"This ain't joke."

2 0 0
                                    

Bunyi deringan loceng tanda hari persekolahan yang terakhir telah tamat. Yeay cuti panjang! Miss Hyojin sibuk mengutip satu persatu kertas jawapan. Ya, subjek Addmath. Aku toleh tengok Taehyung yang ada di belakang. Aku nampak muka dia cuak. Mungkin tak habis jawab kot?

Selesai Miss Hyojin mengutip kertas, dia mengucapkan terima kasih dan selamat bercuti. Selepas itu dia berlalu keluar dari kelas. Aku kemas barang dan pastikan buku-buku yang aku tinggalkan, aku bawa balik.

"Yoojin-ah..apa plan cuti ni?" Aku nampak Jimin tengah sibuk mengemas juga di sebelah.

"Aku nak balik Jeju. Rindu dekat eomma, appa dengan oppa. Kau?"

"Ouh ala, aku baru nak ajak kau ikut aku balik Busan. Namdongsaeng aku cakap dia nak jumpa kau sebab dia asyik dengar aku sebut nama kau je bila berbual dengan eomma aku."

Aku sekadar mengangguk dan membuat mulut 'o'. Aku rasa serba salah pula. Tapi aku nak balik Jeju.

"Ala kenapa tak plan dengan aku awal-awal? Aku teringin juga nak pergi Busan balik. Dapat pulak tempat tidur free." Sengaja aku tekankan perkataan 'free' tu.

"Haah kalau yang free laju je kau. Takpelah, nanti kalau kau dah balik dari Jeju. Bagitahu aku okay? Aku balik dulu eh Yoojin. Bye muahh gonna miss you like crazy chinguuuuu!"

"Mula dah perangai gedik dia. Gonna miss you too Chimmmmm takecare! Me love you!" Aku menghantar signal flying kiss.

"Nado saranghaeyo Yoojin-ah. Ppai!" Dia melambai ke arah aku dah terus keluar dari kelas. Hmm sunyi nya aku.

Selesai aku mengemas barang. Aku terus keluar dari kelas. Masih ada classmate aku yang sedang ambil gambar selca konon untuk kenangan akhir tahun. Poyo! Macam tahun depan tak jumpa.

Langkah aku terhenti bila aku nampak sesuatu yang tak perlu aku tengok. Aku nampak Tzuyu tengah kunci tangan Taehyung yang tengah bersandar dekat dinding. Tzuyu makin lama makin rapatkan muka dekat muka Taehyung. Bibir mereka hampir bersentuhan.

Buku yang aku pegang terus terjatuh. Tubir mata aku panas. Aku rasa ada cecair keluar dari mata aku. Ya, aku menangis.

Perbuatan Tzuyu terbantut apabila terdengar buku aku terjatuh. Mata mereka mencari-cari dari mana arah bunyi itu datang. Taehyung yang ternampak aku berdiri tidak jauh dari mereka terus minta Tzuyu lepaskan dia. Aku yang nampak Taehyung tengah tengok aku, cepat-cepat aku kutip buku aku dan beredar dari situ.

Aku tak dapat tahan mata aku dari menangis. Sungguh, hati siapa tak sakit nampak orang yang dia suka buat macam tu? Aku terus berlari untuk keluar dari sekolah.

Aku dengar Taehyung panggil nama aku beberapa kali. Bila aku dengar suara dia makin dekat, makin laju kaki aku berlari. Aku taknak jumpa dia.
____________
Aku bercadang untuk balik ke Jeju pada esok pagi. Aku tak sanggup nak lama-lama dekat sini. Aku nak tenangkan diri. Aku mengemas barang aku. Aku lipat baju-baju dan masukkan ke dalam luggage. Aku pack semua dan letakkan luggage dan bagpack aku di tepi pintu.

Aku merehatkan diri dengan baring di atas tilam. Aku merenung siling bilik aku dengan harapan aku cepat-cepat lupakan tentang perkara tadi. Aku dengar pintu bilik aku diketuk.

"Yoojin. Boleh eomma masuk?"

"Masuklah eomma."

Tombol pintu bilik dipulas perlahan. Tersembul wajah eomma di sebalik pintu. Dia berjalan dan duduk di birai katil. Dia tenung ke arah aku dengan pandangan pelik.

"Kenapa tiba-tiba nak balik esok? Bukan balik lusa ke? Habistu tiket feri dah beli?"

