, tapi aku boleh score. Power kan? By the way, hari ini hari terakhir exam. Yeay!"Baik pelajar, masa menjawab telah tamat. Sila pastikan nama dan kelas anda ditulis pada ruang yang disediakan dan saya akan mula kutip sekarang."
Cikgu Nari terus bergerak dari satu meja ke satu meja untuk kutip kertas jawapan.
"Kamu semua boleh keluar rehat sekarang dan saya nak ucapkan selamat bercuti! Jumpa tahun depan!" Cikgu Nari terus beredar sambil melambai ke arah kami semua. Minta-minta lah Cikgu Nari jadi guru kelas kami tahun hadapan.
Aku melangkah keluar dari kelas dan ternampak Jungkook tengah berdiri dekat depan pintu.
"Eh Kook, awak buat apa dekat sini?" Soalku pelik. Yelah bukan kelas dia dekat atas ke?
"Tengah tunggu awak. Jom rehat?"
Dia jalan mendahului aku. Aku yang tak sempat nak jawab apa-apa, ikut je langkah dia dari belakang. Mimpi apa mamat ni ajak rehat?
Aku pun berjalan sebelah.
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"