Aku kembali semula ke sekolah setelah 2 hari berehat di rumah. Disebabkan insiden malang tidak berbau beberapa hari lepas, Jimin tak bagi aku datang ke sekolah selagi keadaan aku tidak mengizinkan.
Aku berjalan masuk ke dalam sekolah dengan keadaan lutut aku yang masih berbalut. Aku melihat pelajar yang ada di sekeliling aku. Aku nak cari Jimin atau Mina atau Taehyung. Ya Taehyung. Aku tak sempat berterima kasih dengan dia.
"CHINGU -AH!!"
Aku toleh belakang dan nampak Jimin yang sedang lari kearah aku dan terus peluk leher aku. Datang dah perangai clingy dia.
"Chingu-ah..bogoshipeo!"
"Nado Jimin-ssi." Aku cuba untuk leraikan pelukan Jimin yang sangat melemaskan.
"Jom tuan puteri, kita ke kelas."
Aku sekadar menggulingkan mata tanda menyampah yang amat.
________
Selangkah aku masuk ke dalam kelas. Beberapa orang pakcik dan makcik bawang datang mengerumuni aku, konon nak ambil berat takpun diaorang rindu aku. Aku sekadar jawab "Aku okay. Jangan risau." Jawapan yang cliche bukan?Aku menangkap sepasang mata yang sedang melihat ke arah aku dengan pandangan dingin. Siapa lagi kalau bukan lelaki idaman pelajar perempuan Gwangju High School, Kim Taehyung. Aku buat tak tahu dengan pandangan dia dan angan-angan aku untuk berterima kasih dengan dia, aku lanjutkan pada masa yang sesuai.
________
"Chingu-ah, kau okay ke rehat sorang-sorang harini? Mianhae tak bagitahu kau awal-awal yang aku nak pergi library dengan Namjoon."Namjoon. Sunbae hot dekat Gwangju. Diberi rupa paras bad-boy tetapi bukan pada perangai. Cuma cara dia membawa diri. Apa orang kata..aura? Tinggi lampai, kurus dan yang paling menarik..lesum pipit miliknya. Namjoon salah seorang pelajar harapan Gwangju High School. Ditempatkan di kelas 4A-1. Jimin pun rata-rata kawan dia semua pelajar hot. Tak hairanlah Jimin pun tumpang populariti.
"Gwenchanayo Jimin-ssi. Jinjja. Aku okay." Aku angguk perlahan.
"Jalan tu hati-hati okay. Kaki tu tak elok lagi."
"Seriously Jimin? Lutut aku cuma luka sikit je." Menyampah pula dengan perangai overprotective Jimin ni.
"You are my first girl okay. Next is my chagiya..even i don't have one. Remember that."
Aku sekadar menggulingkan mata.
"See you later princess. Take care!" Jimin melambai mesra ke arah aku.
"You too." Balasku pendek.
Dengan langkah yang malas, aku bangun dengan perlahan dan keluar dari kelas. Aku tak tahu nak pergi mana memandangkan aku tak rasa nak makan harini. Kalau lah high school ni ada Arcade..memang hari-hari aku ponteng kelas.
Aku duduk di atas gazebo kecil berhampiran dengan blok pentadbiran. Tujuan aku untuk tenangkan diri melihat kawasan sekeliling sementara menunggu perut aku memainkan lagu rock tanda protes tak diberi makan.
"Tak sangka jumpa kau dekat sini."
Aku toleh ke kanan dan nampak Taehyung yang sedang berdiri di penjuru gazebo. Dia menyandarkan kepalanya pada tiang gazebo dan matanya merenung ke arah aku. "Boleh aku duduk?"
"Duduklah."
"Kau buat apa dekat sini Yoojin? Kau tak makan?"
Aku menggeleng perlahan kepala aku. "Aku tak rasa nak makan harini jadi aku buat keputusan untuk duduk dekat sini. Kau?"