"Rasa rindu dekat eomma, appa dengan oppa. Sebabtu nak balik esok hehe. Tiket feri esok baru Yoojin beli. Esok eomma tak payah lah hantar Yoojin eh? Biar Yoojin pergi sendiri. Yoojin taknak susahkan eomma." Aku capai tangan eomma dan aku usap lembut. Aku pasti akan rindu eomma.

"Yelah, tapi Yoojin kena janji jaga diri baik-baik tau? Dah sampai Jeju nanti call eomma. Duit cukup tak?"

"Aye aye captain!" Aku tabik seolah-olah akur dengan arahan seorang ketua. "...tapi kalau duit tu eomma nak tambah, Yoojin okay je." Lebar sahaja senyuman aku bila sebut pasal duit.

"Dah agak."

"Mesti Yoojin rindu eomma nanti." Aku peluk eomma. Yelah, dia yang jaga aku dekat sini. Dia takde anak, suami pula tinggalkan dia. Jadi aku lah yang jadi penghibur dia dekat sini.

Lepas eomma keluar, aku terus capai phone aku di atas meja belajar dan mendail nombor Jimin. Aku menunggu Jimin menjawab panggil sebelum kedengaran suara Jimin yang menjawab.

"Yoboseyo?"

"Annyeong Chim."

"Nae chingu. Kenapa suara kau macam baru lepas nangis?" Adoi tahu aje mamat ni.

"Do amugeosdo anida..jinjja." Aku dah telan air liur. Takut pecah je rahsia aku.

"Bbeong chijima Yoojin-ah. Tell me the truth!"

Aku dengar suara Jimin yang meninggi sedikit. Ya tuhan bantulah aku.

"Nae, aku bagitahu kau. Tapi please jangan gelak. This ain't joke." Aku menarik nafas dan cerita.

Aku cerita insiden yang aku nampak Tzuyu dengan Taehyung dekat sekolah tadi. Aku beritahu dia yang aku suka Taehyung. Kenapa aku jauhkan diri dari Tae. Aku beritahu dia everything. Tak tertinggal satu pun.

"Yoojin-ah, stay strong okay? Aku tak suka kau macam ni. Sebenarnya aku nak bagitahu kau something.." Jimin terdiam agak lama sebelum kembali bercakap semula "..Tae sebenarnya suka dekat kau juga Yoojin. Dah lama."

Aku terdiam. Mana mungkin dia suka aku. Dia hampir cium Tzuyu tadi!

"Nonsense Chim. Dia dengan Tzuyu almost kissing tadi."

"Pasal tu aku tak tahu. Tapi aku kenal dia dah lama. Dia pernah bagitahu aku pasal kau je dekat aku. Pasal orang lain tak pernah."

"Mestilah Chim. Kalau dia cerita pasal orang lain, memang dah kena sembelih dengan kau."

Aku dengar Jimin tergelak di hujung talian. Lega hati aku dapat bercakap dengan Jimin. Nak cerita dengan Mina tapi dia pula tutup phone. Nasib kau lah dapat parents strict Mina.
_____________
[Taehyung's POV]

Aku kehulu kehilir. Perasaan aku yang sedang risau dan gundah ini tak dapat aku bendung lagi disebabkan insiden yang jadi petang tadi bila aku ternampak Yoojin tengah tengok aku dengan Tzuyu.

Aku tak boleh tipu, aku cepat kalah dengan Tzuyu. Mungkin Tzuyu pun kaki goda sebabtu senang je aku tergoda dengan dia. Aku memang taknak bercium dengan dia tadi, tapi langkah aku seolah-olah dikunci. Aku rasa dipukau pula.

"Apa lah yang Yoojin fikir pasal tadi.." Terkeluar soalan itu dari mulut aku. Aku takut dia makin jauhkan diri dari aku. Aku kena call dia sekarang.

Tiba-tiba kedengaran ringtone notification dari phone aku. Laju sahaja tangan aku mencapai telefon yang aku letak di hujung katil. Aku nampak message dari Jimin. Cepat-cepat aku buka.

Angelina Jimin👄
23.25pm

Tae, Yoojin akan balik Jeju esok pagi. Kalau kau nak pujuk dia, kejarlah dia. Aku taknak campur lebih-lebih. Goodluck.

Pelik ke nama dia? Aku letak macam tu sebab bibir dia seakan Angelina Jolie. Tak salah kan?

Aku tenung lama message yang Jimin baru hantar tadi. Jimin tahu ke?

Ah lantaklah! Aku terus turun dari katil dan pack barang-barang aku. Aku nak ikut Yoojin balik Jeju. Aku tak kira!
____________

Strange Love | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now