Sejak aku jumpa dia beberapa hari lepas, taehyung jadi...dingin? Ye, dingin sangat! Takde langsung gelak tawa atau senyuman dari bibir dia! Berbual apatah lagi. Langsung tak cakap dengan aku dalam kelas! Jujur, aku sedikit terasa dengan kelakuan dia yang sekarang. Ada ke patut dia marah aku sebab aku gelak sampai kacau dia tidur? Ye tu memang lah, aku pun marah kalau orang kacau aku tidur tapi tak perlu nak marah aku depan kawan-kawan yang lain ei!
_________"Chimmmmmmmm!!" Aku berlari sebab nak paut tangan si jimin ni. Ye aku dengan dia memang macam ni sebab dia jelah satu-satunya kawan aku selepas mina. Mina budak kelas pandai jadi kami tak selalu bersama. Cuma kalau ada waktu mesti dia datang rumah aku takpun kitaorang jalan-jalan ehek.
"Waeyo chingu-ah?" Mula dah perangai hantu dia. Suara ni yang aku tak suka! Seram sejukkkkkkk!
"Jom pergi kantin? Aku laparrr. Ppaliii~" Aku menarik lengan jimin sampai dia stop buat homework dia tu! Ergh bukan nak hantar harini pun!
"Nae nae..kkajja"
________
Aku bawak semua makanan yang aku beli pergi ke meja dimana jimin tengah tunggu aku. Terbeliak mata jimin tengok makanan yang aku beli. Pelbagai!! Ada roti, ada aiskrim, ada ayam, ada tteokbokki, ada kentang dannnn air mineral ehek.
"Woi melantak ke apa kau ni? Banyak gila siapa nak habiskan?"
"Ngeeee...aku boleh habiskan jangan risau." Aku kenyit mata aku. Hello aku lapar kan?
"Yoojin-ah.." aku menoleh tengok jimin tengah pandang depan. Tak tengok aku pun. Aik tadi panggil tapi pandang tempat lain?
"Wae chimchim?" Sambil tangan aku laju menyuapkan makanan ke dalam mulut. Yelah rehat sekejap je. 30minit..mana sempat nak habiskan.
"Kenapa taehyung pandang sini? Macam nak makan orang je..takut lah." Huh? Taehyung? Pandang sini? Dia nak apa?
Aku pun pandang depan nak cari kelibat taehyung tapi tak jumpa! Jimin yang perasan aku tercari-cari tu tolak kepala aku ke kiri. Weh betul! Taehyung tengah pandang..macam nak makan orang!
"Apa?" Aku cakap sambil berbisik. Aku rasa dia faham kot aku cakap apa.
"Jumpa aku dekat pondok belakang sekolah." Sambil tangannya menunjuk kearah bangunan blok belakang. Dia pun pergi.
"Chim-ah..kau jalan-jalan lah dulu eh? Aku nak pergi tandas kejap. Jumpa dekat kelas tau."
"Ehhhhhh habis makanan kau yang tak habis ni siapa nak makan?" Dia tunjuk roti dengan kentang yang tak disentuh tu.
"Hehehe kau bawaklah naik atas, letak atas meja aku eh? Muahhh."
________
Aku nampak taehyung tengah duduk dekat pondok dah macam cacing kepanasan. Takut pulak nak datang.
"Err taehyung?" Tanganku direntap kasar. Jelas terpancar wajah taehyung yang tengah berapi-api. Tunggu masa nak meletup je.
"Sakit lah tae! Kenapa kau ni tibatiba nak tarik tangan aku!?" Aku nak menangis. Serious, sakit tangan aku. Aku rasa mesti jimin tanya kenapa tangan aku merah-merah. Aku nak jawab apa?!
"Kau rapat dengan jimin tu?" Nadanya dikawal tapi jelas dengar yang dia tengah marah.
"Ye tae, mestilah aku rapat dengan dia. Dia kawan aku!" Aku pulak yang tinggi suara. Sakit pulak hati bila kena macam ni. Dahlah tangan aku tengah sakit sekarang ni, boleh pulak dia pandang aku macam tu! Aku dahlah cepat nangis, dia pun tahu kan!
"Aku pun kawan kau tapi kenapa tak rapat dengan aku ha???!!!!" Wahh sedap high pitch dia. Sedap sangat sampai aku menangis! Apa dia nak ni?
"D..dulu kau jugak yang tinggalkan aku kan? Siapa...tsk suruh ha? Sekarang aku ada kawan baru..kau nak marah aku macam ni kenapa?" Laju air mata aku mengalir. Tak tahan dah. Apa nak jawab dengan jimin ni bila dia tengok mata aku merah macam ni.....
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfic"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"