"Ouh ini memang tempat aku lepak waktu rehat. Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini."
"Ouh." Aku angguk kepala aku. Aku kering idea nak cakap dengan Taehyung sekarang ni. Oh ya...
"Tae...gomawo...s-sebab tolong aku masa aku jatuh dekat padang dan sebab teman aku dalam bilik rawatan." Aku senyum ikhlas ke arahnya. Aku masih rasa janggal.
"Ah aku ikhlas tolong kau. Cheonmaneyo." Dia mengganguk.
"Kau nak apa-apa untuk aku balas pertolongan kau masatu?" Omongku sekadar untuk memecah kesunyian.
Nampaknya dia sedang berfikir. Aku sabar menunggu jawapan untuk keluar dari mulut dia. Tolong lah jangan minta yang bukan-bukan.
"Untuk balas pertolongan aku haritu...let's hang out together."
Gulp. Hang out? Aku tak terfikir untuk dia bagi jawapan macam tu. Aku fikir dia minta chocolate atau hot wheels atau mochi?
"U-urmm..pergi mana?"
"I will tell you later. So how?"
"Okay, let's hang out."
__________
Mataku menghadap siling bilik. Fikiran aku sibuk mengimbas perbualan aku dengan Taehyung tengah hari tadi. Dia beritahu aku yang dia ada suka seseorang dekat high school. Bila aku tanya, dia rahsiakan."Kau suka Tzuyu ke?"
"Nope."
"Nayeon?"
"Nope."
"Mina?"
"Nope. You will know who. Later."
Itulah ayat terakhir yang Taehyung cakap. Aku tak boleh tipu diri sendiri, tapi aku nak sangat tahu siapakah gerangan perempuan malang yang berjaya curi hati Taehyung yang dingin ni dan jujur aku sedikit kecewa dan sedih. Aku tak tahu sejak bila tapi aku rasa aku dah mula suka kan Taehyung tanpa sedar. Tapi aku tak akan beritahu dia atau luahkan perasaan aku.
He got someone Yoojin! You better move on.
"Baik aku call Jimin. Serabut pula fikir pasal benda yang takde titik noktah ni."
Pantas tangan aku mencari nama Jimin di contact name dan menekan butang hijau tanda aku sedang membuat panggilan. Aku menunggu dengan sabar sebelum Jimin menjawab panggilan.
"Yoboseyo?"
"Annyeong prince froggy ku, Jimin-ssi."
"Kurang ajar kamu anak Encik Park. Muka beta yang sedia maklum tampan dan menawan ni, kau sama kan dengan katak. Beta murka."
"Maafkan saya putera kerdil ku. Patik tidak berniat untuk membuat putera murka." Aku layan kan aje mamat ni.
"Hm dahlah penat berlakon. Kenapa kau call ni?"
"Hehehe saje kacau. Aku bosan lah. Kau tengah buat apa tu?"
"Tengah korek hidung. Banyak dah hasil tangkapan aku. Ingat nak bagi kau sikit."
Pengotornya manusia yang bernama Park Jimin ni. Patut ke dia nak bagi aku taik hidung dia tu? Kalau boleh jadi kan duit takpe jugak. Rela jugak aku simpan.
"Err takpelah Jimin. Aku tak berminat. Erm..taknak membawang ke? Let's gossip-ing gurl!"
Kami pun mulakan sesi membawang ni sampai lah lewat malam. Dari cerita pakcik cleaner dekat high school sampai lah jiran sebelah rumah Jimin yang tak henti-henti "mengorat" dia. Tak berhenti juga otak Jimin mengeluarkan idea dan pandangan yang merapu dan langsung tak masuk akal apabila dia dilantik menjadi Prime Minister South Korea. Nak ganti kan tempat Lee Nak Yeon yang sudah dilantik sejak tahun 2017 lagi. Cis dasar kuat berangan!
___________
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"