Dave Shawn, jejaka bujang berusia 34 tahun yang berkawan rapat dengan Joel dan Anzie. Dia selalu saja menggembirakan hati semua orang. Namun, disebalik gelak tawa dan kegembiraannya.. adakah dia gembira dengan hidupnya sendiri? Setelah berjaya membantu Anzie dan Joel beberapa bulan yang lalu, hatinya mula terbuka untuk menamatkan masa bujangnya. Tetapi dia tidak mempunyai teman wanita. Bukan kerana dia tidak laku di mata perempuan, tapi dia mahu cari yang terbaik buat diri dan masa depannya. Dia mula cemburu kepada kawan-kawannya yang telah mendirikan rumah tangga dan berzuriat. Tetapi itu bukan bermaksud dia membenci mereka, dia cuma ingin berkeluarga seperti mereka juga."Hm.. mungkin jodoh saya belum lahir," bisiknya sendiri di dalam bilik. Tangannya disilangkan pada belakang kepala sambil berbaring di atas tilam memikirkan hari tuanya.
"Gosh.. damn. I hate my life," dia mencaci diri lagi. Kemudian, jari jemarinya bergenggaman sambil matanya ditutup rapat.
"Oh Lord, help me. I need a girlfriend to be my wife," dia berdoa pula lalu membuka mata dan merenung siling. Kasihan sungguh Dave.
Ditenungnya jam tangan, dia mengeluh. Hari minggu yang membosankan baginya. Ingin juga dia bersuka ria di kelab. Tetapi dengan siapa? Joel sudah tidak boleh masuk ke tempat-tempat seperti itu kerana Anzie baru saja melahirkan anak lelaki seminggu yang lalu. Dan kawannya itu tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti kelab malam. Kalau ajak doktor Bert pula, memang bekas duda itu tidak akan berganjak dari rumah kerana tidak sanggup meninggalkan isterinya.
"Huhh.." Dave mengeluh panjang. Badannya dimerengkan untuk melihat ke luar tingkap.
"What am i gonna do now? Kawan sibuk jaga bini, girlfriend pun tak ada. Ah! Lantaklah! Baik saya pergi berfoya-foya," bentaknya lalu bangun dari atas katil dan menyiapkan diri untuk keluar.
~~~~~
"Dave, hari dah nak petang ni. Awak nak ke mana?" Soal ibunya yang baru saja selesai memasak ketika melihat Dave bergegas keluar.
Sambil memakai jaket berwarna coklat, Dave menjawab soalan ibunya itu dengan selamba.
"Nak carikan mama menantu,"
"Aik? Hm.. harap-harap awak jumpa. Kalau tak jumpa, awak kahwin je dengan janda anak tiga sebelah rumah tu." Gurau ibunya sambil ketawa.
"Eh! Ada-ada sajalah mama ni, hei.. ok, saya pergi dulu." Kata Dave.
"Ye, hati-hati. Jangan terlampau mabuk," balas ibunya. Dia tahu Dave akan bersuka ria di kelab malam. Tetapi dia tidak risau, sebab Dave pandai membawa diri. Walau macam mana mabuk sekalipun, dia tetap akan sampai ke rumah dengan selamat.
Tentang menantu pula, dia tidak kisah jika Dave belum mempunyai pasangan hidup. Biarlah Dave menentukan jalan hidupnya sendiri. Jika dipaksa berkahwin, merajuk pula lelaki bujang itu.
~~~~~
Muzik yang kuat berdentam dentum di dalam kelab malam. Dave seperti masa lalunya akan melayan wanita-wanita yang berada di dalam kelab itu. Dia sudah biasa disentuh, dicium, dipeluk dan meniduri mereka. Tetapi dia sebenarnya ingin dicintai oleh seorang wanita, bukannya berfoya-foya seperti ini. Wajahnya yang tampan memang menarik hati para pelayan wanita. Sejak Joel berkahwin, dia tidak lagi mencari perempuan di kelab malam. Tetapi kali ini, buat yang pertama kalinya selepas 6 tahun, dia teringin menyentuh wanita. Kerana, dia ialah seorang lelaki bujang yang kesepian.
"Hai.. boleh duduk sini tak?" Sapa seorang pelayan wanita berpakaian menjolok mata datang dari arah belakangnya.
Dave melihat wajah wanita itu, tetapi anak matanya lantas turun ke arah buah dada yang separuh tersembul keluar dari baju sendatnya. Huh! Berdegup jantung Dave melihat gunung-gunung montok itu. Gelas kecil yang berisi vodka, diteguknya hingga kosong.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dave.. ✔✔
RomantikI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay, English Genre; Romance , humor Edisi khas untuk Dave dari watak dalam cerita Anzie. eh macam besa, untuk pmbaca 21 taun ke atas ja ah. sbab ada 'manari2' ba dlm ni crita 🤣 Malas sy tulis s...