Sejak kejadian haritu, aku berubah 180 darjah. Aku jadi dingin, cepat marah, emosi aku cepat terganggu dan aku banyak mendiamkan diri. Well, hari ini sudah hari ke-7 aku berkelakuan begini. Aku cuma bercakap dengan Jimin sahaja. Walaupun Taehyung mahu bercakap dengan aku atau ambil perhatian aku sekalipun, aku gagahkan diri untuk terus abaikan dia.
Aku sedar yang aku dah mula sukakan Taehyung tapi Taehyung suka kan orang lain. Bila aku nampak ada perempuan nak dekat dengan dia atau Tae tengah berbual dengan perempuan lain, aku terus keluar dari kelas. Aku penat nak sakitkan hati sendiri.
"Okay pelajar-pelajar kesayangan seonsangnim. Harini seonsangnim ada pengumuman." Cikgu Nari meletakkan marker pen di atas meja lalu menutup buku. Dia memandang setiap wajah pelajar kesayangannya.
"Memandangkan tak lama lagi exam akan dijalankan. Jadi gyojang
seonsaengnim(pengetua) kesayangan kamu telah memilih beberapa kelas untuk pergi ke Study Camp..dan tahniah kelas kamu terpilih dengan dua kelas yang lain!"Ada yang suka, ada yang mengeluh. Itulah lumrah pelajar.
"Jangan risau, Study Camp tu tak lama pun. 3 hari sahaja. Tempat camp memang best dan nyaman! Kamu semua beruntung sebab ada dermawan yang sanggup sponsor untuk camp ni."
Tzuyu angkat tangan. Semua pelajar tertumpu ke arah gadis tinggi lampai itu.
"Dekat mana Study Camp tu seonsangnim?"
"Nanji Campground."
Ramai pelajar ternganga. Bayaran untuk satu malam sahaja sudah 39,000 won..kalau tiga hari?! 118,000 won! Berapa buah tent yang akan disewa untuk tiga kelas? Mata aku terus terbeliak. Sangat berhati mulia orang yang sponsor kami.
"Nanti kita akan belajar di sekitar Nanji Campground juga. Nanti kami akan uruskan tentang itu. Saya akan edarkan surat kebenaran dan tolong hantar semula paling lewat esok ya?"
"Bila Study Camp tu seonsangnim?" Aku bertanya sambil aku angkat tangan kanan. Memudahkan aku untuk mengambil perhatian seonsangnim.
"Ouh ya minggu ni, hari jumaat,sabtu dan ahad. Jumaat kamu akan belajar di luar sekolah ya. Semua maklumat tentang Study Camp ada pada surat kebenaran ni. Tak perlu berikan apa-apa bayaran ya."
Aku tenung lama surat kebenaran tentang Study Camp yang akan dijalankan dalam masa tiga hari itu. Aku pasti Taehyung pun pergi. Aku taknak dia ada. Kenapa masa aku nak jauhkan diri, ada saja benda menghalang?
"Takpelah, Jimin ada."
___________
Tibalah hari yang dinantikan. Study Camp di Nanji Campground! Aku tak bawa barang yang banyak memandangkan aku taknak khemah aku sesak dengan barang.Kelas yang terlibat ialah 3B-1, 3A-2 dan 3B-2. Ramai pelajar berkumpul di hadapan pagar sekolah. Masing-masing tak sabar menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke Nanji Campground. Semua rasa teruja!
Aku mencari kelibat Jimin tetapi malangnya, semua tempat dibanjiri dengan pelajar. Memang sukar untuk aku cari Jimin dalam keadaan macam ni. Aku jalan dengan berhati-hati dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mata aku melilau mencari kelibat Jimin sampailah aku rasa ada orang tolak aku dari belakang. Aku hampir terjatuh tetapi mujur ada seorang pelajar lelaki menarik beg aku.
"Ahh mianhae..neo gwaenchan ni?"
Aku toleh menghadap pelajar lelaki tersebut.
"Ah..naneun gwaenchana." Aku menunduk sedikit badan aku."Ha by the way, Jeon Jungkook imnida. Kelas 3A-2. Awak?"
"Ah Park Yoojin imnida, 3B-1"
YOU ARE READING
Strange Love | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku...." "KAU APA YOOJIN?!" terhincut bahuku selepas mendengar suara taehyung yang menjerit marah kepadaku. Macam mana ni? "Aku....suka kau taehyung! Aku suka kau!" "Kau apa?!"