Dear Dave.. 11

6.3K 107 17
                                    


           Dave datang semula ke rumah dua beradik itu sambil membawa buah tangan untuk isterinya. Dia menanti Petsie untuk membuka pintu setelah diketuk tadi.

     Krakk..

Petsie tergamam dan hairan bila melihat Dave berada di luar pintu.

         "Eh? Kenapa datang balik?" Soalnya.

         "Ada sesuatu saya nak beritahu.." jawab Dave lalu masuk ke dalam rumah itu tanpa dijemput. Dia meletakkan buah tangan tadi di atas meja berdepan dengan bangku sofa dan terus memegang jari jemari Petsie dengan pandangan hiba.

         "Apa dia?" Petsie menyoal. Dia berasa risau pula melihat muka sedih Dave itu.

         "Hm.. tadi abang awak call.. dia.. kemalangan." Ulas Dave bernada perlahan saja.

Hampir gugur jantung Petsie setelah mendengar berita buruk itu. Dia terus menangis di hadapan Dave.

          "A.. abang saya ma.. macam mana sekarang!?" Jeritnya sambil menutup mulut. Dave tangkas memeluk badan Petsie untuk cuba tenangkannya.

          "Shh.. dia ok. Cuma luka ringan je.. janganlah risau." Ucap Dave sambil mengusap-usap bahu Petsie.

           "Saya nak jumpa dia!" Petsie berkata lagi. Dia berasa sangat takut dan badannya menggigil ketika ini.

           "Ok, kita jumpa dia. Awak bersiaplah dulu. Saya tunggu," ujar Dave. Tidak sanggup dia biarkan Petsie menangis kerana abangnya.

           "Saya nak pergi ke hospital sekarang.. please.." Petsie merayu. Dave tidak boleh menolak dan menganggukan saja kepalanya lalu mencapai tangan Petsie dan segera keluar dari rumah itu untuk ke hospital.

~~~~~~

Wanita yang bernama Lyezze datang ke hospital dengan gaya yang elegan. Rambut terusai, cermin mata gelap dipakai sambil memegang tas tangan berjenama dan berjalan di dalam ruang hospital bagaikan menghadiri majlis terkemuka. Para jururawat berbisik-bisik bila dia berlalu di hadapan mereka. Lyezze terhenti sejenak dari berjalan, lalu memandang mereka sambil membetulkan cermin mata gelapnya.

         "Apa tengok-tengok? Tak pernah nampak perempuan cantik ke?" Katanya dengan nada menyindir.

Para jururawat itu terus membuat kerja mereka semula tanpa menjawab. Lyezze pun sambung berjalan mencari bilik kecemasan dimana Steve dirawat.

    Pak.. pak.. pak..

Kasut tingginya berbunyi menyusuri lantai hospital. Setelah dia menjumpai bilik kecemasan tersebut, dia dengan bangganya meluru masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu. Tapi...

        "Hoi!" Steve menegurnya yang secara tiba-tiba saja masuk ke dalam bilik itu ketika dia sedang membuka seluarnya untuk digantikan dengan baju hospital.

        "Eh!? Alamak! Sorry.. sorry.." Balas Lyezze lalu segera keluar semula kerana terkejut melihat keadaan Steve yang tidak berbaju dan hampir melepaskan seluarnya tadi.

        "Fuh.. huh.. gila.." Lyezze berkata sendirian di luar bilik sambil bersandar pada dinding. Dia terus membuka cermin matanya dan memasukkan ia ke dalam tas tangannya. Peluh dikesat menggunakan tisu. Jantungnya berdebar-debar!

Steve yang berang, lantas keluar dari bilik dengan tidak berpakaian dan hanya berseluar panjang saja. Luka pada belakangnya sudahpun dibalut dengan kain pembalut luka oleh jururawat tadi.

          "Awak nak apa lagi!?" Bentak Steve di hadapan pintu bilik.

Lyezze yang terkejut, hampir terjatuh di lantai akibat teguran kasar itu. Tapak tangannya menepis dada. Bibirnya tiba-tiba tergugup-gugup saat melihat tubuh badan Steve yang sasa itu.

Dear Dave.. ✔✔Where stories live. Discover now