Bab 1: Malaikat

6.4K 94 6
                                    

"Kau nak pesan apa-apa tak Akhyar?"

Aku tak jawab terus pertanyaan Yana sebab aku sibuk tertoleh-toleh sekeliling mencari sesuatu.

"Kau cari apa ni, duk tertoleh-toleh dari tadi?" dia tanya lagi.

"Err, toilet." Walau dah berpuluh kali aku datang tempat ini, aku masih lupa dekat mana tempat aku boleh buang hajat aku.

"Err, kau masuk dululah. Aku gi toilet kejap," Yana menjawab dengan anggukan dan kami berpisah arah. Dia ke kiri dan aku ke kanan (harapnya tandas di sebelah sini lah).

Itulah masalah aku. Aku dan tempat? Geografi? Arah? Aku tak tahu aku nak panggil benda ini apa, tapi ini antara kelemahan aku. Bayangkanlah, walaupun aku dah entah berjuta kali agaknya bawa kereta dari rumah ke universiti setiap minggu (aku memang balik rumah setiap kali hujung minggu. Bongsu, manja. Biasalah), aku masih perlu gunakan Waze. Padahal jalan yang aku kena lalu terus saja pun. Tak banyak simpang atau susur keluar yang aku kena ambil. Entahlah. Mungkin sebab aku...

Ha, jumpa pun tandas!

Aku masuk, dan semua pintu kubikel tandas berkunci. Aku tunggu sekejap, bersiul kecil sambil tengok-tengok contengan-contengan yang menghiasi dinding tandas ini.

Pecah tayar? Call 012XXXXXXX

Isap sedap. Call 017XXXXXXX

Banyak-banyak api, api apa yang tak panas?
Bil api!

Aku rasa yang tulis teka-teki ni mesti bangga gila dengan hasil kerja dia, kan?

Aku tengah khusyuk memandang sebuah gambar —seekor makhluk yang mempunyai kepala arnab, tanduk rusa, berbadan beruang dan berkaki itik, dengan kotak dialog yang tertulis 'Ko adalah ko. Aq adalah aq' (uish, art berat ni) — apabila pintu kubikel tandas di tengah terbuka dan keluar seorang lelaki tinggi (aku paras bahu dia). Dia tersenyum apabila dia nampak aku sedang tunggu keseorangan di luar.

Aku membalas ringkas senyumannya. Masuk kubikel, tutup pintu dan kunci. Jantung aku tiba-tiba berdegup laju. Muka aku panas. Nafasku tercungap-cungap. Aku tak tahu apa jadi dengan aku, tapi aku rasa... aku rasa aku baru saja terserempak dengan malaikat!

Nota: Jangan lupa vote dan komen! Teringin nak tahu pendapat korang 😋

BARISTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang